Memulakan Perniagaan Dengan Modal Minima
MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL MINIMA
Oleh: Dr. Irfan Khairi
Dalam memulakan perniagaan, tidak semestinya modal yang besar diperlukan. Satu salah tanggap mengenai perniagaan adalah, memulakan apa sahaja perniagaan adalah berisiko tinggi oleh kerana modal yang diperlukan adalah besar.
Perniagaan Dell Computers, HP, Cadbury, Disney, Coffee Bean dan banyak lagi pada asalnya adalah perniagaan kecil yang dimulakan dengan modal yang minima. Apa yang mendorong perniagaan ini menjadi besar adalah passion dan usaha pemiliknya dalam memperluaskan perniagaan mereka sehingga menjadi gergasi industri masing-masing.
Terdapat berbagai-bagai kebaikan memulakan perniagaan pada kos yang rendah- saya sendiri juga dalam memulakan apa sahaja perniagaan akan mencari alternatif untuk mengurangkan modal perniagaan oleh kerana ia dapat mengurangkan risiko kehilangan modal!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat mengesyorkan pendekataan Bootstrap!
Apa itu Bootstrap?
Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).
Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.
Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.
Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 - RM50,000? Ketahui bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!
Berikut adalah beberapa peluang perniagaan yang menggunakan modal minima:
PERNIAGAAN INTERNET
===================
Memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000 (sewa tempat). Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma dalam lingkungan RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!
Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi perintis dalam industri mereka akan berpeluang mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!
Sekiranya ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop/?a_aid=f1002443
PERNIAGAAN PESANAN POS
======================
Perniagaan pesanan pos telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan atau melalui telefon).
Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri “DELL”, Internet belum lagi berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilihannya.
Di Malaysia, perniagaan mail order boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang belum bersedia membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online
Walaupun perniagaan cara ini tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan pesanan pos.
PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
==========================
Perniagaan jualan langsung sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ramai yang telah mengambil peluang menjalankan perniagaan dengan menyertai syarikat yang mengendalikan perniagaan melalui system jualan langsung dan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan berbentuk ini.
Melalui jualan langsung, ahli syarikat jualan langsung mendapat komisyen daripada jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai. Oleh kerana modal yang diperlukan dalam memulakan perniagaan ini adalah rendah, serta kemudahan dari segi material dan training yang efektif, perniagaan jaulan langsung telah meluas dengan pesatnya di Malaysia.
Oleh kerana kini syarikat jualan langsung tumbuh seperti cendawan selepas hujan, dalam menyertai syarikat yang mengendalikan system jualan langsung, ianya amat penting untuk mendapatkan syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam melancarkan perniagaan anda.
PERNIAGAAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH
==================================
Sekiranya anda berbakat dalam bidang-bidang tertentu, bakat tersebut boleh dijadikan sebagai perniagaan dari rumah. Sebagai contoh, sekiranya berbakat dalam menjahit, anda boleh memulakan perkhidmatan menjahit dari rumah. Sekiranya anda berbakat dalam menjaga kanak-kanak, anda boleh menjalankan perniagaan menjaga kanak-kanak dari rumah.
Sekiranya anda berbakat dalam mengajar, anda boleh memulakan perkhidmatan tutor dari rumah. Sekiranya anda berbakat membuat kuih-muih, anda boleh memulakan perniagaan menempah kuih muih dari rumah.
Peluang perniagaan perkhidmatan dari rumah tidak terhad kepada bakat seseorang itu. Dengan memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan dari rumah, modal paling besar sekali iaitu modal premis dapat di elakkan.
Perniagaan perkhidmatan dari rumah kini semakin popular di Malaysia dengan makin ramai ibu-ibu yang ingin meluangkan masa di rumah bersama anak-anak. Sambil bersama anak di rumah, mereka juga dapat menjana pendapatan melalui bakat yang mereka ada.
*****
Memulakan perniagaan dengan modal yang minimum mempunyai pelbagai kebaikan dari segi risiko perniagaan dapat dikurangkan. Cara yang kian popular memulakan perniagaan dengan kos rendah adalah mencari peluang-peluang memulakan perniagaan dari rumah. Selain dari kebaikan dari segi kewanagn juga, perniagaan dari rumah dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Dalam apa sahaja perniagaan, ilmu perniagaan amat penting untuk membantu anda berjaya dalam apa sahaja perniagaan. Insyaallah, dalam artikel-artikel saya yang akan datang, saya akan kongsikan dengan anda tips dan idea untuk membantu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau merancang untuk mulakan!
====================================================
Dr. Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan penceramah/speaker pakar dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati http://www.rahsiainternet.com/?a_aid=f1002443 dan www.irfankhairi.com. Sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan beliau, hubungi Shah di 016-6966644




Tahniah kepada Dr. Irfan kerana kenal juga dengan industri ini. Saya sangat suka orang seperti Dr. Irfan juga maklum dengan kelebihan industri ini.
Tahniah kepada Nanyan kerana dapat menjemput tokoh seperti Dr. Irfan untuk menulis dalam ruangan ini dan terus-menerus memperjuangkan industri yang luar biasa ini.
Saya telah menjalankan selama 2 tahun secara sambilan dan kini telah menjalankannya secara sepenuh masa. (sebagai makluman) Dulu saya merupakan guru sekolah menengah.
Ask, bagaimanakah caranya saya untuk memulakan bisnis yang menguntungkan. atau bagaimanakah caranya untuk membuat perniagaan di Internet dalam masa 7 hari sepertimana yang saudara paparkan
Untuk mengetahui cara untuk memulakan bisnes yang menguntungkan, anda perlu tahu bisnes macam mana yang anda ingin ceburi… internet? MLM? Internet MLM? Insuran? Conventional Business? dan pelbagai lagi. Ada bisnes yang memerlukan pelaburan yang tinggi, ada yang kurang.
Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan Internet dalam masa 7 hari, anda perlu hubungi Dr. Irfan Khairi.
Apa yang saya tahu, anda perlu menghadiri seminar beliau untuk mempelajarinya.