Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)

Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
oleh Zamri Nanyan

“Alamak! Macam susah je buat ‘internet business’ ni. Siap kena faham matematik lagi.”

Tapi janganlah anda risau – sebab tajuk yang kita bincangkan di sini tidaklah sesusah pelajaran matematik di tahap pengajian PhD.

Saya meletakkan tajuknya sebegini supaya anda mudah mengingati keseluruhan kandungan mesej yang saya tulis supaya anda boleh terus aplikasikan di dalam perniagaan Internet anda hari ini.

Terlebih dahulu, saya andaikan anda sudah mengetahui apakah yang dikatakan blog dan bagaimana untuk membinanya. Jika belum, saya cadangkan anda melawati http://simurl.com/blogging-steps untuk mempelajarinya.

Sekiranya anda adalah pembaca sesetengah blog usahawan internet, anda akan merasakan ada perbezaannya dengan blog yang lain. Walaupun terdapat unsur-unsur atau cerita peribadi, namun di dalam sesetengah paparan, anda akan dapati gaya penulisannya adalah ala-ala sebuah artikel yang ditulis untuk sesebuah bab di dalam buku.

Inilah yang saya katakan “multi-purpose writing” atau “penulisan pelbagai” – kerana anda akan menyiapkan sesuatu kerja yang boleh digunakan bagi lebih daripada satu tujuan.

“Bagaimana?”, anda bertanya.

Begini… Blog anda perlukan kandungan yang berguna untuk pembaca anda. Jadi, anda akan menulis sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan pada masa yang sama, anda boleh berfikir beberapa langkah ke hadapan.

Untuk memudahkan anda, di sini saya berikan beberapa tip.

1. Tulis artikel yang sesuai untuk dimuatkan di dalam pelbagai situasi seperti dipaparkan di dalam blog, diletakkan di dalam forum, disebarkan ke direktori artikel lain, dijadikan “mini e-report”, dijadikan sebuah atau sebahagian bab di dalam ebook dan sebagainya.

Dalam ertikata lain, artikel ini dapat disesuaikan untuk pelbagai keadaan.

2. Tulis artikel yang berkaitan dengan tajuk yang anda bincangkan. Contohnya, anda boleh fikirkan tajuk sebuah ebook yang berkaitan dengan memperolehi pendapatan dengan perniagaan Internet MLM.

Jadi, sekiranya anda mempunyai ebook seperti ini, tajuk artikel yang anda boleh tulis ialah seperti “Bagaimana memilih perniagaan internet MLM yang sesuai”, “5 cara mempromosikan MLM di Internet”, “Salah faham mengenai internet MLM” dan banyak lagi. Tajuk-tajuk artikel ini boleh ditulis terlebih dahulu dan kandungannya boleh ditulis pada bila-bila masa.

Akhirnya, selepas semua artikel tersebut ditulis, secara tidak langsung, anda juga telah menyiapkan satu ebook.

3. Kekalkan gaya penulisan artikel anda bagi sesebuah tema atau tajuk utama yang anda ingin liputi. Ini penting kerana sekiranya gaya penulisan anda berbeza-beza, anda tidak mungkin dapat mencipta sebuah ebook yang mantap dan mempunyai ‘flow’ atau gaya bahasanya yang konsistent.

Praktikkan tip-tip yang diberikan di atas untuk memulakan penulisan artikel anda yang pertama, dan kita akan sambung semula dengan bahagian II pada masa akan datang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut. Zamri juga ada menyediakan tawaran khas kepada anda di laman web http://imran.zamrinanyan.com/offer.html untuk “Kids Fund” anak-anak beliau. Anda pasti mahukan pakej yang beliau tawarkan ini.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Link ke tawaran khas boleh ditukarkan kepada link affiliate anda selepas anda menyertai affiliate program beliau di http://imran.zamrinanyan.com/share.html. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.

7 Comments so far

  1. AzamWahid on November 30th, 2007

    Hi semua. 🙂

    WAH! tajuk yang menarik! (saya minat matematik, heheh)

    sumber dan bidang informasi adalah amat menarik. strategi bisnes yang tepat adalah, mengetahui permintaan yang ada (yang wanted sebolehnya), kemudian baru lancarkan produk! benar kata Sifu Zamri, apa yang memanfaatkan orang, itulah yang perlu kita tumpukan! juga seperti kata Sifu Azman Ching, informasi adalah perniagaan terpanas kini! rakan-rakan, mari kita rebut! 🙂

    thanks Sifu, tip 1 adalah amat berguna. sebelum ini saya tak sedar akan kuasa yang dapat dicapai dengan penghasilan artikel. Sifu telah membuka pandangan luas saya dalam hal ini. again, thanks Sifu! wah… hebatnya kuasa multi purpose writing ni! 🙂

    pada pandangan saya, dalam hal gaya penulisan, sedikit humor yang tidak keterlaluan adalah digalakkan. jangan sehingga pembaca boring dengan explanation mendatar kita. asalkan tak lari daripada intipati artikel, ia amat digalakkan. tak gitu?

    😀

    PS: saya amat tertarik dengan gaya penulisan COACH Azizi Ali. santai, ada ciri humor, tetapi ilmunya tak ternlai!

    = AzamWahid@yahoo.com =

  2. AzamWahid on November 30th, 2007

    oh ya, Sifu,
    adakah offer yang terdapat di laman http://imran.zamrinanyan.com/offer.html, ada had masanya? maksud saya, adakah ia akan diberhentikan kelak, atau ia ada untuk selama mana Sifu termampu?

    PS: maaf, tak tanya terus tadi, baru teringat, heheh… gomen ne. 🙂

  3. AzamWahid on December 2nd, 2007

    saya amat berminat dan bersemangat untuk mengikut dan belajar (insyaALLAH mengamalkannya nanti) tip terbaru Sifu Zamri ni.

    terbaru, saya telah membina blog sementara saya dan mula membuat artikel. saya komited untuk menghasilkan artikel setiap hari, insyaALLAH.

    PS: Sifu, tolong cek dan beri komen ya.

    = http://www.AzamWahid.wordpress.com =

  4. smart azree on December 3rd, 2007

    Saya juga sedang bersemangat untuk mengakhiri kalender 2007 dgn cemerlang.
    Tq Zamri.

  5. Zamri Nanyan on December 3rd, 2007

    Azam Wahid,

    Tiada had masa untuk produk di http://imran.zamrinanyan.com/offer.html

    Jadi anda boleh teruskan promosi sehingga bila-bila.

    Tujuannya ialah untuk menambah dana membesarkan anak saya. 🙂

    Zamri

  6. AzamWahid on December 3rd, 2007

    So desuka… 🙂

    baguslah jika begitu, insyaALLAH akan saya post kan dalam laman blog sementara saya kelak.

    PS: moga-moga Hero Imran akan menjadi somebody di Malaysia ni nanti. 😀

    PSS: thanks for the reply.

  7. Miley-Cyrus-Fan on August 1st, 2008

    hehe +1 🙂

Leave a reply