Pra Pelancaran Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”

Saya ingin berkongsi satu berita baik dengan anda.

Pada 6 Mei 2007 nanti, saya akan melancarkan sebuah buku pertama saya yang bertajuk “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” di Putra World Trade Centre (PWTC) pada pukul 3:00pm-5:00pm.

Buku ini adalah hasil tulisan bersama Daegan Smith, seorang usahawan internet MLM di Amerika Syarikat dan ia merupakan penerbitan True Wealth Publishing di bawah pengendalian En. Azizi Ali.

Dari paparan blog yang lepas, saya dapati ramai yang berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM ini.

Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” akan memberikan jawapan yang lebih mendalam untuk topik ini.

Jadi, nantikan pelancaran buku pertama saya ini dan dapatkan satu salinan daripada kedai buku berhampiran dengan anda.

Oh! Jangan lupa beritahu rakan anda mengenai penerbitan buku ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memberikan link ke laman blog ini. 🙂