Kisah 3 Sahabat Dari Malaysia

Saya ingin menarik perhatian anda daripada M L M seketika dan memberi sedikit ‘update’ berkaitan 3 sahabat internet saya.

Gobala Krishnan, Vince Tan dan Melvin Ng sekarang menjadi selebriti di Internet dengan pelancaran laman web mereka yang dinamakan “Send US To US” Firesale.

Apa yang menarik ialah mereka menggabungkan pelbagai produk digital yang berkualiti  untuk dijual pada harga yang rendah.

Jika dibeli secara berasingan, produk ini boleh mencecah ribuan dollar, tetapi mereka menawarkannya pada harga $37.

Namun, harga ini tidak akan kekal di situ.

Ianya akan meningkat naik dalam masa 24 jam dari sekarang.

http://getresponse.com/t/9124129/614169/182498357/

Tujuan utama laman web ini dicipta ialah untuk mengumpul dana bagi mereka pergi ke USA untuk satu seminar internet di sana.

Apa yang lebih menarik ialah dalam masa 24 jam shaja, sudah hampir 400 jualan dicapai.

Menarik, bukan?

Sebabnya…

1. Produk yang ditawarkan pada harga yang diberikan andalah sangat istimewa.

2. Faktor joint-venture…

Ya, walaupun saya tak dapat menganggarkan berapa ramai ‘joint-venture’ partner mereka ada untuk menjual produk ini, apa yang saya tahu ialah webserver mereka ‘jammed’ disebabkan terlalu ramai yang melawati laman web tersebut pada jam pertama ianya dilancarkan.

Di sini, saya ingin mengajak anda lawati laman web yang sedang mencipta sejarah bagi 3 orang rakan saya ini, dan ‘support’ mereka dengan pembelian anda sementara harga belum dinaikkan.

Klik di sini untuk pembelian:

http://getresponse.com/t/9124129/614169/182498357/

Dan akhir sekali, saya ingin menyatakan yang “Malaysia Boleh” dan anda juga berkemampuan untuk bersaing dengan pasaran global.

Oh ya! Jika anda membeli produk yang ditawarkan di laman web yang saya berikan di atas, sila hubungi saya di www.zamrinanyan.com/success/contact dan saya akan berikan hadiah tambahan – ebook saya yang bertajuk “Online Profits Made Simple” yang kini dijual pada harga RM37 di www.OnlineProfitsMadeSimple.com

ikhlas,

Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com
www.OnlineMLMBlueprint.com

ps. Cepat! Harga akan dinaikkan dalam masa kurang daripada 24 jam dari sekarang…

pps. Dan dapatkan ebook saya “Online Profits Made Simple” secara percuma dengan pembelian daripada 3 orang rakan saya ini.

Menggunakan Blog Untuk Memasarkan Peluang Perniagaan MLM

Menggunakan Blog Untuk Memasarkan Peluang Perniagaan MLM
oleh Zamri Nanyan

Salah satu alatan yang anda boleh gunakan untuk membina jaringan usahawan MLM anda adalah dengan menggunakan blog.

Jika anda belum mengetahuinya, blog adalah singkatan kepada web log – yang bermaksud sebuah jurnal, log, diari ataupun sebarang catatan yang ditulis di laman web secara konsisten. Ianya berbeza daripada laman web biasa kerana blog selalu dikemaskini dan pembaca mempunyai pilihan untuk berinteraksi dengan penulis.

Sebagai contoh, laman web www.ZamriNanyan.com/success dan www.RahsiaMLM.com/rahsia merupakan 2 laman blog yang membincangkan topik berkaitan perniagaan Internet dan MLM. Jika anda lihat di kedua-dua laman blog yang saya sebutkan, anda akan dapati yang kandungan blog tersebut akan ditambah dari masa ke semasa.

Jadi, bagaimanakan anda boleh menggunakan blog untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda?

Baiklah, biar saya berikan 3 keistimewaan blog sebagai alatan pemasaran MLM anda.

1. “Self-Branding”

Kepada yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan MLM pasti tahu yang salah satu sebab mengapa prospek anda menyertai perniagaan anda adalah disebabkan “anda sendiri”. Jika prospek anda mengenali anda terlebih dahulu dan berasa selesa dengan penyampaian anda, besar kemungkinan mereka akan menyertai anda.

Sebaliknya, bayangkan jika anda menerima e-mel yang tidak diundang (spam) dan mengajak anda menyertai syarikat XYZ dan rakan kenalan Internet anda juga mempromosikan syarikat XYZ. Anda berminat dengan produk yang ditawarkan dan rakan Internet anda banyak menerangkan kebaikan produk tersebut di laman blog beliau dan mengajak anda menyertai beliau juga.

Daripada siapakah anda akan membeli produk yang disebutkan?

Orang yang anda tidak kenali – yang menghantar spam kepada anda?

atau

Rakan kenalan Internet anda yang blognya selalu anda kunjungi dan baca?

Saya rasa jawapannya adalah jelas. Dari mata prospek anda juga, mereka anda mendapati anda sebagai orang yang boleh dipercayai dan juga mungkin pakar di dalam bidang yang anda ceburi (disebabkan informasi yang anda berikan di blog anda).

Jika anda mempunyai semakin ramai pembaca blog anda, mereka akan mula mengaitkan nama anda dengan blog tulisan anda. Dari sinilah mulanya “name branding” ke atas nama anda. Mereka akan berkata, “Oh ya! Ahmad yang menulis blog di www.BlogAhmad.com, kan? (contoh)”.

2. Alatan Mencari Prospek dan Menaja

Blog yang baik dan dipasarkan dengan berkesan akan menjadi popular di kalangan pembacanya dan jika anda memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca, mereka akan mempromosikan blog anda dengan percuma.

Bagaimana ianya boleh terjadi?

Katakan yang anda menulis sebuah artikel di laman blog anda mengenai “7 cara untuk bersara dalam masa 7 tahun, dan anda tidak perlu rompak bank tempatan untuk melakukannya”. Nampaknya artikel ini sangat menarik untuk disampaikan kepada orang lain, jadi pembaca anda akan memberitahu rakan mereka mengenai blog anda – kerana di sini sajalah mereka boleh membaca artikel yang anda tulis.

Sekarang, bayangkan 100 orang pembaca melakukan perkara yang sama – anda mungkin akan memperolehi 100 lagi pembaca blog yang baru.

Dan jangan lupa – blog anda adalah bertujuan untuk mencari prospek dan menaja.

Oleh itu, cuba promosikan peluang perniagaan MLM anda di blog anda. Jika program MLM anda membenarkan anda “signup” (atau mendaftar) ahli baru secara online, letakkan alamat web yang pembaca anda perlu lawati untuk menyertai program MLM anda.

Cuma satu sahaja tip lagi yang perlu anda ingati – tulislah artikel atau penulisan yang berkaitan dengan peluang perniagaan, produk, motivasi atau berita mengenai perniagaan anda supaya para pembaca blog anda memang sudah jangkakan yang anda cuba membuka peluang untuk mereka mengetahui lebih lanjut mengenai anda dan perniagaan anda.

3. Alatan Untuk Menjual

Walaupun blog merupakan sesuatu yang mungkin bersifat secara peribadi kepada sesetengah orang, namun anda boleh menggunakannya sebagai alatan untuk menjual. Tidak ada salahnya membina sebuah blog peribadi yang mampu menambah pendapatan secara sampingan.

Di sini, saya bukan sahaja bercakap tentang hanya menjual barangan atau produk MLM anda, tetapi anda boleh juga menambah pendapatan sampingan dengan beriklan ataupun mempromosikan produk yang berkaitan dengan produk MLM anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkisar kepada perniagaan MLM dan anda banyak membincangkan perkara berkaitan produk anda, tidak salah jika anda meletakkan affiliate link ke laman web www.RahsiaMLM.com.

Sudah pasti ada di antara pembaca blog anda adalah daripada syarikat MLM yang lain, dan jika mereka kurang berminat dengan produk MLM dari syarikat anda, mungkin mereka merasakan yang ebook Rahsia MLM dapat membantu mereka. Jika mereka membeli ebook Rahsia MLM melalui affiliate link yang anda berikan, anda akan dibayar komisyen.

Dari sinilah anda boleh menjana pendapatan sama ada prospek anda menyertai MLM anda ataupun tidak.

Kesimpulannya, blog boleh menjadi satu senjata pemasaran anda yang berkesan. Apa yang saya bincangkan di sini mungkin berkaitan dengan MLM secara langsung tetapi ianya boleh juga diaplikasikan ke dalam perniagaan yang lain.

Bagi yang belum tahu bagaimana untuk membina blog secara percuma, anda bolehlah lawati www.blogger.com dan daftar di laman web tersebut. Untuk pembaca yang berminat untuk membina blog secara lebih profesional, anda bolehlah membina blog anda di server webhosting anda dan cara untuk membinanya ada diterangkan di dalam video ringkas di laman web www.videopercuma.com/r/zamri/kiosk6.html

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mensyorkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” di http://www.OnlineMLMBlueprint.com untuk mempelajari cara-cara membina MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

[Ebook “Online Profits Made Simple” sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Adakah MLM itu bisnes yang dibolehkan?

Saya mendapat banyak email yang bertanyakan perkara yang berkaitan MLM dan agama, dan walaupun saya tahu ramai juga pelanggan ezine Rahsia MLM bukan beragama Islam, saya patut memberitahu yang apa yang bakal saya tulis di sini juga bakal membantu anda.

Terus terang saya katakan yang saya bukannya seorang ulama’ yang mampu membincangkan perkara halal dan haram di dalam MLM. Namun saya tahu perkara yang baik boleh menjadi haram sekiranya dilakukan dengan cara yang tidak betul. Tetapi perkara yang haram tidak akan menjadi halal walaupun dicuba sedaya upaya.

Disebabkan ramai yang bertanya, apa yang boleh saya lakukan ialah syorkan anda lawati laman web http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72
di mana Ustaz Zaharuddin ada membincangkan perkara ini.

Walaubagaimanapun, Ustaz Zaharuddin juga ada menyatakan seperti di bawah:

“Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas.”

Diharapkan apa yang saya sampaikan menjadi panduan kepada anda.

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet
oleh Zamri Nanyan

Perniagaan MLM di internet mempunyai pelbagai kelebihan disebabkan terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mencari prospek dan membina jaringan ahli anda sendiri.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan samaada anda dapat menaja ahli baru ke dalam program MLM anda ataupun tidak.

Mungkin anda keliru.

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan sekiranya anda tidak menjual produk MLM anda atau menaja ahli baru?

Mungkin juga anda mempunyai soalan sebegini – bagaimana saya boleh melakukannya?

Baiklah, saya akan berikan satu cara bagaimana saya melakukannya berserta contoh nyata yang masih saya praktikkan di sini.

Jawapannya ialah dengan menjadikan program MLM anda sebagai saluran pendapatan kedua selepas anda berjaya menjual produk yang bersesuaian kepada pelanggan anda.

Produk yang saya maksudkan ialah produk digital yang mudah dicipta dan juga tidak akan habis dijual walaupun terdapat pembeli setiap hari.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan berikan contoh laman web yang saya bina di bawah:

http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com

Jika anda lawati laman web tersebut, anda akan dapati yang saya menjual sebuah ebook (produk digital) berkaitan cara menjana pendapatan berterusan melalui internet dan bagaimana anda boleh melakukannya dengan menuruti langkah demi langkah yang ringkas.

Di dalam ebook ini juga, saya memperkenalkan “Kiosk”, sebuah perkhidmatan ‘webhosting’ yang merupakan resepi penting untuk membina laman web profesional, yang saya gunakan di http://www.ZamriNanyan.com

Laman web untuk perkhidmatan ‘webhosting’ ini ialah http://www.wwkiosk.com/members/specialoffer

Yang menariknya, Kiosk juga merupakan sebuah MLM internet di mana saya akan mendapat komisyen sekiranya saya memperkenalkan pelanggan yang baru kepada Kiosk melalui laman web affiliate yang saya berikan di atas.

Jadi, anda boleh lihat di sini bahawa saya akan mendapat wang hasil jualan ebook “Online Profits Made Simple” sebelum saya memperkenalkan MLM internet saya kepada pelanggan saya.

Sekiranya selepas membaca ebook ini dan pelanggan saya mendapati yang kandungannya bermanfaat dan Kiosk boleh membantu mereka untuk menjana pendapatan berterusan di Internet, mereka akan menyertai Kiosk di dalam kumpulan MLM saya.

Jika mereka merasakan yang ianya belum masanya untuk mempraktikkan apa yang saya tulis di dalam ebook “Online Profits Made Simple” saya itu, ianya tidak mengapa kerana saya telahpun memperolehi pendapatan daripada hasil jualan ebook saya tersebut.

Kesimpulannya, menjual produk digital sebelum menaja ahli baru ke dalam MLM internet anda adalah satu cara yang menguntungkan.

Penajaan boleh berlaku secara otomatik dan jika pelanggan nda tidak menyertai program MLM internet anda, anda asih mampu menjana pendapatan melalui jualan produk digital anda.

Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh aplikasikan lmu yang saya kongsi bersama di sini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

[Ebook “Online Profits Made Simple” sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Soalan daripada pembaca – Apakah matlamat utama Rahsia MLM?

Berikut adalah soalan daripada pembaca ezine Rahsia MLM yang dapat saya kongsi bersama.

 

Soalan:

Apakah matlamat utama Rahsia MLM?

Apakah kebaikannya kepada masyarakat dan saya?

 

Jawapan:

 

Matlamat RahsiaMLM ialah untuk terus memberikan ilmu mengenai MLM dan berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama
mendapat manfaat daripadanya – supaya kita lebih mahir di dalam  bidang yang diceburi.

 

Seperti yg saya nyatakan di laman web, RahsiaMLM adalah asil terjemahan dari buku jutawan MLM dari US dan bukannya mudah untuk kita terjemahkan (ataupun mendapatkan kebenaran untuk terjemahan) buku sebegini untuk diberikan kepada masyarakat kita yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Jika anda adalah di dalam golongan yang memerlukan bahan rujukan sebegini yang dahulunya cuma terdapat di dalam Bahasa Inggeris, sekarang anda dapat memperolehinya di sini.

 

Terbaru: Saya juga baru mendapat keizinan Tom “Big Al” Schreiter untuk menterjemahkan satu lagi buku hebat beliau ke dalam Bahasa Malaysia. Jika diizinkanNya, dapatlah kita membongkar lagi rahsia kejayaan multi-jutawan MLM dari US ini.

 

Memulakan Perniagaan Dengan Modal Minima

MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL MINIMA
Oleh: Dr. Irfan Khairi

Dalam memulakan perniagaan, tidak semestinya modal yang besar diperlukan. Satu salah tanggap mengenai perniagaan adalah, memulakan apa sahaja perniagaan adalah berisiko tinggi oleh kerana modal yang diperlukan adalah besar.

Perniagaan Dell Computers, HP, Cadbury, Disney, Coffee Bean dan banyak lagi pada asalnya adalah perniagaan kecil yang dimulakan dengan modal yang minima. Apa yang mendorong perniagaan ini menjadi besar adalah passion dan usaha pemiliknya dalam memperluaskan perniagaan mereka sehingga menjadi gergasi industri masing-masing.

Terdapat berbagai-bagai kebaikan memulakan perniagaan pada kos yang rendah- saya sendiri juga dalam memulakan apa sahaja perniagaan akan mencari alternatif untuk mengurangkan modal perniagaan oleh kerana ia dapat mengurangkan risiko kehilangan modal!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat mengesyorkan pendekataan Bootstrap!

Apa itu Bootstrap?

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.

Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 – RM50,000? Ketahui bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!

Berikut adalah beberapa peluang perniagaan yang menggunakan modal minima:

PERNIAGAAN INTERNET
===================

Memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000 (sewa tempat). Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma dalam lingkungan RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!

Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi perintis dalam industri mereka akan berpeluang mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!

Sekiranya ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop/?a_aid=f1002443

PERNIAGAAN PESANAN POS
======================

Perniagaan pesanan pos telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan atau melalui telefon).

Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri “DELL”, Internet belum lagi berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilihannya.

Di Malaysia, perniagaan mail order boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang belum bersedia membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online

Walaupun perniagaan cara ini tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan pesanan pos.

PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
==========================

Perniagaan jualan langsung sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ramai yang telah mengambil peluang menjalankan perniagaan dengan menyertai syarikat yang mengendalikan perniagaan melalui system jualan langsung dan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan berbentuk ini.

Melalui jualan langsung, ahli syarikat jualan langsung mendapat komisyen daripada jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai. Oleh kerana modal yang diperlukan dalam memulakan perniagaan ini adalah rendah, serta kemudahan dari segi material dan training yang efektif, perniagaan jaulan langsung telah meluas dengan pesatnya di Malaysia.

Oleh kerana kini syarikat jualan langsung tumbuh seperti cendawan selepas hujan, dalam menyertai syarikat yang mengendalikan system jualan langsung, ianya amat penting untuk mendapatkan syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam melancarkan perniagaan anda.

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH
==================================

Sekiranya anda berbakat dalam bidang-bidang tertentu, bakat tersebut boleh dijadikan sebagai perniagaan dari rumah. Sebagai contoh, sekiranya berbakat dalam menjahit, anda boleh memulakan perkhidmatan menjahit dari rumah. Sekiranya anda berbakat dalam menjaga kanak-kanak, anda boleh menjalankan perniagaan menjaga kanak-kanak dari rumah.

Sekiranya anda berbakat dalam mengajar, anda boleh memulakan perkhidmatan tutor dari rumah. Sekiranya anda berbakat membuat kuih-muih, anda boleh memulakan perniagaan menempah kuih muih dari rumah.

Peluang perniagaan perkhidmatan dari rumah tidak terhad kepada bakat seseorang itu. Dengan memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan dari rumah, modal paling besar sekali iaitu modal premis dapat di elakkan.

Perniagaan perkhidmatan dari rumah kini semakin popular di Malaysia dengan makin ramai ibu-ibu yang ingin meluangkan masa di rumah bersama anak-anak. Sambil bersama anak di rumah, mereka juga dapat menjana pendapatan melalui bakat yang mereka ada.

*****

Memulakan perniagaan dengan modal yang minimum mempunyai pelbagai kebaikan dari segi risiko perniagaan dapat dikurangkan. Cara yang kian popular memulakan perniagaan dengan kos rendah adalah mencari peluang-peluang memulakan perniagaan dari rumah. Selain dari kebaikan dari segi kewanagn juga, perniagaan dari rumah dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Dalam apa sahaja perniagaan, ilmu perniagaan amat penting untuk membantu anda berjaya dalam apa sahaja perniagaan. Insyaallah, dalam artikel-artikel saya yang akan datang, saya akan kongsikan dengan anda tips dan idea untuk membantu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau merancang untuk mulakan!

====================================================

Dr. Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan penceramah/speaker pakar dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati http://www.rahsiainternet.com/?a_aid=f1002443 dan www.irfankhairi.com. Sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan beliau, hubungi Shah di 016-6966644