Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?
oleh Zamri Nanyan

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini.

Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan.

Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi.

Pada pendapat peribadi, saya tidak berstuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara.

Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu.

Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.

Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat, Jim Rohn, berkata “bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain”.

Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.

Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.

Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.

2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.

Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah berjaya.

Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Lawati laman web beliau http://www.LifeBeyondDreams.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

================================================

Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================

10 Comments so far

  1. syarizan bin a hmad on May 31st, 2007

    encik..saya orang susah…dah banyak saya gagal dalam cuba memajukan diri.makin berusaha makin teruk kehidupan saya..napa ekkk..ape dosa saya..salah ke saya berusaha untuk memperjuangkan nasib diri saya,keluarga,agama dan bangsa saya..?

  2. Nafidzah on May 31st, 2007

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara mengenai perancangan rapi semasa muda sebagai persediaan persaraan nanti. Orang orang muda di Malaysia patut diberi pendedahan, tunjukajar, dorongan dan kaedah2 mana patut mereka ambil untuk membuat persediaan.Selama ini yang saya tahu, golongan pekerja tidak banyak didedahkan dengan persediaan untuk bersara terutama penerangan mengenai risiko2 yang akan dan mungkin dihadapi.Saya sarankan, kalau boleh pada setiap 1hb Mei ( Hari Boroh) satu program dianjurkan untuk mendedahkan seterusnya menyedarkan semua orang terutama yang muda untuk merancang dan mencari jalan terbaik untuk menghadapi persaraan kelak.Bak kata pepatah, bersedia payung sebelum hujan.

  3. pyan on June 1st, 2007

    Thats true. Idea u bagus. Saya sendiri akan bersara 15 tahun lagi. Saya bernasib baik kerana didedahkan kepada perkara ini dalam satu kursus insuran.Untuk hidup selesa pada 15 tahun akan datang, saya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.
    I’m working for it. Mari join saya buat mlm dan mula kumpul juta-juta.

    Saya ada terfikir : Kalo semua 16 juta orang Islam di Malaysia (tak kira bangsa)duduk berjemaah (join satu group bisnes)buat satu network marketing, tentu ramai yang akan hidup senang.

    Sama-sama buat solat hajat, solat taubat dan solat dhuha. For sure ramai yang jadi jutawan.

    Zamri , can you do something about it, do it in malaysian style, for the malaysian.

    Idea …………………

  4. Tahar on June 1st, 2007

    I’m a firm believer in the theory that people only do their best at things they truly enjoy. It is difficult to excel at something you don’t enjoy.

    Sdr, memang betullah seperti yang sdr catatkan tu. Kedua-dua pilihan tersebut diakui tak salah apa pun, cuma terpulang pada diri sendiri. Yang penting ialah kita mesti buat pilihan yang tepat iaitu buat sesuatu kerja yang kita suka/enjoy

    Walaupun pendapatan lumayan… tapi badan tak sihat, keluarga huruhara, jiwa tak tenteram dll apa ertinya hidup?

    Komen saya:-
    1. Umur saya 48 tahun, hari ini genap 25 tahun kerja sendiri/makan gaji. Hasilnya cuma simpanan 300K di KWSP. Cukup ke untuk masa bersara?
    2. Apa yang perlu sama2 kita fikirkan ialah bukan jadi jutawan tapi buatlah kerja yang kita suka/minat/enjoy. Kalau hasilnya boleh jadi jutawan, lagi bagus… dan bantulah rakan2 lain
    3. Sama2 kita beri peluang, tunjukajar, motivate pada yang berminat, khasnya pada generasi muda, adik2, anak2 kita.
    4. Pilihlah kerjaya yang membuat kita suka buat kerja itu, enjoy dengan kerja tu & lumayan hasilnya
    F I K I R 2 K A N L A H

  5. madno on June 1st, 2007

    Selepas membaca artikel en Zamri, saya tertanya-tanya satu soalan. Tidakkah en Zamri terfikir bagaimana untuk menceburi bidang mlm yang saudara ceburi? Maksud saya en Zamri bertindak sebagai upline kami dan en zamri memberi panduan step by step supaya kami boleh ikut jejak langkah en Zamri.
    Maaf kalo soalan saya dah masuk kategori soalan FAQ. Hehe..

  6. zaiton abd hamid on June 1st, 2007

    masalah saya yg terbesar package yg ditawarkan dan tidak memahami…takut tertipu….itu aje….konsepnya kenalah bercakap one by one….berhajat nak ada blogger sendiri cuma x reti nak create.

  7. smnoor on June 2nd, 2007

    Salam semua,

    Kita berkeluarga, ada anak,kita berkerja.,kemudian menabung (bank,kwsp,simpan bawah bantal.he.he,beli rumah pertama(keperluan)rumah kedua (aset )
    Anak,tabungan,aset atau apa saja yang sewaktu dengannya..Perlukah kita, itu semua… ?Tentu..
    Ini kita katakan “back up”Jadi idea saudara Zamri Nayan itu,patut kita praktikkan..sebagai “back Up”..Yang penting Idea hendaklah disertakan dengan tindakkan..

    Wassalam,
    ps kepada zaiton ab.hamid ,atau sesiapa saja yang ingin create blog boleh ke:-
    www.myvc2u.com/blogkit/

  8. Zamri Nanyan on June 2nd, 2007

    Kepada MadNo,

    Ya, saya akan mula mencari rakan kongsi untuk internet MLM saya yang akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Jun nanti. Detail ada di www.LifeBeyondDreams.com dan saya akan bimbing team members yang berminat dengan menggunakan kaedah internet dan offline marketing untuk memperkembangkan bisnes internet MLM ini.

    Kepada Zaiton,

    Untuk mengelakkan daripada ditipu, anda digalakkan merujuk kepada yang mempunyai pengalaman dan menyertai mereka yang pernah melakukannya sebelum ini.

    Untuk blog, anda boleh melihat bagaimana blog Wordpress dibina dengan hanya satu klik sahaja di laman web ini:

    http://www.videopercuma.com/r/zamri/kiosk6.html

    Penerangan yang lebih mendalam hanya akan diberikan kepada ahli dan rakan niaga internet MLM saya nanti.

    Atau pergi ke www.blogger.com atau www.wordpress.com dan ikut arahan di laman web tersebut.

  9. Haji Shahri on June 5th, 2007

    saya nak tahu, apakah jenis syarikat
    mlm yang baik dan selamat utk diceburi dan bagaimana kita nak memulakannya. i really need your advice on this matter. thank you very much.

  10. BujangJutawan on June 5th, 2007

    Jutawan akan hadir dengan sendirinya apabila kita berusaha dengan minat dan tidak mudah putus asa serta tidak terlalu tamak dalam mengejar kemewahan..

    Jangan lupa selalu mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita dan bantulah mereka yang memerlukan. Sama-samalah kita menjadi Orang Kaya (Jutawan) yang berhati mulia. :-)

Leave a reply