Blog Berwajah Baru dan Rahsia MLM 2…
Pertama sekali, anda boleh rasakan yang blog ini adalah berlainan dengan rupa blog Rahsia MLM yang anda selalu lihat.
Ianya disebabkan saya menukarkannya kepada “theme” atau layout baru untuk blog ini. Jika anda ingin tahu dari mana saya dapatkan tema baru blog ini, ianya adalah daripada Easy Wordpress Themes (produk Gobala Krishnan) dan anda bolehlah klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai template ini.
Diharapkan blog ini senang digunakan untuk rujukan anda nanti.
Pengumuman kedua ialah….
Rahsia MLM 2 bakal diterbitkan apabila ianya siap diterjemah dan disunting.
Ini merupakan satu lagi penghargaan yang besar yang diberikan oleh Tom “Big Al” Schreiter kepada saya untuk menerbitkan satu lagi best-seller beliau ke dalam bahasa Malaysia.
Dan saya pasti… anda akan berpuas hati dengan ebook Rahsia MLM 2 kerana kualitinya adalah seperti kualiti buku Tom “Big Al” Schreiter yang lain.
Jika anda rasa ebook Rahsia MLM adalah rujukan terbaik…. ebook Rahsia MLM 2 tidak akan mengecewakan anda.
Dan, walaupun ebook ini mungkin tidak akan diterbitkan dalam bulan ini atau dalam September, namun anda boleh lawati www.RahsiaMLM2.com untuk melihat sendiri template laman web untuk ebook tersebut.
Saya sangat gembira dengan Rahsia MLM 2 dan saya harapkan ianya akan menjadi sebuah lagi rujukan terbaik untuk anda nanti.
-Zamri Nanyan




tahniah atas perubahan ke atas blog ini. semoga perubahan ini membawa kejayaan yang lebih besar kepada saudara. saya sangat menyokong usahawan yang berdedikasi seperti anda dan “sewaktu” dengannya di negara yang kita cintai ini.
lawa gok blog x serabut..