Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma

Saya lihat kebanyakan usahawan MLM telah menggunakan blog sebagai cara pemasaran mereka di Internet… bagus! kerana ni merupakan salah satu cara yang baik untuk mendapatkan trust’ daripada prospek anda.

Dan lagi, blog mampu memberi sesuatu yang laman web statik lain tidak mampu melakukannya… iaitu… personaliti anda ebagai seorang individu. Inaya juga memberi ‘signal’ kepada rospek anda yang anda adalah orang yang benar-benar wujud dan bukannya seorang robot yang bersembunyi di sebalik laman web yang canggih.

Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang anda perlu fikirkan jika anda menggunakan blog percuma sebagai medium untuk promosi produk atau peluang perniagaan anda, dan saya ada menulis serba sedikit mengenai topik ini di bawah.

Jika anda ada sebarang komen, jangan segan tinggalkannya di blog saya di ruangan komen.

ikhlas,

Zamri Nanyan

************************

Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
oleh Zamri Nanyan

Ada banyak yang bertanyakan saya… macam mana nak bina blog
secara percuma?

Saya anggap ini merupakan soalan daripada newbie… jadi saya tak
sentuh mengenai blog yang dipasangkan di website sendiri (walaupun
ini merupakan saranan terbaik saya).

Untuk permulaan, anda ada 2 pilihan.

1. www.Blogger.com

2. www.Wordpress.com

Blogger.com lebih baik sekiranya anda ingin mempromosikan produk
sendiri, produk affiliate atau online MLM. Di sini anda juga boleh
meletakkan kod Adsense anda di mana jika ada yang klik di iklan
Adsense ini, anda akan mendapat bayaran daripada Google.

WordPress.com juga adalah percuma. Versi yang anda boleh pasang di
webserver lagi banyak kelebihannya tetapi untuk versi percuma di
Wordpress.com, tak banyak ‘feature’ yang anda boleh tambah.

Kedua-dua perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik tetapi
saya pernah mengharungi satu pengalaman buruk bersama
Wordpress.com dan pernah juga dengar masalah dengan Blogger.com

Semasa pelancaran ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM, saya
menggunakan WordPress.com untuk pre-launch campaign. Banyak juga
yang saya muatkan di situ dan banyak juga trafik ke laman blog
tersebut.

Satu hari, saya dapat berita daripada seseorang yang mengatakan
blog saya dah kena ‘banned’. Lepas membuat semakan sendiri, memang
benar yang blog saya sudah dipadamkan.

Saya pun hantar satu email kepada support dan balasannya mudah –
saya telah mempromosikan MLM di WordPress.com. Ianya melanggar
terma dan syarat mereka walaupun saya sebenarnya menggunakan blog
tersebut dengan tujuan memberikan berita terkini mengenai
pelancaran ebook saya dan bila dirayu untuk mendapatkan kembali
kandungan blog tersebut, jawapannya “sorry”. 🙂

Ramai juga individu yang menyatakan blog dari servis Blogger.com
yang mereka gunakan hilang walaupun saya belum pernah mengalaminya
lagi.

Jadi, sebagai permulaan, gunakan blogger.com untuk percubaan atau
membina blog untuk mempromosikan produk anda tetapi cepatlah
bertukar ke blog yang dipasangkan di laman web anda sendiri
selepas anda berjaya belajar menggunakan blog di servis percuma
ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan
beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang
pembangunan diri. Laman web utama beliau ialah
http://www.zamrinanyan.com dan sekiranya berminat dengan produk
pembangunan diri yang terbaik, sila lawati
http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau
laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan
bersama. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.

8 Comments so far

  1. www.alphalipid.net on November 17th, 2007

    Betul! blog ni kalau salah hari bulan dibanned macam kes Zamri so lebih baik masukkan ke server sendiri TAPI mcmana nak masukkan ke server sendiri? boleh ke kita copy html dari fail blogger ke server kita?

    Harap dapat jawapan dari Zamri atau dari mereka yang arif. Terima kasih.

  2. Panduan FTP on November 18th, 2007

    slmt mlm zamri,
    blog percuma memang lah bermasalah kalau salah guna…
    kalau kita guna dengan baik, tak buat spam, takkan kena ban punya…

    btl kata zamri tu, kalau blog percuma yang terbaik adalah wordpress.com dgn blogger.com…
    blogger lebih senang diguna berbanding wordpress…

    tapi kalau ada perancangan nak buat blog berbayar pada masa akan dtg, baik guna wordpress.com sebab boleh belajar dulu tentang wordpress…

    han

  3. AzamWahid on November 28th, 2007

    Hi semua. 🙂

    saya Azam, AzamWahid. (ceh, macam James Bond perkenal nama pun ada, heheh…) saya baru di laman blog ni. jika ada apa-apa, baik buruk atau sebaliknya, sila berikan tunjuk ajar ya.

    yap, i most agree ngan Sifu Zamri. hal ini mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya ia amatlah kritikal (terutamanya kepada mereka yang serius dalam penghasilan blog mereka).

    bagi saya, blog percuma hanyalah sesuai kepada newbie (mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia blogging) dan kepada mereka yang tidak serius dengan aktiviti blogging mereka.

    kepada newbie, jadikan ia (blog percuma) sebagai percubaan asas dalam menceburi dunia blogging. belajar dan terus belajar. sampai masa, ‘lompat’ ke blog yang lebih serius (bukan blog percuma pastinya) – oh ya, itu pun jika anda serius dengan dunia blogging.

    kepada mereka yang tidak serius, teruskan apa yang anda buat. mudah, kerana anda tidak serius. apa yang saya maksudkan di sini ialah, jika anda serius untuk mencari sedikit (atau banyak) ‘hasil’ dari dunia blogging, anda perlu serius akan hal ini! bukan sahaja kepada usahawan internet, malah mungkin kepada para artis (yang mahu sentiasa ‘touch’ dengan peminatnya)! kerana ‘hasil’ yang saya maksudkan tadi bukan sahaja dimaksud dari aspek kewangan, malah lebih luas lagi. kepercayan, keyakinan dan sebagainya dari mereka-mereka di luar! maka www.(nama anda/domain name yang anda terkenan).com (atau . apa-apa sahaja) amatlah penting. selain lebih selamat dan tersusun, ia mencerminkan keseriusan kita, sebagai pembina blog itu sendiri. ingat, orang yakin pada kita, bukan pada apa yang dia lihat, dengar dan sebagainya.

    fikir-fikirkan…

    alah… kalau isu kos dibangkitkan. orang yang serius tiada alasan untuknya.

    P/S: sekali lagi. kepada yang tidak serius dengan dunia blogging mereka, teruskan dengan apa yang anda buat. tiada apa yang salah. cuma… fikir akan isu yang saya ketengahkan itu.

    = AzamWahid@yahoo.com =

  4. […] tersedia saya).  =Seperti pandangan/komen yang telah saya post kan di blog Sifu Zamri Nanyan (http://rahsiamlm.com/rahsia/internet-mlm/berhati-hati-dengan-penggunaan-blog-percuma#comments), saya tidak berapa setuju untuk seseorang yang serius dengan bisnes online, menggunakan blog […]

  5. AzamWahid “the TRUE mastermind” on December 7th, 2007

    […] saya sedari, blog saya ini adalah menumpang di host mereka. Seperti pendapat saya di >>>http://rahsiamlm.com/rahsia/internet-mlm/berhati-hati-dengan-penggunaan-blog-percuma#comments<<&lt;, inilah antara kesan jika menggunakan blog percuma. Saya sedar, dan saya akan membuat […]

  6. smartzul on December 20th, 2007

    Mempunyai blog sendiri (nama domain sendiri dan hosting) lebih memuaskan hati berbanding yang percuma. Kalau para pembaca artikel ini nak tahu apa “kepuasan” tersebut, cubalah sendiri. 😀

  7. zulia on January 28th, 2008

    Saya ni teringin juga nak ada blog sendiri. Tapi, setakat ini baru ada 20% knowledge pasal blog ni.Boleh kah hampa-hampa tolong ajarkan …

  8. Zamri Nanyan on January 30th, 2008

    Dah baca ebook Zul ke belum?

    http://simurl.com/blogging-steps

    Saya cadangkan ambik inisiatif sendiri dan belajar dari ebook ni.

Leave a reply