Seminar Pemasaran Melalui SMS

Salah satu media pemasaran yang tengah hangat sekarang ialah pemasaran melalui SMS.

Jika anda lihat di kaca TV atau dada-dada akhbar pada hari ini, memang terdapat pelbagai iklan yang menawarkan servis langganan atau muatturun nada dering dan sebagainya. Yang paling terkenal di Malaysia, saya rasa, adalah program berbentuk undian SMS seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bagaimana syarikat sebegini mengaut keuntungan dengan SMS?

Rahsianya akan dibongkar oleh rakan saya, Irwan Dahnil yang merupakan penulis buku Rahsia SMS, di dalam seminar pertama beliau yang berkisar mengenai perniagaan/pemasaran SMS.

Layari http://www4.smswang.com untuk maklumat lanjut.

Tetapi saya perlu meminta maaf terlebih dahulu kerana lewat menghantar berita ini kepada anda yang berminat untuk menyertai seminar ini, kerana harga istimewa yang Irwan tawarkan akan tamat pada hari Ahad 10 Jun 2007.

Jadi, pada sesiapa yang ingin mendapatkan harga istimewa ini, bolehlah bertindak sekarang.

Dari apa yang saya faham, harga seminar sebenarnya akan naik hingga ke RM2XX.XX (hampir RM300). Oleh itu, anda pasti akan mendapat diskaun yang hebat jika anda membuat tempahan sekarang.

Oh ya! Inilah kali pertama jua saya lihat seminar dalam bahasa Malaysia yang menawarkan 100% wang pulangan semula jika anda tidak dapat memulakan perniagaan SMS anda dalam masa 7 hari.

Persoalan seterusnya ialah…

Bagaimana perniagaan SMS ini dapat membantu saya membina perniagaan MLM saya?

Saya belum menyertai seminar ini, namun saya sudah membaca ebook SMS Wang dan pernah berbincang dengan Irwan sebelum ini bagaimana perniagaan SMS yang beliau tawarkan boleh dipraktikkan untuk membina perniagaan MLM anda.

Ianya cuma memerlukan sedikit kreativiti untuk memulakannya. 🙂

Dan biarlah saya tinggalkan anda di sini dahulu untuk anda fikirkan bagaimana SMS dapat membantu untuk membina perniagaan MLM anda.

Saya pasti tidak mustahil, suatu hari nanti, akan ada syarikat MLM atau usahawan MLM yang menggunakan SMS sebagai medium untuk mencari prospek, menaja dan membimbing ahli kumpulan mereka.

Lawati http://www4.smswang.com sekarang untuk maklumat lanjut mengenai seminar yang julung-julung kalinya diadakan ini.