Keputusan Peraduan Affiliate RahsiaMLM

Peraduan affiliate bagi tempoh 21-30 November sudah tamat. Berikut diumumkan pemenang tempat pertama hingga ketiga.

Pertama - Saifulsham (RM20 untuk setiap jualan)

Dengan jumlah jualan sebanyak 29. Jadi, team Saifulsham berjaya mendapat RM580 untuk komisyen pada kali ini.

Kedua - Hafiz @ Bitol (RM18 untuk setiap jualan)

Dengan jumlah jualan sebanyak 24. Komisyen Hafiz ialah RM432. Persaingan sengit last minutes di antara Hafiz dan Saifulsham tidak berjaya menggugat kedudukan Saifulsham. :-)

Ketiga - Shuth (RM16 untuk setiap jualan)

Dengan jumlah jualan sebanyak 12. Komisyen untuk Shuth ialah RM192. Shuth juga bersaing hebat dengan Gobala di mana perbezaannya ialah cuma satu jualan sahaja.

Affiliate yang lain pun juga juara, kerana saya berikan lebihan RM5 komisyen untuk setiap jualan.

Komisyen jualan sedang dalam proses. Ada yang sudah mendapatnya dan ada yang belum disebabkan data affiliate yang diberikan tidak lengkap.

Sila semak akaun anda!

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa “false sales” yang saya terpaksa tolak dari jumlah jualan anda. Apa yang saya nyatakan di atas dan di dalam email yang saya hantar secara peribadi adalah tepat selepas proses audit dijalankan.

Buat pengetahuan anda semua, jumlah jualan RahsiaMLM untuk 10 hari ialah melebihi RM4,000.

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana menjayakan promosi ini.

Saya harap anda semua terus menyokong dan mempromosikan RahsiaMLM secara konsisten.

Terima kasih,

Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com
www.ZamriNanyan.com

 

2 Comments so far

  1. Maizul on December 2nd, 2006

    En. Zamri Nanyan terima kasih. Tahniah juga pada yang berjaya membuat jualan tertinggi.

  2. […] Untuk maklumat lanjut anda boleh ke blog rasmi RahsiaMLM di http://rahsiamlm.com/rahsia […]

Leave a reply