Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet - Bahagian 2
Di dalam artikel “Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet”, saya ada menerangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan sama ada anda menaja ahli baru ataupun tidak ke dalam perniagaan MLM anda.
Persoalan yang seterusnya ialah - tidak semua orang pandai mencipta produk digital mereka sendiri, atau lebih tepat lagi tidak tahu jalan pintas untuk mendapatkan produk digital yang boleh dijadikan produk sendiri.
Di sini, saya akan beritahu anda bagaimana anda boleh melakukannya.
Cara yang paling mudah ialah dengan mendapatkan produk yang mempunyai lesen “Private Label Rights” di mana anda boleh mengubah kandungan produk tersebut dengan apa sahaja yang anda mahu atau menambah isi baru yang anda rasa sesuai untuk mempromosikan perniagaan MLM anda.
Produk dengan lesen “Private Label Rights” adalah sangat banyak. Jadi, anda perlulah bijak untuk mencarinya dan mengubah isi kandungan supaya anda dapat mempromosikan program MLM anda (sesuai untuk program affiliate juga).
Kemudian, anda mempunyai dua pilihan.
1. Menjual produk tersebut
2. Memberi percuma
Jika anda ingin menjualnya, pastikan anda tahu selok belok bagaimana anda hendak menjual di internet (Pakej Lengkap Perniagaan Internet ada menerangkan dengan lebih menyeluruh).
Atau jika anda ingin memberi secara percuma, anda akan mengikut strategi pemasaran yang saya huraikan di
http://rahsiamlm.com/rahsia/rahsia-mlm/pemasaran-internet-melalui-hadiah-percuma
Di sini anda dapat pelajari yang ianya tidaklah semudah mana untuk mendapatkan produk untuk mempromosikan sebarang program MLM yang anda sertai.
Saya pasti anda akan dapat mencari beberapa produk yang mempunyai lesen “Private Label Rights” degan mudah di
Internet tetapi jika anda ingin satu produk yang sesuai untuk mempromosikan program MLM anda, saya boleh berikan satu ebook secara percuma dengan syarat anda melakukan satu perkara mudah untuk saya.

Saya akan berikan ebook “Recurring Income Secrets” jika anda mendaftar secara percuma di laman web di bawah:
http://www.117selfimprovementgifts.com/index.php?id=623
Seterusnya, tinggalkan komen anda di blog ini, dan saya akan mengirim link untuk download ebook ini kepada anda.
Itu sahaja.
Lebih menarik lagi, ebook “Recurring Income Secrets” ini memang bertujuan untuk mempromosikan program MLM. Jadi, ianya amat sesuai untuk topik yang kita bincangkan di sini.
Sampai di sini dulu…
ihklas,
Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com
ps. Pemberian ebook percuma ini akan tamat pada 24 Ogos.
pps. Jika anda telah mendaftar di 117 Self Improvement Gifts sebelum ini dan lupa username/password, anda boleh mendaftar semula dengan email yang berlainan.
ppps. Ebook “Recurring Income Secrets” ini dijual dengan harga $7 di http://www.nhk-estore.co.uk/RIS/?e=zamri@streamyx.com tetapi anda mendapatnya dengan percuma dari saya - dengan hanya mendaftar di http://www.117selfimprovementgifts.com/index.php?id=623




Terima kasih diatas idea2 anda yg boleh digunakan untuk memajukan perniagaan MLM saya.
Tolong fwdkan ebook “Recurring Income Secrets” secepat mungkin okey..thanks
saya dah register kat link yg bro dah bg tu. sbb sy subscribe ngan bro nyer newsletter.
dan kebetulan plak saya ada blog yg mmg utk motivation ni..http://profesionalmuslim.com
Anda memang bijak . melakukan serampang dua mata.
nak e book tu.
kat selfimprovement anda dapat profit dan kat sini anda dapat traffic. good job brother.
i dah register kat link tu.
hehehhe…saya pn dah daftar..so skang bleh dapat ebook tu?
semua ebook yg saya beli & percuma dari en zamri saya dah khatam baca.
mmg sangat menarik..terasa macam senang jer MLM ni cuma org jer buat MLM tu susah.
yeah! lepas baca baru saya faham apa MLM yg sebenar tunggu mase nk merealisasikan jer. Tahniah en zamri!!
tak sabar nk dapatkan rahsiamlm2 pulak…=)
Terima kasih di atas sokongan anda.
Ebook akan dikirimkan kepada anda pada waktu malam untuk memudahkan penghantaran serentak.
Pyan… dalam pemasaran, ada yang tersirat dan ada yang tersurat & saya harap pembaca blog saya bukan sekadar belajar dengan apa yang saya sampaikan (yang tersurat), tetapi dengan apa yang saya prktikkan di sini (yang tersirat).
Tetapi yang paling penting, semuanya patut mendapat kebaikan daripada apa yang kita lakukan bersama (win-win).
Zetti, Rahsia MLM 2 sedang dalam proses suntingang. Memang mengambil masa kerana perlu memelihara maksud asal penulis. Walaubagaimanapun, grafik laman web http://www.RahsiaMLM2.com sudah sedia untuk dibina. Sabar ye…
hi bro…tq utk semua info yang dihantar kepada email saya. mmg byk membantu dari segi pengetahuan..tambahan saya sudah membeli buku rahsia mlm sebelum ini.
Diharapkan dsgn maklumat yang diberi dpt saya menceburkan diri dalam perniagaan internet secara meluas.
Tq,
Marysa
Saya telah menghantar link ke ebook tersebut kepada anda. Sila semak email termasuk spam folder atau bulk folder anda.
Tarikh tutup ialah 23 haribulan.
Jadi, untuk yang belum mendaftar, masih ada masa untuk mendapatkan ebook ini.
thanks bebanyak en.zamri dengan info2 yang banyak memberi semangat n panduan kepada saya untuk terus berusaha walaupun asyik jatuh je.
apa pun saya dah daftar seperti yang di minta.
di harap dapat ebook tu untuk memajukan diri ni lagi n tak asyik jatuh je. thanks a lot……
saya dah baca bonus tu ok gak la bagi saya… tapi kekadang masalh selalu tak lain dan tak bukan adalah duit… sy pon menjalankan mlm e-commerce baru start 1bln dn tk banyak perubahan lagi insyaAllah kalu ada rezeki nanti sya cuba2 tengok balik OK…
saya dh daftar sebelum 24 hb Ogos lagi …tapi saya tidak berkesempatan untuk tinggalkn komen di sini….
boleh tak En. forwardkan ebook itu kepada saya kerana saya betul2 berminat dengan perniagaan ini…
Aidi, semak email anda… ebook telah dihantar.