MLM Memang Skim Piramid? – Bahagian II

Saya tertarik dengan komen seorang pelanggan majalah elektronik (ezine) Rahsia MLM mengenai sebuah artikel ringkas yang saya tulis sebelum ini.

Artikel tersebut bertajuk “MLM Memang Skim Piramid?” dan komen beliau berbunyi begini:

“Sistem Pentadbiran sesebuah negara atau organisasi tidak sama dengan sistem perniagaan MLM. Sistem pentadbiran negara disahkan oleh perlembagaan dan sistem pentadbiran organisasi disahkan oleh akta. SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa? Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?”

Baiklah, biar saya terangkan sedikit apa yang saya tahu:

Soalan 1:

“SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa?”

Jawapan 1:

Sistem perniagaan MLM adalah disahkan oleh “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna” dan lesennya diberikan sebagai lesen jualan langsung – walaupun MLM tak semestinya beroperasi 100% seperti syarikat jualan langsung (rujuk laporan ringkas saya yang bertajuk “Anda Sudah Silap”). Walaubagaimanapun, jangan keliru dengan MLM dan skim piramid yang menjadikan Pak Man Telo “selebriti” satu ketika dahulu. Dan juga, jika anda terlibat di dalam MLM Internet, tiada sebarang peraturan yang ketara untuk menyatakan yang ianya sah ataupun tidak. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Contohnya, plan pampasan berbentuk binari di Malaysia adalah tidak dibenarkan tetapi ianya sah di Amerika dan negara-negara lain (begitu juga di Internet).

Soalan 2:

“Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?”

Jawapan 2:

Selalunya, syarikat MLM yang sah ada memberikan jaminan wang pulangan kembali kepada pembeli yang tidak puas hati dengan produk yang digunakan untuk satu tempoh tertentu. Tetapi, untuk sebarang perniagaan, sesuatu jaminan yang anda akan berjaya ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya rasa, itu adalah jawapan yang terbaik namun begitu masih ramai yang berpendapat golongan di bawah tidak akan mendapat satu sen pun melalui MLM mereka. Memang benar… ramai yang tidak akan mendapat walau satu sen pun, tetapi perlu diingatkan juga yang ada pengedar yang baru beberapa bulan menyertai sesebuah MLM mendapat pulangan yang lumayan berbanding pengedar lain yang sudah bertahun-tahun menyertai MLM tersebut. Kalau diikutkan, pengedar baru ini adalah yang di bawah sekali di dalam kumpulan pengedar MLM tersebut dan beliau tidak sepatutnya mendapat apa-apa kerana orang di bawah selalunya tidak mendapat sebarang pulangan. Rahsianya adalah dengan menaja dan membina jaringan pengedar dan pembeli barangan yang baru (dalam erti kata lain – berusaha dan mengikuti sistem yang diajarkan oleh syarikat MLM beliau). Belajar dan terus mencuba.

Tetapi perlu juga diingatkan yang setiap pengedar barangan MLM sesebuah syarikat perlu menilai mengapa beliau menyertai MLM tersebut. Jika anda sudah membaca “Mailbox Money” atau “Wang Dari Peti Surat” yang saya alih bahasa itu, anda akan tahu yang salah satu syarat untuk berjaya di dalam sesebuah MLM itu ialah produknya… anda perlu merasa senang untuk membeli dan menggunakan produk tersebut walaupun tiada plan pampasan diberikan kepada anda. Selepas itu barulah anda syorkan kepada orang lain untuk menyertai anda. Beritahu mereka syarat ini juga sekiranya mereka ingin berjaya di dalam perniagaan ini. Jika ini yang anda lakukan, anda tidak akan berasa bersalah jika pengedar anda merungut kerana mereka sudah mendapat produk yang benar-benar mereka suka dan gunakan. Sayangnya, terlalu banyak yang menjaja MLM sebagai sebuah peluang untuk menjadi kaya sahaja, dan tanggapan ini patut dihapuskan.

Saya harap penerangan saya yang tidak seberapa ini dapat membuka mata dan memberi maklumat yang berguna kepada yang memerlukannya.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar
dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web
anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan
artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan
dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang.
Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM
kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan
sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================