Adakah MLM itu bisnes yang dibolehkan?

Saya mendapat banyak email yang bertanyakan perkara yang berkaitan MLM dan agama, dan walaupun saya tahu ramai juga pelanggan ezine Rahsia MLM bukan beragama Islam, saya patut memberitahu yang apa yang bakal saya tulis di sini juga bakal membantu anda.

Terus terang saya katakan yang saya bukannya seorang ulama’ yang mampu membincangkan perkara halal dan haram di dalam MLM. Namun saya tahu perkara yang baik boleh menjadi haram sekiranya dilakukan dengan cara yang tidak betul. Tetapi perkara yang haram tidak akan menjadi halal walaupun dicuba sedaya upaya.

Disebabkan ramai yang bertanya, apa yang boleh saya lakukan ialah syorkan anda lawati laman web http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72
di mana Ustaz Zaharuddin ada membincangkan perkara ini.

Walaubagaimanapun, Ustaz Zaharuddin juga ada menyatakan seperti di bawah:

“Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas.”

Diharapkan apa yang saya sampaikan menjadi panduan kepada anda.

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet
oleh Zamri Nanyan

Perniagaan MLM di internet mempunyai pelbagai kelebihan disebabkan terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mencari prospek dan membina jaringan ahli anda sendiri.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan samaada anda dapat menaja ahli baru ke dalam program MLM anda ataupun tidak.

Mungkin anda keliru.

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan sekiranya anda tidak menjual produk MLM anda atau menaja ahli baru?

Mungkin juga anda mempunyai soalan sebegini – bagaimana saya boleh melakukannya?

Baiklah, saya akan berikan satu cara bagaimana saya melakukannya berserta contoh nyata yang masih saya praktikkan di sini.

Jawapannya ialah dengan menjadikan program MLM anda sebagai saluran pendapatan kedua selepas anda berjaya menjual produk yang bersesuaian kepada pelanggan anda.

Produk yang saya maksudkan ialah produk digital yang mudah dicipta dan juga tidak akan habis dijual walaupun terdapat pembeli setiap hari.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan berikan contoh laman web yang saya bina di bawah:

http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com

Jika anda lawati laman web tersebut, anda akan dapati yang saya menjual sebuah ebook (produk digital) berkaitan cara menjana pendapatan berterusan melalui internet dan bagaimana anda boleh melakukannya dengan menuruti langkah demi langkah yang ringkas.

Di dalam ebook ini juga, saya memperkenalkan “Kiosk”, sebuah perkhidmatan ‘webhosting’ yang merupakan resepi penting untuk membina laman web profesional, yang saya gunakan di http://www.ZamriNanyan.com

Laman web untuk perkhidmatan ‘webhosting’ ini ialah http://www.wwkiosk.com/members/specialoffer

Yang menariknya, Kiosk juga merupakan sebuah MLM internet di mana saya akan mendapat komisyen sekiranya saya memperkenalkan pelanggan yang baru kepada Kiosk melalui laman web affiliate yang saya berikan di atas.

Jadi, anda boleh lihat di sini bahawa saya akan mendapat wang hasil jualan ebook “Online Profits Made Simple” sebelum saya memperkenalkan MLM internet saya kepada pelanggan saya.

Sekiranya selepas membaca ebook ini dan pelanggan saya mendapati yang kandungannya bermanfaat dan Kiosk boleh membantu mereka untuk menjana pendapatan berterusan di Internet, mereka akan menyertai Kiosk di dalam kumpulan MLM saya.

Jika mereka merasakan yang ianya belum masanya untuk mempraktikkan apa yang saya tulis di dalam ebook “Online Profits Made Simple” saya itu, ianya tidak mengapa kerana saya telahpun memperolehi pendapatan daripada hasil jualan ebook saya tersebut.

Kesimpulannya, menjual produk digital sebelum menaja ahli baru ke dalam MLM internet anda adalah satu cara yang menguntungkan.

Penajaan boleh berlaku secara otomatik dan jika pelanggan nda tidak menyertai program MLM internet anda, anda asih mampu menjana pendapatan melalui jualan produk digital anda.

Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh aplikasikan lmu yang saya kongsi bersama di sini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

[Ebook "Online Profits Made Simple" sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Soalan daripada pembaca – Apakah matlamat utama Rahsia MLM?

Berikut adalah soalan daripada pembaca ezine Rahsia MLM yang dapat saya kongsi bersama.

 

Soalan:

Apakah matlamat utama Rahsia MLM?

Apakah kebaikannya kepada masyarakat dan saya?

 

Jawapan:

 

Matlamat RahsiaMLM ialah untuk terus memberikan ilmu mengenai MLM dan berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama
mendapat manfaat daripadanya – supaya kita lebih mahir di dalam  bidang yang diceburi.

 

Seperti yg saya nyatakan di laman web, RahsiaMLM adalah asil terjemahan dari buku jutawan MLM dari US dan bukannya mudah untuk kita terjemahkan (ataupun mendapatkan kebenaran untuk terjemahan) buku sebegini untuk diberikan kepada masyarakat kita yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Jika anda adalah di dalam golongan yang memerlukan bahan rujukan sebegini yang dahulunya cuma terdapat di dalam Bahasa Inggeris, sekarang anda dapat memperolehinya di sini.

 

Terbaru: Saya juga baru mendapat keizinan Tom “Big Al” Schreiter untuk menterjemahkan satu lagi buku hebat beliau ke dalam Bahasa Malaysia. Jika diizinkanNya, dapatlah kita membongkar lagi rahsia kejayaan multi-jutawan MLM dari US ini.

 

Memulakan Perniagaan Dengan Modal Minima

MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL MINIMA
Oleh: Dr. Irfan Khairi

Dalam memulakan perniagaan, tidak semestinya modal yang besar diperlukan. Satu salah tanggap mengenai perniagaan adalah, memulakan apa sahaja perniagaan adalah berisiko tinggi oleh kerana modal yang diperlukan adalah besar.

Perniagaan Dell Computers, HP, Cadbury, Disney, Coffee Bean dan banyak lagi pada asalnya adalah perniagaan kecil yang dimulakan dengan modal yang minima. Apa yang mendorong perniagaan ini menjadi besar adalah passion dan usaha pemiliknya dalam memperluaskan perniagaan mereka sehingga menjadi gergasi industri masing-masing.

Terdapat berbagai-bagai kebaikan memulakan perniagaan pada kos yang rendah- saya sendiri juga dalam memulakan apa sahaja perniagaan akan mencari alternatif untuk mengurangkan modal perniagaan oleh kerana ia dapat mengurangkan risiko kehilangan modal!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat mengesyorkan pendekataan Bootstrap!

Apa itu Bootstrap?

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.

Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 – RM50,000? Ketahui bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!

Berikut adalah beberapa peluang perniagaan yang menggunakan modal minima:

PERNIAGAAN INTERNET
===================

Memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000 (sewa tempat). Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma dalam lingkungan RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!

Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi perintis dalam industri mereka akan berpeluang mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!

Sekiranya ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop/?a_aid=f1002443

PERNIAGAAN PESANAN POS
======================

Perniagaan pesanan pos telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan atau melalui telefon).

Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri “DELL”, Internet belum lagi berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilihannya.

Di Malaysia, perniagaan mail order boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang belum bersedia membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online

Walaupun perniagaan cara ini tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan pesanan pos.

PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
==========================

Perniagaan jualan langsung sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ramai yang telah mengambil peluang menjalankan perniagaan dengan menyertai syarikat yang mengendalikan perniagaan melalui system jualan langsung dan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan berbentuk ini.

Melalui jualan langsung, ahli syarikat jualan langsung mendapat komisyen daripada jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai. Oleh kerana modal yang diperlukan dalam memulakan perniagaan ini adalah rendah, serta kemudahan dari segi material dan training yang efektif, perniagaan jaulan langsung telah meluas dengan pesatnya di Malaysia.

Oleh kerana kini syarikat jualan langsung tumbuh seperti cendawan selepas hujan, dalam menyertai syarikat yang mengendalikan system jualan langsung, ianya amat penting untuk mendapatkan syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam melancarkan perniagaan anda.

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN DARI RUMAH
==================================

Sekiranya anda berbakat dalam bidang-bidang tertentu, bakat tersebut boleh dijadikan sebagai perniagaan dari rumah. Sebagai contoh, sekiranya berbakat dalam menjahit, anda boleh memulakan perkhidmatan menjahit dari rumah. Sekiranya anda berbakat dalam menjaga kanak-kanak, anda boleh menjalankan perniagaan menjaga kanak-kanak dari rumah.

Sekiranya anda berbakat dalam mengajar, anda boleh memulakan perkhidmatan tutor dari rumah. Sekiranya anda berbakat membuat kuih-muih, anda boleh memulakan perniagaan menempah kuih muih dari rumah.

Peluang perniagaan perkhidmatan dari rumah tidak terhad kepada bakat seseorang itu. Dengan memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan dari rumah, modal paling besar sekali iaitu modal premis dapat di elakkan.

Perniagaan perkhidmatan dari rumah kini semakin popular di Malaysia dengan makin ramai ibu-ibu yang ingin meluangkan masa di rumah bersama anak-anak. Sambil bersama anak di rumah, mereka juga dapat menjana pendapatan melalui bakat yang mereka ada.

*****

Memulakan perniagaan dengan modal yang minimum mempunyai pelbagai kebaikan dari segi risiko perniagaan dapat dikurangkan. Cara yang kian popular memulakan perniagaan dengan kos rendah adalah mencari peluang-peluang memulakan perniagaan dari rumah. Selain dari kebaikan dari segi kewanagn juga, perniagaan dari rumah dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Dalam apa sahaja perniagaan, ilmu perniagaan amat penting untuk membantu anda berjaya dalam apa sahaja perniagaan. Insyaallah, dalam artikel-artikel saya yang akan datang, saya akan kongsikan dengan anda tips dan idea untuk membantu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau merancang untuk mulakan!

====================================================

Dr. Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan penceramah/speaker pakar dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati http://www.rahsiainternet.com/?a_aid=f1002443 dan www.irfankhairi.com. Sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan beliau, hubungi Shah di 016-6966644

Seminar Pemasaran Melalui SMS

Salah satu media pemasaran yang tengah hangat sekarang ialah pemasaran melalui SMS.

Jika anda lihat di kaca TV atau dada-dada akhbar pada hari ini, memang terdapat pelbagai iklan yang menawarkan servis langganan atau muatturun nada dering dan sebagainya. Yang paling terkenal di Malaysia, saya rasa, adalah program berbentuk undian SMS seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bagaimana syarikat sebegini mengaut keuntungan dengan SMS?

Rahsianya akan dibongkar oleh rakan saya, Irwan Dahnil yang merupakan penulis buku Rahsia SMS, di dalam seminar pertama beliau yang berkisar mengenai perniagaan/pemasaran SMS.

Layari http://www4.smswang.com untuk maklumat lanjut.

Tetapi saya perlu meminta maaf terlebih dahulu kerana lewat menghantar berita ini kepada anda yang berminat untuk menyertai seminar ini, kerana harga istimewa yang Irwan tawarkan akan tamat pada hari Ahad 10 Jun 2007.

Jadi, pada sesiapa yang ingin mendapatkan harga istimewa ini, bolehlah bertindak sekarang.

Dari apa yang saya faham, harga seminar sebenarnya akan naik hingga ke RM2XX.XX (hampir RM300). Oleh itu, anda pasti akan mendapat diskaun yang hebat jika anda membuat tempahan sekarang.

Oh ya! Inilah kali pertama jua saya lihat seminar dalam bahasa Malaysia yang menawarkan 100% wang pulangan semula jika anda tidak dapat memulakan perniagaan SMS anda dalam masa 7 hari.

Persoalan seterusnya ialah…

Bagaimana perniagaan SMS ini dapat membantu saya membina perniagaan MLM saya?

Saya belum menyertai seminar ini, namun saya sudah membaca ebook SMS Wang dan pernah berbincang dengan Irwan sebelum ini bagaimana perniagaan SMS yang beliau tawarkan boleh dipraktikkan untuk membina perniagaan MLM anda.

Ianya cuma memerlukan sedikit kreativiti untuk memulakannya. :)

Dan biarlah saya tinggalkan anda di sini dahulu untuk anda fikirkan bagaimana SMS dapat membantu untuk membina perniagaan MLM anda.

Saya pasti tidak mustahil, suatu hari nanti, akan ada syarikat MLM atau usahawan MLM yang menggunakan SMS sebagai medium untuk mencari prospek, menaja dan membimbing ahli kumpulan mereka.

Lawati http://www4.smswang.com sekarang untuk maklumat lanjut mengenai seminar yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Adakah Anda Seorang Yang Beretika Ketika Berforum?

Salah satu cara mempromosikan perniagaan MLM anda di Internet ialah melalui forum. Di sini saya paparkan salah satu artikel yang membincangkan adab berforum di internet yang juga boleh diaplikasikan untuk membina perniagaan MLM anda. Walaupun saya tidak membincangkannya dengan cara yang terperinci untuk mempromosikan program MLM anda di forum di dalam artikel ini, ianya sama penting dengan cara anda mempromosikan diri dan perniagaan anda.

Adakah Anda Seorang Yang Beretika Ketika Berforum?

Jika anda menjalankan perniagaan di Internet, anda tidak akan terlepas dengan terma “forum marketing” atau pemasaran di forum.

Terlebih dahulu, saya ingin nyatakan yang forum ialah sebuah komuniti di internet di mana orang ramai dapat berkumpul, berkongsi maklumat, beriklan dan juga menjalankan perniagaan mereka. Jika dilakukan secara betul, forum dapat memberikan kredibiliti yang tinggi kepada anda. Sebaliknya, kredibiliti anda akan jatuh merudum jika tidak dilakukan dengan betul.

Beberapa contoh forum tempatan yang dapat saya senaraikan di sini ialah www.WangCyber.com, www.WebMasterMalaysia.com dan juga www.Melayu.com.

Lawati laman forum di atas dan anda akan berjumpa dengan ribuan pengguna internet yang berinteraksi sesama sendiri.

Namun begitu, masih ramai yang tidak memahami atau mematuhi etika berforum sehingga anda yang secara tidak langsung mengundang masalah kepada diri sendiri dan juga kredibiliti mereka. Jadi di sini, ingin saya senaraikan beberapa etika berforum di internet yang dapat saya kupas daripada pengalaman dan bacaan saya sendiri.

1. Hormati orang lain

Ada sesetengah daripada peserta tidak menghiraukan pendapat orang lain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta forum lain. Ini terjadi kerana keegoan diri sendiri atau merasakan yang mereka sahaja yang betul dan mempunyai idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Idea atau pendapat orang lain seakan tidak dapat dipakai. Kadang-kadang, ada yang membuat komen yang melampau sehingga menyinggung perasaan orang lain. Jika ditegur, mereka akan cepat melenting dan memberi alasan yang tidak rasional.

Untuk mengatasi masalah ini, saya sarankan yang anda berfikir bagaimanakah anda ingin dilayan jika anda membuat sebarang komen atau paparan di laman forum yang anda sertai. Pastinya anda ingin dihormati dan semestinya anda perlu menghormati orang lain.

Dan sebagai seorang usahawan MLM, pastinya anda mahu dilihat sebagai seorang yang berhemah ketika menjalankan perniagaan anda, dan sifat sombong atau ego ini patut dibuang jauh-jauh.
2. Berikan maklumat yang berguna

Kelebihan utama forum ialah maklumat yang hendak disampaikan atau dibincangkan adalah pantas. Anda boleh mengutarakan sebarang soalan kepada peserta lain dan kadang-kadang, dalam masa beberapa saat sahaja, sudah ada yang hendak menolong menyelesaikan masalah anda.

Jadi, gunakan kelebihan ini sebaiknya, Jika ingin bertanyakan sebarang soalan, pastikan soalan yang anda tanya itu sudah dijawap sebelum ini dan juga dapat memberikan manfaat kepada peserta forum yang lain. Begitu juga jika anda ingin memberikan pendapat atau jawapan kepada soalan yang diutarakan. Jawab dengan sopan dan pastikan jawapan yang anda berikan tidak lari dari tajuk dan dapat menolong si yang bertanya.

Menyentuh topik ‘lari dari tajuk’, ini merupakan satu contoh di mana perbincangan yang pada asalnya memberikan manfaat kepada orang lain menjadi sesuatu yang kurang atau tidak berguna kepada umum.

Contohnya perbincangan mengenai penyakit kanser bertukar menjadi perlumbaan kereta semata-mata kerana yang menjawap soalan mengenai penyakit kanser tersebut adalah pelumba kereta haram sebelum ini. Walaupun topik lumba kereta haram yang berjela-jela tersebut menarik tetapi ianya tidak sesuai. Pasti ianya memberikan rasa tidak puas hati kepada peserta lain (yang juga merupakan pesakit kanser) yang benar-benar ingin mengetahui maklumat mengenai penyakit kanser.

Jadi, pastikan maklumat yang hendak anda sampaikan berguna kepada orang yang bertanya dan perserta-peserta forum yang lain.

3. Beriklan dengan bijak

Salah satu kelebihan forum yang paling menarik minat orang ramai ialah kebenaran untuk melakukan pengiklanan dengan percuma. Ramai yang menyatakan beriklan di forum adalah amat efektif kerana anda dapat menawarkan perkhidmatan atau produk anda kepada pasaran yang benar-benar mahukannya.

Saya juga bersetuju dengan komen tersebut kerana kejayaan terbesar saya melancarkan ebook Rahsia MLM (www.RahsiaMLM.com) adalah disebabkan pengiklanan dan juga “joint venture” dengan peserta di forum yang saya sertai.

Namun begitu, ada etika beriklan dengan betul. Contohnya, sesebuah forum ada menyediakan ruang khas untuk anda menawarkan perkhidmatan atau produk anda. Jadi gunakan ruang yang berkenaan untuk tujuan pengiklanan dan jangan sekali-kali cuba untuk menggunakan ruangan lain untuk tujuan ini (kecuali di signature file anda).

Walaubagaimanapun, sesetengah forum membenarkan anda meletakkan link ke produk affiliate atau program MLM anda apabila menjawap sesetengah soalan atau perbincangan. Jadi, pastikan anda baca peraturan berforum dahulu sebelum melakukannya.

Kesimpulannya, tiga kriteria atau etika berforum di atas patut anda aplikasikan sebaik-baiknya. Memang terdapat banyak lagi etika berforum yang tidak dapat saya nyatakan di sini, namun saya harapkan serba sedikit ilmu yang dikongsi bersama di sini dapat digunakan sepenuhnya – untuk kebaikan semua warga internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Lawati laman web beliau http://www.LifeBeyondDreams.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?
oleh Zamri Nanyan

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini.

Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan.

Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi.

Pada pendapat peribadi, saya tidak berstuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara.

Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu.

Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.

Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat, Jim Rohn, berkata “bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain”.

Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.

Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.

Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.

2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.

Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah berjaya.

Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Lawati laman web beliau http://www.LifeBeyondDreams.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

How To Become Financially Free in 2007 Seminar

“How To Become Financially Free in 2007 Seminar”
An afternoon with John O’Driscoll
Success University Director

1st time Live in
Penang, Malaysia !

Saturday 26th May 2007
2pm – 4pm (registration 1:30pm)

Bayview Hotel Georgetown , Penang
Smart Dress Only – No Jeans or Trainers

ACT QUICKLY AS DEMAND FOR THIS EXCLUSIVE EVENT IS GOING TO BE VERY HIGH!!

Special Event RM 25 in advance, RM 30 on the door.

For more information contact Zamri Nanyan at http://www.zamrinanyan.com/success/contact

Saturday 26th May

Hear his story, learn how he went from his “Corporate Trap” to “Entrepreneurial Freedom”.

If you live in or around Penang, make sure you attend this amazing event. Bring your friends and family to share the inspiration.

Who is John O’Driscoll?

John is a Director with the #1 Online Personal Development company in the world… Success University.

John has worked in the Education Industry for the past 15 years. His passion for personal development saw him work his way to the top of his field in a highly competitive marketplace. John says ‘when you work in an industry dominated by academics and corporate professionals you need to invest in yourself to ensure you have the edge. As the Senior Operations Manager he had directly responsibility for the development of over 100 staff and the accurate delivery of over 1 million candidate certificates every year. ‘When you are dealing with students future you need to ensure that you provide the best service possible to them every time.

John took the bold step last year to leave his corporate career behind to focus on building a business that would develop and empower people around the world through the use of personal development. John is a Director and Top 10 global recruiter in Success University and has been appointed the as the head of the UK Leadership Team. “I am privileged to be able to spend my time flying around the world supporting my global team build their businesses and achieve their goals and dreams”.

This is your chance to hear his inspirational story and learn how he went from senior operations manager to become a director with the World’s #1 most visited Personal Development website.

Share the evening with your friends and family.

Tickets: RM 25 each

Seats are limited so it is highly recommended that you arrive early.

My mission in life is to help people create new exciting possibilities for their lives and provide them with the tools to achieve them. We are all blessed with the skills to achieve anything we want from life, sometimes you just need a guide to point you in the right direction’ – John O’Driscoll

3 Pembeli Bertuah “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”

Baiklah, setelah hampir seminggu saya memberikan tawaran istimewa kepada 100 pembeli bertuah buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”, kini cuma tinggal 3 lagi.

Selepas 3 orang pertama seterusnya yang memesan buku ini, saya akan menarik balik 2 hadiah bonus ini:

1. Buku fizikal “Mailbox Money”
2. Temuramah eksklusif saya bersama Gobala Krishnan

Selepas ini, setiap pesanan akan cuma mendapat buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” berserta satu produk audio percuma daripada Daegan Smith, dan tiada lagi 2 hadiah bonus yang saya tarik balik di atas – sehinggalah saya mulakan promosi yang baru.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kesemua hadiah bonus yang saya nyatakan di http://www.OnlineMLMBlueprint.com dan pastikan anda adalah orang pertama atau kedua atau ketiga yang seterusnya membuat pesanan.

Lekas! Lawati http://www.OnlineMLMBlueprint.com untuk membuat pesanan sekarang!

Oh! Ya! Sebelum saya terlupa…

Pada hunjung minggu lepas, saya berkesempatan pergi ke Singapura untuk bertemu Daegan Smith dan beberapa rakan networking saya.

Dapat saya katakan yang ianya adalah salah satu hujung minggu yang paling menarik di dalam hidup saya.

Lihatlah sendiri beberapa gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Singapura!

Zamri Nanyan & Daegan Smith
(penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”)

Daegan : “hey! I thought saw an airplane”
Zamri : “that was actually your flight home!”

Daegan : “now, how do I go back?”

Poor Daegan! You’re now stuck with us… :-)

(nota : cerita di atas adalah rekaan semata-mata)

Dapatkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” di www.OnlineMLMBlueprint.com.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Salah satu sebab mengapa anda perlukan network marketing atau M’LM ialah untuk bersama-sama mereka yang berjaya dan mereka yang akan terus membantu anda ke arah kejayaan.

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

Pesanan 100 buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” pertama

Sukacita saya ingin maklumkan yang saya sedang membuka 100 pesanan pertama untuk pelanggan mendapatkan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” secara langsung daripada saya.

Setiap pesanan akan disertakan dengan hadiah bonus terhad dan juga tandatangan saya.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini sebab saya akan tarik balik beberapa hadiah bonus yang diberikan (seperti Mailbox Money) selepas stok habis.

Buat masa sekarang, pesanan hanya boleh dibuat melalui MayBank dan kesemua buku akan dipos kepada pembeli pada minggu hadapan.

Untuk membuat pesanan, sila lawati www.zamrinanyan.com/onlinemlmblueprint

Laman web rasmi akan dibuka di www.OnlineMLMBlueprint.com nanti.

Lekas! Jangan lepaskan peluang ini sebelum saya buka pesanan kepada lebih lagi pasaran (terutama pasaran antarabangsa).

“Dapatkan buku The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success ini sebelum ianya berada di kedai-kedai berhampiran anda!”

Pesan sekarang!

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

« Previous PageNext Page »