Temubual TV (RTM1) untuk “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”

Ada 2 perkara penting yang berlaku di dalam hidup saya pada 19 Spetember 2007 lepas. Saya akan beritahu perkara pertama yang berlaku pada masa pagi dahulu dan akan kemaskini peristiwa kedua selepas ini.

Rakaman Temubual RTM 1

Saya terpaksa datang ke Kuala Lumpur (dari Pulau Pinang) untuk sebuah segmen temubual TV di Angkasapuri. Program Resensi untuk slot di dalam Selamat Pagi Malaysia diadakan pada sebelah paginya dan saya ditemubual oleh saudara Syed Munawar untuk ulasan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success“.

Anda boleh melihat beberapa gambar yang sempat diambil pada hari hari tersebut di bawah.

Anda lihat dinding biru di belakang saya? Ianya akan digantikan dengan gambar yang berbeza bila dikeudarakan nanti.

Temubual tersebut adalah secara sepontan sahaja dan saya rasa saya dapat menjawabnya dengan baik (walaupun sedikit gemuruh). 🙂

Yang menariknya ialah saya dapat berjumpa beberapa rakan saya yang juga merupakan penulis buku berkaitan pemasaran internet (internet marketing). Jika anda baru berkecimpung di dalam perniagaan Internet, anda mungkin tidak mengetahui mereka tapi jika anda sudah ‘veteran’, anda mungkin mengenali beberapa nama di bawah ini.

dari kiri: Osman Affan, Irwan Dahnil dan Zamri Nanyan

dari kiri: Nirmitha (Pengurus True Wealth Publishing), Shuth, Osman Affan, Zamri Nanyan, Eruwan Gerry Norsen dan Irwan Dahnil

Baiklah, ini merupakan peristiwa penting yang berlaku pada pagi 19 Spetember.

Saya akan kemaskini lagi mengenai perkara penting yang berlaku pada sebelah petangnya yang juga tidak kurang menariknya.

Walaubagaimanapun, jika anda belum mendapatkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success“, dapatkannya di kedai buku terdekat atau pesan terus dari saya di www.OnlineMLMBlueprint.com (masih ada beberapa buah lagi sebelum raya). 🙂

Buku inilah yang membawa saya ke Angkasapuri untuk rakaman TV di RTM1 ini.

 

1 Comment so far

  1. Matt on September 27th, 2007

    Tahniah En. Zamri dengan kejayaan yang diperolehi.. Wahh…tak lama lagi jadi orang glamer la.. tahniah2..

Leave a reply