Seminar “Success University” di Singapura

Selepas rakaman TV, saya teruskan perjalanan ke Singapura dan pada kali ini, saya pergi untuk menghadiri Success University World Tour.

The Success University World Tour

Untuk kedua kalinya, saya pergi ke Singapura pada tahun ini untuk berjumpa beberapa pemimpin MLM Internet yang berjaya dan saya gembira kerana dapat menghadiri majlis ini.

Seminar bermula 15 mini sebelum 8 malam dan berakhir pada sekitar pukul 11.

Rasanya, ada sekitar 400 orang di dalam bilik konference dan majoriti daripada peserta datangnya daripada Singapura… beberapa dari Malaysia dan negara lain. Maksudnya, pasaran di Malaysia masih lagi luas dan inilah salah satu sebab mengapa saya terpaksa bertandang ke Singapura dan berjumpa pemimpin pengedar Success University di sana.

Apakah komen saya mengenai seminar tersebut?

Hebat!

Johnny Wimbrey, Matt Morris dan Tony Michael memberikan seminar yang memberansangkan..

Di sana, saya ketahui cerita bagaimana Johnny Wimbrey dibesarkan di dalam rumah kebajikan, berusaha untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik dan bertekad untuk memberikan hidup yang terbaik untuk anak-anak beliau (tidak seperti yang beliau alami semasa kecil)

Matt Morris juga berkongsi cerita bagaimana beliau bankrap dan akhirnya berjaya menghasilkan jutaan dollar 6 kali dalam masa 5 tahun. Bukan itu sahaja, Matt juga berkongsi strategi “jutawan” beliau di dalam ceramah bertajuk “7 strategies to 7 figures too” (strategi yang beliau gunakan untuk mengubah hidup beliau).

Tony Michael seterusnya membuat pengumuman yang rahsia yang bakal menjadikan Success University sebagai peluang perniagaan di Internet yang unggul (hint: The Right Place at The Right Time).

Di sini, saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya ambil di seminar tersebut.

Zamri Nanyan dan Matt Morris (president dan CEO Success University)

Zamri Nanyan dan Johnny Wimbrey (Ambassador Success University)

Zamri Nanyan dan Jaz Lai (top leader di Singapura)

dari kiri: Matt Morris, Zamri Nanyan, Johnny Wimbrey dan Tony Michael

Stuart Tan dan ? (sorry tak dapat nama perempuan tersebut)

hadirin di seminar Success University

lagi hadirin di seminar Success University

Kemudian, saya dan beberapa leader dari Singapura pergi ke sebuah restoran untuk makan malam (tak tahu kat mana sebab Jaz Lai yang bawa saya ke sana). Anda boleh lihat bagaimana kasualnya perjumpaan sebegini – dan tiada siapa pun mengetahui bahawa terdapat beberapa millionaire sedang manjamu selera di restoran nasi kandar tersebut. 🙂 Dan bayangkan aura yang dipancarkan apabila anda berkumpul bersama mereka yang berjaya di dalam hidup yang akan sentiasa memberi cabaran kepada anda untuk terus berjaya dan menjadi seseorang yang lebih baik.

Sedang minum “Godzilla”. Johnny sukakan “Godzilla” dan beliau juga tak lepaskan peluang untuk makan roti paratha.

Di sini, anda juga boleh melihat gambar isteri Matt (berbaju pink) bernama Rhonda Morris.

Satu lagi gambar di tempat yang sama.

 

Pada masa akan datang, saya akan muatnaik beberapa video yang saya ambil di Singapura ke YouTube. Tunggu ye…

Kumpulan pengedar Success Univeristy sudah bermula di Kuala Lumpur.

Penang? Belum lagi… dan saya plan untuk mendapatkan pasaran di Penang secepat mungkin.

Jika anda tinggal berhampiran saya dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Success University, klik di sini dan hantar mesej kepada saya – dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda mungkin akan menjadi leader di bahagian utara dan saya akan bimbing anda.

Anda mungkin akan terkejut yang peluang ini merupakan sesuatu yang mungkin jarang anda perolehi dan saya harap anda akan pertimbangkan apa yang saya nyatakan di sini.

Temubual TV (RTM1) untuk “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”

Ada 2 perkara penting yang berlaku di dalam hidup saya pada 19 Spetember 2007 lepas. Saya akan beritahu perkara pertama yang berlaku pada masa pagi dahulu dan akan kemaskini peristiwa kedua selepas ini.

Rakaman Temubual RTM 1

Saya terpaksa datang ke Kuala Lumpur (dari Pulau Pinang) untuk sebuah segmen temubual TV di Angkasapuri. Program Resensi untuk slot di dalam Selamat Pagi Malaysia diadakan pada sebelah paginya dan saya ditemubual oleh saudara Syed Munawar untuk ulasan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success“.

Anda boleh melihat beberapa gambar yang sempat diambil pada hari hari tersebut di bawah.

Anda lihat dinding biru di belakang saya? Ianya akan digantikan dengan gambar yang berbeza bila dikeudarakan nanti.

Temubual tersebut adalah secara sepontan sahaja dan saya rasa saya dapat menjawabnya dengan baik (walaupun sedikit gemuruh). 🙂

Yang menariknya ialah saya dapat berjumpa beberapa rakan saya yang juga merupakan penulis buku berkaitan pemasaran internet (internet marketing). Jika anda baru berkecimpung di dalam perniagaan Internet, anda mungkin tidak mengetahui mereka tapi jika anda sudah ‘veteran’, anda mungkin mengenali beberapa nama di bawah ini.

dari kiri: Osman Affan, Irwan Dahnil dan Zamri Nanyan

dari kiri: Nirmitha (Pengurus True Wealth Publishing), Shuth, Osman Affan, Zamri Nanyan, Eruwan Gerry Norsen dan Irwan Dahnil

Baiklah, ini merupakan peristiwa penting yang berlaku pada pagi 19 Spetember.

Saya akan kemaskini lagi mengenai perkara penting yang berlaku pada sebelah petangnya yang juga tidak kurang menariknya.

Walaubagaimanapun, jika anda belum mendapatkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success“, dapatkannya di kedai buku terdekat atau pesan terus dari saya di www.OnlineMLMBlueprint.com (masih ada beberapa buah lagi sebelum raya). 🙂

Buku inilah yang membawa saya ke Angkasapuri untuk rakaman TV di RTM1 ini.

 

MLM ala Jualan Langsung di Internet

Pertama sekali, saya ingin tekankan bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara MLM dan Jualan Langsung.

Saya tidak akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai perbezaan di antara 2 model bisnes ini kerana anda boleh membacanya di dalam ebook percuma “Wang Dari Peti Surat”, terjemahan daripada “Mailbox Money” di http://www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah bagaimana anda boleh menggunakan pendekatan model “Jualan Langsung” di Internet untuk membina perniagaan MLM anda.

Strategi ini ada disentuh di dalam buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” tetapi anda juga boleh membacanya di http://networkmarketing.sitesell.com/onlinetools.html untuk memahaminya dengan lebih lanjut.

Secara ringkasnya, anda akan membina sebuah laman web yang akan menjual produk MLM anda kepada pelanggan secara langsung dan maklumat mengenai peluang perniagaan tidak akan disebut (atau menjadi paling tidak penting) untuk tujuan ini.

Tujuannya ialah, tidak lain dan tidak bukan, untuk mendapatkan pelanggan yang berpuas hati dengan barangan yang anda tawarkan. Daripada pelanggan inilah anda akan mendapat jualan berulang (repeat sales) atau saranan produk anda kepada lebih ramai orang (free word-of-mouth advertising).

Jika lebih ramai orang mensarankan produk anda, maka lebih besar potensi untuk anda membuat jualan.

Dan lagi, laman web sebegini mestilah dibina dengan cara yang baik supaya ianya dapat dicari dengan mudah apabila bakal pembeli anda mencari sesuatu produk yan mereka kehendaki di Internet.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk ‘set bersalin’, bina sebuah laman web mengenai produk tersebut dan jualnya secara langsung di Internet. Pastikan yang laman web tersebut disenarikan di muka utama enjin carian seperti Google.com atau Yahoo.com. Bagi sesetengah daripada anda, membina laman web yang dioptimakan untuk enjin carian mungkin menjadi sedikit teknikal. Jadi, upah seseorang yang boleh menolong anda di bahagian ini (klu: http://networkmarketing.sitesell.com/onlinetools.html sesuai untuk tujuan ini).

Tentang bagaimana anda boleh menerima bayaran, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan.

1. Arahan kepada pembeli anda untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank anda (direct deposit).

2. Menerima pembayaran melalui kad kredit dengan menggunakan perkhidmatan daripada 2CheckOut.com atau PayPal.com

Kemudian, anda boleh hantarkan barangan anda kepada pembeli dengan menggunakan perkhidmatan pos (untuk barang fizikal) atau menggunakan automasi untuk menghantar produk digital.

Jika laman web anda dibina dengan cara yang betul dan barangan anda merupakan barangan yang ramai orang cari di Internet, pencarian prospek untuk membeli barangan anda tidak akan menjadi masalah lagi. Malah enjin carian seperti Google.com dan Yahoo.com akan membantu anda mendapatkan pelanggan dengan secara otomatik.

ikhlas,

Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mensyorkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” di http://www.OnlineMLMBlueprint.com untuk mempelajari cara-cara membina MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

ps. Contoh produk MLM ‘set bersalin’ yang diberikan adalah benar. Rakan saya ada menggunakan kaedah ini dan menjualnya di www.SetBersalin.com

[Ebook “Online Profits Made Simple” sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================