Menggunakan Blog Untuk Memasarkan Peluang Perniagaan MLM
oleh Zamri Nanyan
Salah satu alatan yang anda boleh gunakan untuk membina jaringan usahawan MLM anda adalah dengan menggunakan blog.
Jika anda belum mengetahuinya, blog adalah singkatan kepada web log - yang bermaksud sebuah jurnal, log, diari ataupun sebarang catatan yang ditulis di laman web secara konsisten. Ianya berbeza daripada laman web biasa kerana blog selalu dikemaskini dan pembaca mempunyai pilihan untuk berinteraksi dengan penulis.
Sebagai contoh, laman web www.ZamriNanyan.com/success dan www.RahsiaMLM.com/rahsia merupakan 2 laman blog yang membincangkan topik berkaitan perniagaan Internet dan MLM. Jika anda lihat di kedua-dua laman blog yang saya sebutkan, anda akan dapati yang kandungan blog tersebut akan ditambah dari masa ke semasa.
Jadi, bagaimanakan anda boleh menggunakan blog untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda?
Baiklah, biar saya berikan 3 keistimewaan blog sebagai alatan pemasaran MLM anda.
1. “Self-Branding”
Kepada yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan MLM pasti tahu yang salah satu sebab mengapa prospek anda menyertai perniagaan anda adalah disebabkan “anda sendiri”. Jika prospek anda mengenali anda terlebih dahulu dan berasa selesa dengan penyampaian anda, besar kemungkinan mereka akan menyertai anda.
Sebaliknya, bayangkan jika anda menerima e-mel yang tidak diundang (spam) dan mengajak anda menyertai syarikat XYZ dan rakan kenalan Internet anda juga mempromosikan syarikat XYZ. Anda berminat dengan produk yang ditawarkan dan rakan Internet anda banyak menerangkan kebaikan produk tersebut di laman blog beliau dan mengajak anda menyertai beliau juga.
Daripada siapakah anda akan membeli produk yang disebutkan?
Orang yang anda tidak kenali - yang menghantar spam kepada anda?
atau
Rakan kenalan Internet anda yang blognya selalu anda kunjungi dan baca?
Saya rasa jawapannya adalah jelas. Dari mata prospek anda juga, mereka anda mendapati anda sebagai orang yang boleh dipercayai dan juga mungkin pakar di dalam bidang yang anda ceburi (disebabkan informasi yang anda berikan di blog anda).
Jika anda mempunyai semakin ramai pembaca blog anda, mereka akan mula mengaitkan nama anda dengan blog tulisan anda. Dari sinilah mulanya “name branding” ke atas nama anda. Mereka akan berkata, “Oh ya! Ahmad yang menulis blog di www.BlogAhmad.com, kan? (contoh)”.
2. Alatan Mencari Prospek dan Menaja
Blog yang baik dan dipasarkan dengan berkesan akan menjadi popular di kalangan pembacanya dan jika anda memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca, mereka akan mempromosikan blog anda dengan percuma.
Bagaimana ianya boleh terjadi?
Katakan yang anda menulis sebuah artikel di laman blog anda mengenai “7 cara untuk bersara dalam masa 7 tahun, dan anda tidak perlu rompak bank tempatan untuk melakukannya”. Nampaknya artikel ini sangat menarik untuk disampaikan kepada orang lain, jadi pembaca anda akan memberitahu rakan mereka mengenai blog anda - kerana di sini sajalah mereka boleh membaca artikel yang anda tulis.
Sekarang, bayangkan 100 orang pembaca melakukan perkara yang sama - anda mungkin akan memperolehi 100 lagi pembaca blog yang baru.
Dan jangan lupa - blog anda adalah bertujuan untuk mencari prospek dan menaja.
Oleh itu, cuba promosikan peluang perniagaan MLM anda di blog anda. Jika program MLM anda membenarkan anda “signup” (atau mendaftar) ahli baru secara online, letakkan alamat web yang pembaca anda perlu lawati untuk menyertai program MLM anda.
Cuma satu sahaja tip lagi yang perlu anda ingati - tulislah artikel atau penulisan yang berkaitan dengan peluang perniagaan, produk, motivasi atau berita mengenai perniagaan anda supaya para pembaca blog anda memang sudah jangkakan yang anda cuba membuka peluang untuk mereka mengetahui lebih lanjut mengenai anda dan perniagaan anda.
3. Alatan Untuk Menjual
Walaupun blog merupakan sesuatu yang mungkin bersifat secara peribadi kepada sesetengah orang, namun anda boleh menggunakannya sebagai alatan untuk menjual. Tidak ada salahnya membina sebuah blog peribadi yang mampu menambah pendapatan secara sampingan.
Di sini, saya bukan sahaja bercakap tentang hanya menjual barangan atau produk MLM anda, tetapi anda boleh juga menambah pendapatan sampingan dengan beriklan ataupun mempromosikan produk yang berkaitan dengan produk MLM anda.
Sebagai contoh, jika blog anda berkisar kepada perniagaan MLM dan anda banyak membincangkan perkara berkaitan produk anda, tidak salah jika anda meletakkan affiliate link ke laman web www.RahsiaMLM.com.
Sudah pasti ada di antara pembaca blog anda adalah daripada syarikat MLM yang lain, dan jika mereka kurang berminat dengan produk MLM dari syarikat anda, mungkin mereka merasakan yang ebook Rahsia MLM dapat membantu mereka. Jika mereka membeli ebook Rahsia MLM melalui affiliate link yang anda berikan, anda akan dibayar komisyen.
Dari sinilah anda boleh menjana pendapatan sama ada prospek anda menyertai MLM anda ataupun tidak.
Kesimpulannya, blog boleh menjadi satu senjata pemasaran anda yang berkesan. Apa yang saya bincangkan di sini mungkin berkaitan dengan MLM secara langsung tetapi ianya boleh juga diaplikasikan ke dalam perniagaan yang lain.
Bagi yang belum tahu bagaimana untuk membina blog secara percuma, anda bolehlah lawati www.blogger.com dan daftar di laman web tersebut. Untuk pembaca yang berminat untuk membina blog secara lebih profesional, anda bolehlah membina blog anda di server webhosting anda dan cara untuk membinanya ada diterangkan di dalam video ringkas di laman web www.videopercuma.com/r/zamri/kiosk6.html
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mensyorkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” di http://www.OnlineMLMBlueprint.com untuk mempelajari cara-cara membina MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.
[Ebook “Online Profits Made Simple” sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
================================================
Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================