Pendapatan Berulang (Recurring Income) – Impian Semua.

Pendapatan Berulang (Recurring Income) – Impian Semua.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh dijana oleh perniagaan anda.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar

Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang  “dinikmati” oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang  di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan. Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialah Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

 

Banner dan fungsi beritahu rakan anda mengenai Rahsia MLM!

Dalam usaha mempromosikan ebook Rahsia MLM, satu banner baru sudah direka.

Anda boleh melihatnya di bawah atau di link http://rahsiamlm.com/rahsia/?page_id=10

mlm
Saya juga telah meletakkan kemudahan memberitahu rakan anda mengenai laman web RahsiaMLM. Jika anda lihat, terdapat satu banner yang membolehkan pengunjung ke laman web RahsiaMLM.com memberitahu rakan mereka secara email.

rahsiamlm

Jika anda ingin menggunakan kemudahan “memberitahu rakan anda” (refer friends) di laman web anda, anda boleh mendapatkannya di http://rahsiamlm.com/pb. Ianya percuma dan diharapkan dapat membantu meramaikan lagi pengunjung ke laman web atau blog anda.

Daripada pemerhatian saya, ada beberapa individu yang menggunakan kemudahan ini di laman web mereka dan mereka sudah mendapat keuntungannya.

Untuk mereka yang memberitahu rakan mengenai website RahsiaMLM.com, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Selamat mencuba!

ikhlas,

Zamri Nanyan

Ebook “Minds of 17 MLM Business Builders” Percuma

MLMDua tahun lepas, saya menjalankan satu projek untuk menerbitkan sebuah buku mengenai MLM dan ianya ditulis oleh beberapa orang usahawan MLM yang terkenal dari luar negara.

Usaha saya itu berjaya menarik perhatian minat beberapa usahawan. Maka dari situlah terbitnya sebuah ebook yang saya namakan “Minds of 17 MLM Business Builders“.

Ebook ini dalah dalam bahasa Inggeris, namun saya harap ianya tidak menjadi masalah untuk anda memahaminya.

Untuk mendapatkan ebook ini secara percuma, sila klik di laman web ini dan “save” ke dalam komputer anda.

http://mlmlessons.com/mlm-minds/mlm-minds.pdf

Jika anda ada sebarang komen mengenai ebook ini, sila jangan segan untuk menulisnya di ruangan komen.

Ebook ini memerlukan perisian Adobe PDF reader dan sekiranya anda tidak dapat membukanya, anda perlu muatturun perisian ini ke dalam komputer anda terlebih dahulu.

Adobe PDF Reader ada di sini:

http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Saya harapkan yang ebook ini dapat meningkatkan pengetahuan anda mengenai bisnes ini.

ikhlas,

Zamri Nanyan

http://www.RahsiaMLM.com

Buku Rahsia MLM dan Sumbangan Mangsa Banjir

Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan bahawa sebahagian wang yang anda gunakan untuk membeli ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini telah digunakan untuk membantu mangsa banjir di selatan tanah air. Sumbangan diberikan melalui akaun MayBank.

Sekiranya anda ingin terus menghulurkan bantuan, bolehlah menderma dengan melawati laman web MayBank2U.com.my. Di sana terdapat satu banner yang menyatakan bagaimana anda boleh berbuat demikian.

Sila klik di sini untuk melihat gambar rakaman banjir di laman web Utusan Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembeli. Wang anda sedikit sebanyak telah dibelanjakan ke jalan kebajikan.

Sekarang, anda juga mendapat pahala dari pelaburan anda di dalam ebook ini. Tahulah yang sedikit sebanyak wang anda mungkin dapat meringankan beban mereka.

Syabas dan terima kasih saya ucapkan sekali lagi.

Zamri Nanyan