Adakah MLM itu bisnes yang dibolehkan?
Saya mendapat banyak email yang bertanyakan perkara yang berkaitan MLM dan agama, dan walaupun saya tahu ramai juga pelanggan ezine Rahsia MLM bukan beragama Islam, saya patut memberitahu yang apa yang bakal saya tulis di sini juga bakal membantu anda.
Terus terang saya katakan yang saya bukannya seorang ulama’ yang mampu membincangkan perkara halal dan haram di dalam MLM. Namun saya tahu perkara yang baik boleh menjadi haram sekiranya dilakukan dengan cara yang tidak betul. Tetapi perkara yang haram tidak akan menjadi halal walaupun dicuba sedaya upaya.
Disebabkan ramai yang bertanya, apa yang boleh saya lakukan ialah syorkan anda lawati laman web http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72
di mana Ustaz Zaharuddin ada membincangkan perkara ini.
Walaubagaimanapun, Ustaz Zaharuddin juga ada menyatakan seperti di bawah:
“Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas.”
Diharapkan apa yang saya sampaikan menjadi panduan kepada anda.



