Kenapa Saya SANGAT Gembira! :)

Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat cahaya mata baru.

Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki yang agak besar juga.

http://video.google.com/videoplay?docid=2024796609940898926

Klik “PLAY” 2 kali di atas

Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis mengenai kelahiran anak saya di blog dan website saya. Pengalaman yang saya kongsikan bersama ini sangat peribadi buat saya… jadi saya harap anda mendapat pengajaran yang berguna daripada cerita yang saya sampaikan. Ianya juga mengingatkan jasa emak kita melahirkan kita ke dunia ini.

Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.

Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan ucapan.

(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).

Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan anda.

Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris, saya harap anda dapat memahami pengalaman yang saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia sekiranya anda tidak selesa dengan English.

Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://imran.zamrinanyan.com/share.html dan jika anda sendiri yang membeli pakej ini, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana ianya pasti membantu Imran, Aiman dan Syafiqah di kemudian hari.

“Share the JOY With Us” 🙂

Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai yang mungkin.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Anda boleh menggunakan email ini untuk diletakkan di blog atau laman web anda sekiranya mahu.

pps. Saya akan berikan satu sumber di mana anda boleh menjimatkan wang untuk memulakan “video marketing” anda nanti – tunggu ye!

Temubual TV (RTM1) untuk “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”

Ada 2 perkara penting yang berlaku di dalam hidup saya pada 19 Spetember 2007 lepas. Saya akan beritahu perkara pertama yang berlaku pada masa pagi dahulu dan akan kemaskini peristiwa kedua selepas ini.

Rakaman Temubual RTM 1

Saya terpaksa datang ke Kuala Lumpur (dari Pulau Pinang) untuk sebuah segmen temubual TV di Angkasapuri. Program Resensi untuk slot di dalam Selamat Pagi Malaysia diadakan pada sebelah paginya dan saya ditemubual oleh saudara Syed Munawar untuk ulasan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success“.

Anda boleh melihat beberapa gambar yang sempat diambil pada hari hari tersebut di bawah.

Anda lihat dinding biru di belakang saya? Ianya akan digantikan dengan gambar yang berbeza bila dikeudarakan nanti.

Temubual tersebut adalah secara sepontan sahaja dan saya rasa saya dapat menjawabnya dengan baik (walaupun sedikit gemuruh). 🙂

Yang menariknya ialah saya dapat berjumpa beberapa rakan saya yang juga merupakan penulis buku berkaitan pemasaran internet (internet marketing). Jika anda baru berkecimpung di dalam perniagaan Internet, anda mungkin tidak mengetahui mereka tapi jika anda sudah ‘veteran’, anda mungkin mengenali beberapa nama di bawah ini.

dari kiri: Osman Affan, Irwan Dahnil dan Zamri Nanyan

dari kiri: Nirmitha (Pengurus True Wealth Publishing), Shuth, Osman Affan, Zamri Nanyan, Eruwan Gerry Norsen dan Irwan Dahnil

Baiklah, ini merupakan peristiwa penting yang berlaku pada pagi 19 Spetember.

Saya akan kemaskini lagi mengenai perkara penting yang berlaku pada sebelah petangnya yang juga tidak kurang menariknya.

Walaubagaimanapun, jika anda belum mendapatkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success“, dapatkannya di kedai buku terdekat atau pesan terus dari saya di www.OnlineMLMBlueprint.com (masih ada beberapa buah lagi sebelum raya). 🙂

Buku inilah yang membawa saya ke Angkasapuri untuk rakaman TV di RTM1 ini.

 

Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka!

Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 50 kepada semua warganegara Malaysia di mana jua and berada.

Semoga apa yang anda lakukan mendapat hasil yang memuaskan.

ikhlas,

Zamri Nanyan

http://videopercuma.com/r/zamri

Tag “Tahukah Anda?”

Sudah 2 kali saya dikenakan ‘tag’ ke blog saya, dan rasanya kali ini saya terpaksa membalasnya.

Tag terkini dimulakan oleh saudara Shuth di mana beliau menulis 5 perkara rahsia mengenai diri beliau dan seterusnya ‘tag’ Alang untuk memberitahu 5 rahsia beliau.

Saya dikenakan tag oleh Alang untuk memberitahu 5 perkara yang jarang/tidak diketahui oleh orang ramai.

Baiklah, saya sahut cabaran tersebut dan di bawah saya nyatakan 5 perkara mengenai diri saya secara ringkas.

1) Saya berasal dari Felda Lubuk Merbau, Kedah

Ya, siapa sangka suara anak Felda sekarang sudah didengari oleh pelbagai kaum dan keturunan. Tulisan saya juga mungkin sudah dibaca oleh mereka dari pelbagai negara dan ada ‘mat saleh’ yang meminta nasihat daripada orang yang bahasa Inggerisnya adalah bahasa kedua (saya la tu). Bukannya hendak menunjuk-nunjuk tetapi saya ingin bakar semangat anda bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang ‘great’ walaupun kita dari kampung atau desa yang terpencil.

2) Persekolahan

Saya harap ada di antara pembaca yang sama sekolah/universiti dengan saya.

a. Sekolah Rendah Kebangsaan Malau, Jitra Kedah
b. Sekolah Rendah Felda Lubuk Merbau
c. Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
d. Pusat Persedian Pendidikan (PPP/ITM) – IU 10
e. Syracuse University, New York, USA.

OK, siapa pernah bersekolah di tempat yang sama dengan saya.

2) Isteri saya cakap saya orang “Kedah Celup”

Ha! Ini yang menariknya… saya banyak menghabiskan masa dengan mereka yang berasal dari Selatan atau KL. Saya juga menghabiskan masa belajas saya lebih 2 tahun di Selangor.

Jadi, bila bercakap tu, kadang-kadang jadi rojak.

Loghat Kedah ada… Loghat KL pun ada.

Dan lagi, isteri saya asalnya dari Johor.

Bila bercakap dengan isteri, beliau cakap “abang ni dah takde loghat Kedah lagi dah… tak pure Kedah dah” 🙂

Apa nak buat… “Kedah Celup” pun “Kedah Celup” lah…

Janji faham…

Oh ya, kalau nak tau macam mana loghat saya bila bercakap, pegi www.VideoPercuma.com/r/zamri dan tonton video istimewa yang saya sediakan.

Lepas tu, jangan segan untuk komen di sini. 🙂

3) Tarikh lahir

Tarikh lahir saya ialah 11 Januari bersamaan dengan tarikh lahir Siti Nurhaliza… boleh tumpang glamer kejap tapi Siti Nurhaliza dah ada yang punya (pst… jangan kasi tahu isteri saya)

4) Kereta pertama

Volvo 244 GL – ni antik ni. Kalau kira timbang kati, boleh jual sebagai besi buruk dan guna duit tu untuk beli motor modenas. Tapi sekarang kereta tu memang dah jadi junk dan tak boleh jalan lagi dah.

5) Website pertama

Website pertama saya bina ialah www.MLMLessons.com pada tahun 2003 dan ianya masih beroperasi sehingga sekarang, cuma kebanyakannya saya dah “automate”kan.

Alrite… dah melalut saya tulis dan memang bukan style saya tulis sebegini di blog ini. Namun begitu, inilah saya. Tiada apa yang ‘super’ atau terlalu special. Saya juga individu seperti anda… cuma kadang-kadang tu terguris jugak bila dapat kritikan melampau mengenai apa yang saya lakukan dan minat untuk melakukannya di sini.

OK, disebabkan peraturannya sudah ditetapkan, saya terpaksa mencari mangsa untuk membongkar rahsia mereka kepada orang ramai. Mereka yang saya pilih ialah:

1) Dr. Irfan Khairi – pertama kali jumpa kat Writing Workshop Azizi Ali, beliau baru nak terbitkan buku. Sekarang dah jadi somebody I’m proud to call an internet friend.

2) Kidino – dia pernah tag saya dulu tapi tak sempat nak balas. Kali ni kira balas dan “even”lah kot…

3) Irwan Dahnil – first time jumpa kat Kayu Nasi Kandar Penang. Hmmm… kalau start SMS business pun ‘kool’ jugak ni.

4) Tazilan – JV pertama saya dengan beliau ialah di dalam VideoPercuma.com. Mungkin ada banyak peluang untuk JV pada masa hadapan.

5) Afdlin Shauki – ala pelakon tu… dia pakai blogger. So tak tau la kalau dia sedar apa yg kita buat kat sini, tapi kalau dia tau… cool jugak. Boleh korek rahsia. Ni kira random pick la (out of internet marketing niche).

Sumber tag: Shuth – > Alang – > Zamri

ps. Tagging sebegini juga boleh menjadi salah satu cara promosi viral yang berkesan jika ianya dilakukan dengan betul.