Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet
Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet
oleh Zamri Nanyan
Perniagaan MLM di internet mempunyai pelbagai kelebihan disebabkan terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mencari prospek dan membina jaringan ahli anda sendiri.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan samaada anda dapat menaja ahli baru ke dalam program MLM anda ataupun tidak.
Mungkin anda keliru.
Bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan sekiranya anda tidak menjual produk MLM anda atau menaja ahli baru?
Mungkin juga anda mempunyai soalan sebegini - bagaimana saya boleh melakukannya?
Baiklah, saya akan berikan satu cara bagaimana saya melakukannya berserta contoh nyata yang masih saya praktikkan di sini.
Jawapannya ialah dengan menjadikan program MLM anda sebagai saluran pendapatan kedua selepas anda berjaya menjual produk yang bersesuaian kepada pelanggan anda.
Produk yang saya maksudkan ialah produk digital yang mudah dicipta dan juga tidak akan habis dijual walaupun terdapat pembeli setiap hari.
Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan berikan contoh laman web yang saya bina di bawah:
http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com
Jika anda lawati laman web tersebut, anda akan dapati yang saya menjual sebuah ebook (produk digital) berkaitan cara menjana pendapatan berterusan melalui internet dan bagaimana anda boleh melakukannya dengan menuruti langkah demi langkah yang ringkas.
Di dalam ebook ini juga, saya memperkenalkan “Kiosk”, sebuah perkhidmatan ‘webhosting’ yang merupakan resepi penting untuk membina laman web profesional, yang saya gunakan di http://www.ZamriNanyan.com
Laman web untuk perkhidmatan ‘webhosting’ ini ialah http://www.wwkiosk.com/members/specialoffer
Yang menariknya, Kiosk juga merupakan sebuah MLM internet di mana saya akan mendapat komisyen sekiranya saya memperkenalkan pelanggan yang baru kepada Kiosk melalui laman web affiliate yang saya berikan di atas.
Jadi, anda boleh lihat di sini bahawa saya akan mendapat wang hasil jualan ebook “Online Profits Made Simple” sebelum saya memperkenalkan MLM internet saya kepada pelanggan saya.
Sekiranya selepas membaca ebook ini dan pelanggan saya mendapati yang kandungannya bermanfaat dan Kiosk boleh membantu mereka untuk menjana pendapatan berterusan di Internet, mereka akan menyertai Kiosk di dalam kumpulan MLM saya.
Jika mereka merasakan yang ianya belum masanya untuk mempraktikkan apa yang saya tulis di dalam ebook “Online Profits Made Simple” saya itu, ianya tidak mengapa kerana saya telahpun memperolehi pendapatan daripada hasil jualan ebook saya tersebut.
Kesimpulannya, menjual produk digital sebelum menaja ahli baru ke dalam MLM internet anda adalah satu cara yang menguntungkan.
Penajaan boleh berlaku secara otomatik dan jika pelanggan nda tidak menyertai program MLM internet anda, anda asih mampu menjana pendapatan melalui jualan produk digital anda.
Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh aplikasikan lmu yang saya kongsi bersama di sini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.
[Ebook “Online Profits Made Simple” sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
================================================
Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================




Saya merupakan pembaca setia blog rahsia MLM. Kalau tidak silap saya, hampir satu tahun sudah saya menjadi pembaca setia blog ini. Idea Zamri memang saya minati, dan saya amat berasa bangga kerana Malaysia mempunyai warga yang berkebolehan seperti beliau. Saya amat menyokong apa yang dilakukan oleh beliau sekarang ini. Untuk pengetahuan saya juga merupakan seorang usahawan MLM yang telah terlibat dalam industri ini selama 2 tahun 6 bulan. Dulu saya merupakan guru tetapi setelah mendapat keputusan yang menggalakkan daripada industri ini akhirnya saya meletakkan jawatan. Saya berasa amat bebas sekarang. Blog seperti rahsia MLM ini memang amat berguna dan memberikan inspirasi kepada orang seperti saya.
Saya menceburi diri dlm perniagaan mlm. Tetapi sehingga sekarang saya masih tidak faham dan tertanya-tanya bagaimana caranya menjalankan perniagaan inin dgn lebih meluas untuk mendapatkan prospek di serata tempat.
saya amat berharap, tuan dapat memberi saya sedikit ilmu untuk saya pelajarai.
Saya sentiasa mengikuti dan membaca setiap email yg tuan berikan dan saya amat berpuas hati.
Terima Kasih.
Saya merasakan, kandungan berkenaan amat
menarik dan berguna sebagai panduan buat
usahawan MLM.
Saudari Florence
Saya telah terlibat dengan MLM selama 2 tahun 6 bulan. Dulu saya seorang guru, tetapi kini telah sepenuh masa menjalankan perniagaan ini. Di sini saya ingin memberikan sedikit tip untuk tatapan bersama tentang cara mendapatkan prospek. Mungkin pendapat saya tidak dipersetujui semua tetapi itulah yang saya telah lakukan 2 tahun 6 bulan ini.
Untuk mencari prospek mulakan dengan mereka yang dekat dengan kita seperti adik beradik, saudara-mara, dan rakan sekerja, jiran dan sebagainya. Tujuan memilih mereka ini ialah untuk mengurangkan penolakan. Kalau mereka menolak pun tidak seperti orang yang kita tidak kenali.
Kemudian daripada mereka ini kita boleh mendapatkan prospek yang baru pula. Kan setiap orang pun ada kenalannya. Ini secara tidak langsung meluaskan rangkaian anda.
Kalau dah habis, boleh berkenalan dengan orang baru. Dalam buku MLM Mind tulisan Zamri Nanyan ada dinyatakan caranya oleh Randy.
Harap dapat membantu…
Tq Zamri,
Saya banyak belajar dari zamri.
Kita memberi, pasti menerima setimpal dgn apa yg kita beri…