Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka!

Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 50 kepada semua warganegara Malaysia di mana jua and berada.

Semoga apa yang anda lakukan mendapat hasil yang memuaskan.

ikhlas,

Zamri Nanyan

http://videopercuma.com/r/zamri

Tag “Tahukah Anda?”

Sudah 2 kali saya dikenakan ‘tag’ ke blog saya, dan rasanya kali ini saya terpaksa membalasnya.

Tag terkini dimulakan oleh saudara Shuth di mana beliau menulis 5 perkara rahsia mengenai diri beliau dan seterusnya ‘tag’ Alang untuk memberitahu 5 rahsia beliau.

Saya dikenakan tag oleh Alang untuk memberitahu 5 perkara yang jarang/tidak diketahui oleh orang ramai.

Baiklah, saya sahut cabaran tersebut dan di bawah saya nyatakan 5 perkara mengenai diri saya secara ringkas.

1) Saya berasal dari Felda Lubuk Merbau, Kedah

Ya, siapa sangka suara anak Felda sekarang sudah didengari oleh pelbagai kaum dan keturunan. Tulisan saya juga mungkin sudah dibaca oleh mereka dari pelbagai negara dan ada ‘mat saleh’ yang meminta nasihat daripada orang yang bahasa Inggerisnya adalah bahasa kedua (saya la tu). Bukannya hendak menunjuk-nunjuk tetapi saya ingin bakar semangat anda bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang ‘great’ walaupun kita dari kampung atau desa yang terpencil.

2) Persekolahan

Saya harap ada di antara pembaca yang sama sekolah/universiti dengan saya.

a. Sekolah Rendah Kebangsaan Malau, Jitra Kedah
b. Sekolah Rendah Felda Lubuk Merbau
c. Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
d. Pusat Persedian Pendidikan (PPP/ITM) – IU 10
e. Syracuse University, New York, USA.

OK, siapa pernah bersekolah di tempat yang sama dengan saya.

2) Isteri saya cakap saya orang “Kedah Celup”

Ha! Ini yang menariknya… saya banyak menghabiskan masa dengan mereka yang berasal dari Selatan atau KL. Saya juga menghabiskan masa belajas saya lebih 2 tahun di Selangor.

Jadi, bila bercakap tu, kadang-kadang jadi rojak.

Loghat Kedah ada… Loghat KL pun ada.

Dan lagi, isteri saya asalnya dari Johor.

Bila bercakap dengan isteri, beliau cakap “abang ni dah takde loghat Kedah lagi dah… tak pure Kedah dah” 🙂

Apa nak buat… “Kedah Celup” pun “Kedah Celup” lah…

Janji faham…

Oh ya, kalau nak tau macam mana loghat saya bila bercakap, pegi www.VideoPercuma.com/r/zamri dan tonton video istimewa yang saya sediakan.

Lepas tu, jangan segan untuk komen di sini. 🙂

3) Tarikh lahir

Tarikh lahir saya ialah 11 Januari bersamaan dengan tarikh lahir Siti Nurhaliza… boleh tumpang glamer kejap tapi Siti Nurhaliza dah ada yang punya (pst… jangan kasi tahu isteri saya)

4) Kereta pertama

Volvo 244 GL – ni antik ni. Kalau kira timbang kati, boleh jual sebagai besi buruk dan guna duit tu untuk beli motor modenas. Tapi sekarang kereta tu memang dah jadi junk dan tak boleh jalan lagi dah.

5) Website pertama

Website pertama saya bina ialah www.MLMLessons.com pada tahun 2003 dan ianya masih beroperasi sehingga sekarang, cuma kebanyakannya saya dah “automate”kan.

Alrite… dah melalut saya tulis dan memang bukan style saya tulis sebegini di blog ini. Namun begitu, inilah saya. Tiada apa yang ‘super’ atau terlalu special. Saya juga individu seperti anda… cuma kadang-kadang tu terguris jugak bila dapat kritikan melampau mengenai apa yang saya lakukan dan minat untuk melakukannya di sini.

OK, disebabkan peraturannya sudah ditetapkan, saya terpaksa mencari mangsa untuk membongkar rahsia mereka kepada orang ramai. Mereka yang saya pilih ialah:

1) Dr. Irfan Khairi – pertama kali jumpa kat Writing Workshop Azizi Ali, beliau baru nak terbitkan buku. Sekarang dah jadi somebody I’m proud to call an internet friend.

2) Kidino – dia pernah tag saya dulu tapi tak sempat nak balas. Kali ni kira balas dan “even”lah kot…

3) Irwan Dahnil – first time jumpa kat Kayu Nasi Kandar Penang. Hmmm… kalau start SMS business pun ‘kool’ jugak ni.

4) Tazilan – JV pertama saya dengan beliau ialah di dalam VideoPercuma.com. Mungkin ada banyak peluang untuk JV pada masa hadapan.

5) Afdlin Shauki – ala pelakon tu… dia pakai blogger. So tak tau la kalau dia sedar apa yg kita buat kat sini, tapi kalau dia tau… cool jugak. Boleh korek rahsia. Ni kira random pick la (out of internet marketing niche).

Sumber tag: Shuth – > Alang – > Zamri

ps. Tagging sebegini juga boleh menjadi salah satu cara promosi viral yang berkesan jika ianya dilakukan dengan betul.

Video Tutorial Percuma (Berkaitan Internet)

Saya akan beritahu 2 perkara pada paparan akan datang dan ianya berkaitan dengan apa yang saya akan berikan kepada anda pada hari ini.

Tanggal 27 Ogos 2007, saya telah melancarkan satu produk untuk pembelajaran usahawan internet dan juga bakal usahawan internet. Ianya diberi nama Video Percuma Dot Com.

Produk ini merupakan siri video tutorial di mana anda boleh tonton dan pelajari beberapa perkara berkaitan dengan nama domain dan webhosting.

Ya, mungkin ianya asing bagi sesetengah daripada pembaca blog ini tapi percayalah, jika anda ingin membina website (laman web) profesional untuk bisnes MLM anda, anda perlukan ilmu yang saya berikan di dalam produk ini.

Produk yang saya dan saudara Mohd Sufian cipta ini sebenarnya boleh dikenakan bayaran sehingga melebihi RM50 atau lebih. Saya percaya ianya mempunyai nilai yang tinggi walaupun saya dan Sufian memberikannya percuma.

Jadi, saya harap anda akan menggunakan ilmu yang kami curahkan di dalam produk ini sepenuhnya.

Untuk mendapatkan video percuma ini, sila lawati http://videopercuma.com/r/zamri atau klik ke atas grafik di bawah.

Selamat menonton. 🙂

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet – Bahagian 2

Di dalam artikel “Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet”, saya ada menerangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan sama ada anda menaja ahli baru ataupun tidak ke dalam perniagaan MLM anda.

Persoalan yang seterusnya ialah – tidak semua orang pandai mencipta produk digital mereka sendiri, atau lebih tepat lagi tidak tahu jalan pintas untuk mendapatkan produk digital yang boleh dijadikan produk sendiri.

Di sini, saya akan beritahu anda bagaimana anda boleh melakukannya.

Cara yang paling mudah ialah dengan mendapatkan produk yang mempunyai lesen “Private Label Rights” di mana anda boleh mengubah kandungan produk tersebut dengan apa sahaja yang anda mahu atau menambah isi baru yang anda rasa sesuai untuk mempromosikan perniagaan MLM anda.

Produk dengan lesen “Private Label Rights” adalah sangat banyak. Jadi, anda perlulah bijak untuk mencarinya dan mengubah isi kandungan supaya anda dapat mempromosikan program MLM anda (sesuai untuk program affiliate juga).

Kemudian, anda mempunyai dua pilihan.

1. Menjual produk tersebut
2. Memberi percuma

Jika anda ingin menjualnya, pastikan anda tahu selok belok bagaimana anda hendak menjual di internet (Pakej Lengkap Perniagaan Internet ada menerangkan dengan lebih menyeluruh).

Atau jika anda ingin memberi secara percuma, anda akan mengikut strategi pemasaran yang saya huraikan di
http://rahsiamlm.com/rahsia/rahsia-mlm/pemasaran-internet-melalui-hadiah-percuma

Di sini anda dapat pelajari yang ianya tidaklah semudah mana untuk mendapatkan produk untuk mempromosikan sebarang program MLM yang anda sertai.

Saya pasti anda akan dapat mencari beberapa produk yang mempunyai lesen “Private Label Rights” degan mudah di
Internet tetapi jika anda ingin satu produk yang sesuai untuk mempromosikan program MLM anda, saya boleh berikan satu ebook secara percuma dengan syarat anda melakukan satu perkara mudah untuk saya.

Saya akan berikan ebook “Recurring Income Secrets” jika anda mendaftar secara percuma di laman web di bawah:

http://www.117selfimprovementgifts.com/index.php?id=623

Seterusnya, tinggalkan komen anda di blog ini, dan saya akan mengirim link untuk download ebook ini kepada anda.

Itu sahaja.

Lebih menarik lagi, ebook “Recurring Income Secrets” ini memang bertujuan untuk mempromosikan program MLM. Jadi, ianya amat sesuai untuk topik yang kita bincangkan di sini.

Sampai di sini dulu…

ihklas,

Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com

ps. Pemberian ebook percuma ini akan tamat pada 24 Ogos.

pps. Jika anda telah mendaftar di 117 Self Improvement Gifts sebelum ini dan lupa username/password, anda boleh mendaftar semula dengan email yang berlainan.

ppps. Ebook “Recurring Income Secrets” ini dijual dengan harga $7 di http://www.nhk-estore.co.uk/RIS/?e=zamri@streamyx.com tetapi anda mendapatnya dengan percuma dari saya – dengan hanya mendaftar di http://www.117selfimprovementgifts.com/index.php?id=623

Blog Berwajah Baru dan Rahsia MLM 2…

Pertama sekali, anda boleh rasakan yang blog ini adalah berlainan dengan rupa blog Rahsia MLM yang anda selalu lihat.

Ianya disebabkan saya menukarkannya kepada “theme” atau layout baru untuk blog ini. Jika anda ingin tahu dari mana saya dapatkan tema baru blog ini, ianya adalah daripada  Easy WordPress Themes (produk Gobala Krishnan) dan anda bolehlah klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai template ini.

Diharapkan blog ini senang digunakan untuk rujukan anda nanti.

Pengumuman kedua ialah….

Rahsia MLM 2 bakal diterbitkan apabila ianya siap diterjemah dan disunting.

Ini merupakan satu lagi penghargaan yang besar yang diberikan oleh Tom “Big Al” Schreiter kepada saya untuk menerbitkan satu lagi best-seller beliau ke dalam bahasa Malaysia.

Dan saya pasti… anda akan berpuas hati dengan ebook Rahsia MLM 2 kerana kualitinya adalah seperti kualiti buku Tom “Big Al” Schreiter yang lain.

Jika anda rasa ebook Rahsia MLM adalah rujukan terbaik…. ebook Rahsia MLM 2 tidak akan mengecewakan anda.

Dan, walaupun ebook ini mungkin tidak akan diterbitkan dalam bulan ini atau dalam September, namun anda boleh lawati www.RahsiaMLM2.com untuk melihat sendiri template laman web untuk ebook tersebut.

Saya sangat gembira dengan Rahsia MLM 2 dan saya harapkan ianya akan menjadi sebuah lagi rujukan terbaik untuk anda nanti.

-Zamri Nanyan

Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!

Artikel kita pada kali ini adalah bekisarkan pemasaran internet melalui pemberian hadiah percuma.

Dari pemerhatian saya, memang ada di kalangan pembaca ezine Rahsia MLM yang menggunakan pemasaran sebegini untuk menarik prospek untuk mendekati perniagaan mereka. Jadi, saya juga menggunakan produk cakera padat (CD) sebagai contoh bagaimana pemasaran sebegini dilakukan.

Dan sebelum anda teruskan membaca artikel tersebut, adakah anda telah mendaftar untuk mendapatkan pelbagai produk pembangunan diri (self-development) secara percuma? Jika belum, lawati laman web http://www.117selfimprovementgifts.com/index.php?id=623 sekarang.

Jika anda terlupa username dan password untuk memasuki laman web tersebut, anda boleh mendaftar sekali lagi untuk akses ke laman web tersebut.

Untuk artikel terbaru saya, sila dapatkannya di bawah.

Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma!
oleh Zamri Nanyan

Memang jika dilihat pada dasarnya, sesebuah laman web perniagaan tidak mungkin akan menjana sebarang pendapatan jika segalanya diberi percuma.

Namun, cuba lawati beberapa laman web perniagaan internet dan anda akan perasan yang kebanyakan daripadanya memberikan sesuatu yang percuma kepada pengunjung laman web mereka. Di antara perkara yang diberikan percuma adalah seperti berikut.

1. Ezine percuma
2. Ebook percuma
3. Keahlian (membership) percuma
4. Artikel percuma
5. Perkhidmatan percuma
…dan banyak lagi.

Dan ada yang lebih ‘daring’ lagi sehingga sanggup menghantar barangan fizikal seperti CD dan buku.

Jika diberikan percuma, tidakkah itu merugikan usahawan internet berkenaan? Lebih-lebih lagi jika mereka terpaksa menghantar produk fizikal kepada pengunjung laman web mereka ke serata dunia.

Jawapannya ada di dalam pengiraan matematik dan juga taktik pemasaran yang dipraktikkan.

Baiklah, mari kita lihat taktik perniagaan ini terlebih dahulu.

Strategi Pemasaran

Produk yang diberikan percuma merupakan insentif kepada pengunjung untuk mengenali usahawan internet tersebut sebelum jualan dibuat. Ianya juga merupakan alatan atau ‘tool’ yang digunakan untuk membina kepercayaan di antara usahawan internet dan juga pengunjung laman web mereka (bakal pembeli).

Sekiranya kepercayaan wujud ke atas penjual (usahawan internet tersebut), maka ianya menjadi mudah untuk pembeli membelanjakan wang mereka untuk produk yang ditawarkan seterusnya.

Anda pun tahu yang ianya amat sukar untuk mempercayai sesuatu perniagaan di internet, bukan?

Dengan memberikan “pengalaman” berurusan dengan usahawan internet tersebut (secara mendapatkan produk percuma daripada beliau) akan mengurangkan rasa risau untuk berurus niaga pada masa akan datang.

Jadi anda dapat lihat di sini yang produk yang diberikan percuma, secara tak langsung, adalah bahan promosi untuk produk yang lain.

Perkiraan Matematik

Ya, jika diberikan percuma, mungkin kosnya terpaksa ditanggung oleh usahawan tersebut.

Contohnya, jika kos penghantaran sebuah cakera padat (CD) ialah RM3, maka jika 1000 orang yang memohonnya secara percuma, jumlah duit yang perlu dikeluarkan sudah mencecah RM3,000.

Semua orang tahu yang perbelanjaan RM3,000 tanpa pulangan balik adalah merugikan.

Tetapi, jika ianya dilakukan secara bijak, kos RM3,000 boleh bertukar kepada untung RM4,5000 dan sebagainya.

Jom kita lihat dengan lebih mendalam lagi dan ambil contoh penghantaran CD ini sebagai subjek analisa.

CD yang dihantar secara percuma adalah bahagian pengenalan kepada satu lagi produk video tutorial yang harganya RM100 sekeping. Disebabkan CD kedua ini lebih lengkap dan mempunyai segala rahsia yang tidak diterangkan di dalam CD pertama, besar kemungkinan mereka yang memohon CD pertama ingin mendapatkan CD kedua, di mana mereka terpaksa membayar untuk mendapatkannya.

Daripada 1,000 orang yang memohon, secara purata 75 orang akan membuat pesanan dan pembayaran sebanyak RM100 untuk sekeping CD.

Ini bermakna, anda sudah menghasilkan jualan sebanyak RM7,500 (andaian kos penghantaran ditanggung oleh pembeli).

Jadi, keuntungan bersih anda ialah RM7,500 (CD kedua) – RM3,000 (CD pertama) = RM4,500 (andaian kos menerbitkan CD adalah terlalu kecil untuk direkodkan).

Tingkatkan lagi peratusan pembelian CD kedua kepada pesanan CD kedua, dan anda akan menambahkan lagi keuntungan anda.

Secara ringkasnya, anda perlu mengetahui nisbah pembelian daripada hasil pemberian percuma, dan anda akan sentiasa menang di dalam pemasaran sebegini.

Dan sekiranya produk yang anda berikan adalah dalam bentuk digital seperti ebook atau perisian, ianya lebih memudahkan anda kerana kos permberian produk digital adalah percuma.

Oleh itu, anda harus menilai samaada strategi pemberian produk percuma kepada pengunjung laman web anda adalah berbaloi. Jika anda ingin melakukan dengan cara yang mudah, selalulah gunakan pendekatan pemberian produk digital.

Mengenai Penulis

============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat, dan jangan lupa melawati http://www.ZamriNanyan.com/gifts untuk muatturun hadiah percuma.
============================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Produk pembangunan diri percuma (117 Self Development Gifts)

Jika anda adalah salah seorang yang berminat dengan “self-development” atau pembangunan diri seperti saya, saya cadangkan anda lawati laman web di bawah untuk memuatturun pelbagai produk digital yang berkualiti.

Lebih menarik lagi, anda boleh mendapatkan produk ini secara PERCUMA!

http://www.117selfimprovementgifts.com/index.php?id=623

Lakukannya sekarang sebelum tawaran ini ditarik balik. 🙂