Wealth Summit (27 Oktober 2007)

——————————————————————–
Mahukah anda menjana wang yang banyak?
——————————————————————–

* Mahukah anda menjana wang yang banyak?
* Mahukah anda menjana wang yang banyak sambil berseronok?
* Mahukah anda menyertai perniagaan-perniagaan terhebat di Malaysia hari ini?
* Mahukah anda mempelajari tentang perniagaan-perniagaan terhebat ini daripada pakar?
* Mahukah anda mempelajari semua ini pada hari yang sama?
* Mahukah anda mempelajari semua ini pada harga yang jauh lebih murah daripada nilai sebenarnya?

Jika anda telah menjawab ‘ya’ kepada mana-mana soalan di atas, kami mempunyai penyelesaian untuk anda.

Buat pertama kalinya, TrueWealth Events membawakan yang terbaik di Malaysia di dalam satu acara – Wealth Summit yang julung-julung kalinya diadakan. Kami membawakan lima pakar – yang terbaik di dalam bidang mereka – untuk berkongsi formula kejayaan mereka di dalam perniagaan masing-masing.

PENCERAMAH ANDA DAN TOPIK CERAMAH

Osman Affan – menjual perkhidmatan melalui internet
Irwan Dahnil – buat duit dari sms
Eruwan Gerry Norsen – buat duit dari lelong.com.my
Zamri Nanyan – membina perniagaan internet mlm
Azizi Ali – membina perniagaan idaman

Jika anda teringin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan-perniagaan terhangat di Malaysia dan bagaimana untuk menyertainya, inilah peluang yang anda nanti-nantikan selama ini.

Di dalam program ini, kami akan berkongsi dengan anda faktor-faktor kejayaan yang kritikal serta banyak lagi informasi lain berkenaan perniagaan-perniagaan HANGAT yang akan membantu anda menjana lebih banyak wang, mengurangkan masalah dan kerja, dan pada masa yang sama mengurangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan.

BUTIR-BUTIR PROGRAM:

Tarikh: Sabtu 27 Okt 2007
Masa: 9 pg – 6 ptg
Tempat: Holiday Villa
Penceramah: Seperti di atas
Pelaburan anda: RM490
Peserta awal: RM400 sahaja
(daftar dan bayar sebelum 12hb Okt 2007)

Daftarlah sekarang kerana tempat duduk amat terhad. Klik dilink berikut:

http://www.millionairesplanet.com/wealthsummit.htm

Azizi Ali
Millionaires Coach

PS: Daftar sebelum 12hb Okt 2007 dan dapatkan diskaun RM90 daripada kos pendaftaran.

Seminar “Success University” di Singapura

Selepas rakaman TV, saya teruskan perjalanan ke Singapura dan pada kali ini, saya pergi untuk menghadiri Success University World Tour.

The Success University World Tour

Untuk kedua kalinya, saya pergi ke Singapura pada tahun ini untuk berjumpa beberapa pemimpin MLM Internet yang berjaya dan saya gembira kerana dapat menghadiri majlis ini.

Seminar bermula 15 mini sebelum 8 malam dan berakhir pada sekitar pukul 11.

Rasanya, ada sekitar 400 orang di dalam bilik konference dan majoriti daripada peserta datangnya daripada Singapura… beberapa dari Malaysia dan negara lain. Maksudnya, pasaran di Malaysia masih lagi luas dan inilah salah satu sebab mengapa saya terpaksa bertandang ke Singapura dan berjumpa pemimpin pengedar Success University di sana.

Apakah komen saya mengenai seminar tersebut?

Hebat!

Johnny Wimbrey, Matt Morris dan Tony Michael memberikan seminar yang memberansangkan..

Di sana, saya ketahui cerita bagaimana Johnny Wimbrey dibesarkan di dalam rumah kebajikan, berusaha untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik dan bertekad untuk memberikan hidup yang terbaik untuk anak-anak beliau (tidak seperti yang beliau alami semasa kecil)

Matt Morris juga berkongsi cerita bagaimana beliau bankrap dan akhirnya berjaya menghasilkan jutaan dollar 6 kali dalam masa 5 tahun. Bukan itu sahaja, Matt juga berkongsi strategi “jutawan” beliau di dalam ceramah bertajuk “7 strategies to 7 figures too” (strategi yang beliau gunakan untuk mengubah hidup beliau).

Tony Michael seterusnya membuat pengumuman yang rahsia yang bakal menjadikan Success University sebagai peluang perniagaan di Internet yang unggul (hint: The Right Place at The Right Time).

Di sini, saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya ambil di seminar tersebut.

Zamri Nanyan dan Matt Morris (president dan CEO Success University)

Zamri Nanyan dan Johnny Wimbrey (Ambassador Success University)

Zamri Nanyan dan Jaz Lai (top leader di Singapura)

dari kiri: Matt Morris, Zamri Nanyan, Johnny Wimbrey dan Tony Michael

Stuart Tan dan ? (sorry tak dapat nama perempuan tersebut)

hadirin di seminar Success University

lagi hadirin di seminar Success University

Kemudian, saya dan beberapa leader dari Singapura pergi ke sebuah restoran untuk makan malam (tak tahu kat mana sebab Jaz Lai yang bawa saya ke sana). Anda boleh lihat bagaimana kasualnya perjumpaan sebegini – dan tiada siapa pun mengetahui bahawa terdapat beberapa millionaire sedang manjamu selera di restoran nasi kandar tersebut. 🙂 Dan bayangkan aura yang dipancarkan apabila anda berkumpul bersama mereka yang berjaya di dalam hidup yang akan sentiasa memberi cabaran kepada anda untuk terus berjaya dan menjadi seseorang yang lebih baik.

Sedang minum “Godzilla”. Johnny sukakan “Godzilla” dan beliau juga tak lepaskan peluang untuk makan roti paratha.

Di sini, anda juga boleh melihat gambar isteri Matt (berbaju pink) bernama Rhonda Morris.

Satu lagi gambar di tempat yang sama.

 

Pada masa akan datang, saya akan muatnaik beberapa video yang saya ambil di Singapura ke YouTube. Tunggu ye…

Kumpulan pengedar Success Univeristy sudah bermula di Kuala Lumpur.

Penang? Belum lagi… dan saya plan untuk mendapatkan pasaran di Penang secepat mungkin.

Jika anda tinggal berhampiran saya dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Success University, klik di sini dan hantar mesej kepada saya – dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda mungkin akan menjadi leader di bahagian utara dan saya akan bimbing anda.

Anda mungkin akan terkejut yang peluang ini merupakan sesuatu yang mungkin jarang anda perolehi dan saya harap anda akan pertimbangkan apa yang saya nyatakan di sini.

Memulakan Perniagaan Dengan Modal Minima

MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL MINIMA
Oleh: Dr. Irfan Khairi

Dalam memulakan perniagaan, tidak semestinya modal yang besar diperlukan. Satu salah tanggap mengenai perniagaan adalah, memulakan apa sahaja perniagaan adalah berisiko tinggi oleh kerana modal yang diperlukan adalah besar.

Perniagaan Dell Computers, HP, Cadbury, Disney, Coffee Bean dan banyak lagi pada asalnya adalah perniagaan kecil yang dimulakan dengan modal yang minima. Apa yang mendorong perniagaan ini menjadi besar adalah passion dan usaha pemiliknya dalam memperluaskan perniagaan mereka sehingga menjadi gergasi industri masing-masing.

Terdapat berbagai-bagai kebaikan memulakan perniagaan pada kos yang rendah- saya sendiri juga dalam memulakan apa sahaja perniagaan akan mencari alternatif untuk mengurangkan modal perniagaan oleh kerana ia dapat mengurangkan risiko kehilangan modal!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat mengesyorkan pendekataan Bootstrap!

Apa itu Bootstrap?

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.

Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 – RM50,000? Ketahui bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!

Berikut adalah beberapa peluang perniagaan yang menggunakan modal minima:

PERNIAGAAN INTERNET
===================

Memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000 (sewa tempat). Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma dalam lingkungan RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!

Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi perintis dalam industri mereka akan berpeluang mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!

Sekiranya ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop/?a_aid=f1002443

PERNIAGAAN PESANAN POS
======================

Perniagaan pesanan pos telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan atau melalui telefon).

Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri “DELL”, Internet belum lagi berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilihannya.

Di Malaysia, perniagaan mail order boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang belum bersedia membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online

Walaupun perniagaan cara ini tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan pesanan pos.

PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
==========================

Perniagaan jualan langsung sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ramai yang telah mengambil peluang menjalankan perniagaan dengan menyertai syarikat yang mengendalikan perniagaan melalui system jualan langsung dan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan berbentuk ini.

Melalui jualan langsung, ahli syarikat jualan langsung mendapat komisyen daripada jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai. Oleh kerana modal yang diperlukan dalam memulakan perniagaan ini adalah rendah, serta kemudahan dari segi material dan training yang efektif, perniagaan jaulan langsung telah meluas dengan pesatnya di Malaysia.

Oleh kerana kini syarikat jualan langsung tumbuh seperti cendawan selepas hujan, dalam menyertai syarikat yang mengendalikan system jualan langsung, ianya amat penting untuk mendapatkan syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam melancarkan perniagaan anda.

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH
==================================

Sekiranya anda berbakat dalam bidang-bidang tertentu, bakat tersebut boleh dijadikan sebagai perniagaan dari rumah. Sebagai contoh, sekiranya berbakat dalam menjahit, anda boleh memulakan perkhidmatan menjahit dari rumah. Sekiranya anda berbakat dalam menjaga kanak-kanak, anda boleh menjalankan perniagaan menjaga kanak-kanak dari rumah.

Sekiranya anda berbakat dalam mengajar, anda boleh memulakan perkhidmatan tutor dari rumah. Sekiranya anda berbakat membuat kuih-muih, anda boleh memulakan perniagaan menempah kuih muih dari rumah.

Peluang perniagaan perkhidmatan dari rumah tidak terhad kepada bakat seseorang itu. Dengan memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan dari rumah, modal paling besar sekali iaitu modal premis dapat di elakkan.

Perniagaan perkhidmatan dari rumah kini semakin popular di Malaysia dengan makin ramai ibu-ibu yang ingin meluangkan masa di rumah bersama anak-anak. Sambil bersama anak di rumah, mereka juga dapat menjana pendapatan melalui bakat yang mereka ada.

*****

Memulakan perniagaan dengan modal yang minimum mempunyai pelbagai kebaikan dari segi risiko perniagaan dapat dikurangkan. Cara yang kian popular memulakan perniagaan dengan kos rendah adalah mencari peluang-peluang memulakan perniagaan dari rumah. Selain dari kebaikan dari segi kewanagn juga, perniagaan dari rumah dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Dalam apa sahaja perniagaan, ilmu perniagaan amat penting untuk membantu anda berjaya dalam apa sahaja perniagaan. Insyaallah, dalam artikel-artikel saya yang akan datang, saya akan kongsikan dengan anda tips dan idea untuk membantu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau merancang untuk mulakan!

====================================================

Dr. Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan penceramah/speaker pakar dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati http://www.rahsiainternet.com/?a_aid=f1002443 dan www.irfankhairi.com. Sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan beliau, hubungi Shah di 016-6966644

Seminar Pemasaran Melalui SMS

Salah satu media pemasaran yang tengah hangat sekarang ialah pemasaran melalui SMS.

Jika anda lihat di kaca TV atau dada-dada akhbar pada hari ini, memang terdapat pelbagai iklan yang menawarkan servis langganan atau muatturun nada dering dan sebagainya. Yang paling terkenal di Malaysia, saya rasa, adalah program berbentuk undian SMS seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bagaimana syarikat sebegini mengaut keuntungan dengan SMS?

Rahsianya akan dibongkar oleh rakan saya, Irwan Dahnil yang merupakan penulis buku Rahsia SMS, di dalam seminar pertama beliau yang berkisar mengenai perniagaan/pemasaran SMS.

Layari http://www4.smswang.com untuk maklumat lanjut.

Tetapi saya perlu meminta maaf terlebih dahulu kerana lewat menghantar berita ini kepada anda yang berminat untuk menyertai seminar ini, kerana harga istimewa yang Irwan tawarkan akan tamat pada hari Ahad 10 Jun 2007.

Jadi, pada sesiapa yang ingin mendapatkan harga istimewa ini, bolehlah bertindak sekarang.

Dari apa yang saya faham, harga seminar sebenarnya akan naik hingga ke RM2XX.XX (hampir RM300). Oleh itu, anda pasti akan mendapat diskaun yang hebat jika anda membuat tempahan sekarang.

Oh ya! Inilah kali pertama jua saya lihat seminar dalam bahasa Malaysia yang menawarkan 100% wang pulangan semula jika anda tidak dapat memulakan perniagaan SMS anda dalam masa 7 hari.

Persoalan seterusnya ialah…

Bagaimana perniagaan SMS ini dapat membantu saya membina perniagaan MLM saya?

Saya belum menyertai seminar ini, namun saya sudah membaca ebook SMS Wang dan pernah berbincang dengan Irwan sebelum ini bagaimana perniagaan SMS yang beliau tawarkan boleh dipraktikkan untuk membina perniagaan MLM anda.

Ianya cuma memerlukan sedikit kreativiti untuk memulakannya. 🙂

Dan biarlah saya tinggalkan anda di sini dahulu untuk anda fikirkan bagaimana SMS dapat membantu untuk membina perniagaan MLM anda.

Saya pasti tidak mustahil, suatu hari nanti, akan ada syarikat MLM atau usahawan MLM yang menggunakan SMS sebagai medium untuk mencari prospek, menaja dan membimbing ahli kumpulan mereka.

Lawati http://www4.smswang.com sekarang untuk maklumat lanjut mengenai seminar yang julung-julung kalinya diadakan ini.

How To Become Financially Free in 2007 Seminar

“How To Become Financially Free in 2007 Seminar”
An afternoon with John O’Driscoll
Success University Director

1st time Live in
Penang, Malaysia !

Saturday 26th May 2007
2pm – 4pm (registration 1:30pm)

Bayview Hotel Georgetown , Penang
Smart Dress Only – No Jeans or Trainers

ACT QUICKLY AS DEMAND FOR THIS EXCLUSIVE EVENT IS GOING TO BE VERY HIGH!!

Special Event RM 25 in advance, RM 30 on the door.

For more information contact Zamri Nanyan at http://www.zamrinanyan.com/success/contact

Saturday 26th May

Hear his story, learn how he went from his “Corporate Trap” to “Entrepreneurial Freedom”.

If you live in or around Penang, make sure you attend this amazing event. Bring your friends and family to share the inspiration.

Who is John O’Driscoll?

John is a Director with the #1 Online Personal Development company in the world… Success University.

John has worked in the Education Industry for the past 15 years. His passion for personal development saw him work his way to the top of his field in a highly competitive marketplace. John says ‘when you work in an industry dominated by academics and corporate professionals you need to invest in yourself to ensure you have the edge. As the Senior Operations Manager he had directly responsibility for the development of over 100 staff and the accurate delivery of over 1 million candidate certificates every year. ‘When you are dealing with students future you need to ensure that you provide the best service possible to them every time.

John took the bold step last year to leave his corporate career behind to focus on building a business that would develop and empower people around the world through the use of personal development. John is a Director and Top 10 global recruiter in Success University and has been appointed the as the head of the UK Leadership Team. “I am privileged to be able to spend my time flying around the world supporting my global team build their businesses and achieve their goals and dreams”.

This is your chance to hear his inspirational story and learn how he went from senior operations manager to become a director with the World’s #1 most visited Personal Development website.

Share the evening with your friends and family.

Tickets: RM 25 each

Seats are limited so it is highly recommended that you arrive early.

My mission in life is to help people create new exciting possibilities for their lives and provide them with the tools to achieve them. We are all blessed with the skills to achieve anything we want from life, sometimes you just need a guide to point you in the right direction’ – John O’Driscoll