Pelancaran Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”

Hujung minggu lepas merupakan hari yang sibuk buat saya.

Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk melancarkan buku pertama Daegan Smith bersama saya, Zamri Nanyan. Majlis pelancaran buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” ini diadakan di PWTC pada hari Ahad, pukul 3:00pm hingga 5pm, dan ianya dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mohamad Norza bin Haji Zakaria, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II.

Majlis pelancaran ini juga mendapat liputan beberapa akhbar tempatan seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Saya sangat gembira sebab ianya merupakan pengalaman pertama saya melancarkan buku sebegitu meriah. Namun, pada masa yang sama, saya juga sedih sebab ibu bapa saya tiada di situ untuk menyaksikannya. Untuk pengetahuan anda, bapa saya baru sahaja keluar dari hospital hari ini selepas lebih seminggu berada di situ.

Untuk berkongsi gambar bersama anda, lihatlah gambar saya dengan 2 orang lagi penulis buku di bawah penerbitan True Wealth Publishing.

(Utusan Malaysia, 7 Mei 2007, mukasurat 14)

Saya menggunakan khidmat True Wealth Publishing, syarikat milik juruterbang jutawan, En. Azizi Ali (lelaki yang berdiri di sebelah kiri saya… dan saya rasa anda lebih mengenali beliau dari saya 🙂 )


Terdapat satu sebab saya memilih syarikat En. Azizi dan ianya ialah sebab En. Azizi sendiri adalah seorang “best-selling” author dan saya perlukan seorang penulis tempatan untuk membimbing saya untuk menjadi penulis yang hebat… dan saya rasa saya sudah menemui penulis tersebut. 🙂


“The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” akan menemui anda di kedai-kedai buku tempatan nanti. Harganya ialah RM29.90 dan saya akan menjual buku yang sama ini kepada pasaran antarabangsa pada harga USD$29.90.

Perbezaan harga adalah disebabkan faktor rahsia yang saya sedang fikirkan. Jadi, ianya akan menjadi sesuatu yang istimewa jika anda membelinya pada RM29.90 atau USD$29.90.

Sekarang, jika anda sudah mendapatkan buku ini di pesta buku yang lepas, anda sudah tahu isi di dalamnya, tetapi bagi mereka yang belum mendapatkannya, berikut adalah beberapa perkara penting yang bakal anda pelajari di dalam buku ini:

1. Kebenaran yang tidak enak didengar mengenai MLM tetapi anda MESTI memahaminya untuk berjaya di dalam bisnes ini.

2. Apa yang pengedar paling berjaya tahu mengenai cara mendapatkan pendapatan yang BESAR di dalam MLM yang anda tidak ketahui.

3. Kenapa kebanyakan sistem duplikasi yang diajarkan oleh kebanyakan upline tidak boleh diduplikasi oleh downline anda.

4. Bagaimana hendak merekrut prospek yang telahpun berminat untuk menyertai anda walaupun anda belum lagi bersua atau bercakap dengan mereka.

5. SATU “tool” atau alatan yang anda MESTI ada untuk berjaya di dalam MLM internet dan ianya bukanlah apa yang anda fikirkan sebelum ini.

dan banyak lagi…

Yang bagusnya ialah Daegan dan saya membincangkan pelbagai strategi pemasaran di internet yang bukan sahaja sesuai untuk bisnes MLM tetapi juga sesuai untuk mempromosikan barangan internet yang lain, sama ada produk affiliate atau produk sendiri.

Jadi, ianya AMAT sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan MLM ataupun internet, dan saya rasa anda yang membaca ini MESTI memiliki satu salinan untuk rujukan di rumah.

Secara ikhlasnya, saya rasakan buku ini merupakan satu-satunya buku yang paling baik yang membincangkan cara-cara membina bisnes MLM menggunakan internet. Saya belum menemui sebarang buku seperti ini, dan Daegan dan saya berasa bangga yang kami dapat memberikan sesuatu yang terbaik di pasaran pada hari ini.

Saya harap anda akan mendapatkan buku ini secepat mungkin (apabila ianya berada di kedai-kedai buku atau bila saya mula menjualnya di laman web saya)

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================