Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM
Pada minggu lepas, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.
Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.
Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.
Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:
1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.
Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.
Saya harap, anda tidak begitu.
Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.
Mengapa?
Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.
2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.
Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.
Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.
Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus!
Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal akan niaga anda.
Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.
Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.
ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com
================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
================================================
Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================




Saudara Zamri,
Saya berpendapat bahawa dengan dalam dunia tanpa sempadan hari ini, perniagaan MLM akan menjadi lebih mudah dan senang berkembang dengan bantuan internet.
Sebagai contoh, saya memulakan perniagaan MLM Gamat Emas pada pertengahan tahun lepas. Serentak dengan itu juga saya membina satu laman web untuk membuat jualan dan mempromosikan produk itu kepada umum. Melalui laman web juga saya boleh memperluaskan rangkaian saya dengan pendaftaran ahli baru. Kini laman web saya menjadi satu platform kepada rangkaian saya untuk mendapatkan sumber maklumat, bahan-bahan serta produk sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun jualan kepada rangkaian dan umum.
Sekian.
ROSLI ABD RAHIM
Ya…Saya setuju tajuk ini dibincangkan kerana dari pemerhatian saya kebanyakan MLM berjaya dilakuakan melalui offline. Jadi dapatkah ianya dilakukan secara online sahaja.
Sekina Terima Kasih
Saya mmg baru bergiat dlm MLM. Apa pun saya melihat satu ’synergy’ yg cukup baik antara MLM dan internet dimana kita sbg ‘networker’ boleh dpt ‘the best from both world’.
MLM menjanjikan ganjaran kejayaan dlm bentuk tabung kereta, rumah, pelancngan selain financial reward….internet pulak bantu kita dr segi dpt jualan dan downline.
(saya belum ada web site MLM …sdg ‘merangkak-rangkak’ belajar dari ’sifu2′ yg baik hati mcm Dr. Irfan,Team Saifulsham,smartzul …dan saudara Zamri sendiri.)
Tima kacih…!
Saudara Zamri,
Saya setuju tajuk ini dibincangkan kerana dari pemerhatian saya pada abad ke 21 dengan dunia tanpa sempadan hari ini, perniagaan MLM akan menjadi lebih mudah dan senang berkembang dengan bantuan internet.
Sekina Terima Kasih
Ya, saya ingin anda terus menghantar email yang berkaitan kepada saya untuk saya buat panduan di masa akan datang.
Terimakasih.
Ya memang saya sangat setuju kerana melalui internetlah yang paling pantas untuk mendapat maklumat-maklumat.
Terima Kasih
saya setuju.
Dalam dunia perniagaan MLM melalui internet ramai orang salah anggap bahawa dengan hanya semata-mata bergantung kepada internet mereka boleh berjaya didalam perniagaan MLM. Perniagaan MLM ini sifatnya Human Touch. Saya setuju antara salah satu faedah yang kita perolehi menjalankan perniagaan internet MLM ialah dapat mengeratkan sillaturahim sesama kita. Itu yang lebih penting dan benar-benar memberi kepuasan apatah lagi jika dline kita itu juga turun mencapai kejayaan.
Melalui Internet MLM memang betul ia memudahkan kita mendapatkan maklumat prospek dan usaha penajaan masih lagi boleh menggunakan baik secara online ataupun offline. Bayangkan bagaimana kita tinggal di Penang dapat menaja orang di Kelantan , Johor , Kuala Lumpur tanpa kita belum pernah bersua muka. Hanya melalui samada email , sms , telefon. Bayangkan juga bagaimana kita dapat mengembangkan rangkaian kita hingga keluar negara hingga ke Brunai , Indonesia dan banyak negara lain lagi dengan cepat dan pantas.
Melalui Internet MLM lagi memudahkan proses komunikasi dan perbincangan antara upline dan dowline. Perbincanga sama ada menggunakan chatting di YM atau Skype , kita juga boleh mengadakan online teleseminar confrence dengan menyewa satu room maya untuk bertukar cerita , belajar marketing plan , belajar tentang maklumat produk dan kongsi tips kejayaan dan motivasi.
Alhamdulilah Internet MLM ini telah banyak membantu saya dalam menjalankan perniagaan ini. Namun tugasan seperti Latihan , Bertemu Downline secara bersua muka , membuat jualan samada melalui Online atau Offline adalam amat penting dan perlu. Banyak cara dan mekanisme yang boleh kita gunakan bagi membuat PENAJAAN malah usaha MENJUAL produk syarikat MLM yang kita ceburi secara internet. Bayangkan dline saya pernah mendapat pesanan produk dari negara pakistan , arab saudi dan cina. Internet MLM akan dapat di manfaatkan oleh mereka yang faham dan dapat menguasai serta sanggup belajar SENI PROMOSI yang betul dan tepat……
Sekian
Che Din
ye , saya setuju … kerana sebenarnya saya baru saja nak mengikuti MLM , tetapi saya berasa ragu dan takut tak dapat mencari down line , sebab tu lah saya msh memerlukan bayak pengetahuan tentang MLM utk mempunyai keyakinan bahwa saya pun boleh melakukannya sebagaimana orang lain yg telah berjaya .
terima kasih
saya setuju sangat bila topik ini dibincangkan, tak kira le samaada org baru ke lama dlm MLM ni sure plu internet..”sumber terpantas” esp. nak dptkan maklumat.kalau bole mnta didalamkan lg perbincangan bgmana nak cari downline or bgmana nak buat promosi online ni…sy ni kurang arif sangat psl internat ni..thanks utk ebook saudara sblm ni.
[…] ps. Adakah anda ingin saya teruskan topik M L M dan Internet ini? Sila komen di blog RahsiaMLM: http://rahsiamlm.com/rahsia/?p=25 […]
Saya memang terkia-kia mencari jalan buat blogging pun cukuplah. Saya baru sampai di internet, belum boleh buat site sendiri. Dah cuba tapi sampai separuh jalan,…..SESAT!!
Sdr Zamri boleh kasi saya celik IT? tERIMA KASIH.
Untuk permulaan dan untuk belajar blogging, gunakan blogspot di www.blogspot.com. Ianya salah satu cara mudah untuk membina laman web berbentuk blog dan ianya percuma. Anda juga boleh cuba www.wordpress.com tetapi Wordpress tidak membenarkan iklan MLM di blog mereka.
Cara membina rangkaian yang paling mudah adalah dengan internet melalui autoresponder. Data subcriber dapat di simpan sehingga beribu2 pelanggan..
Combination MLM dan internet akan menjadi satu perniagaan yang hebat. Ini sudah terbukti kerana rakyat Malaysia lebih banyak menyertai MLM di internet! Betul kan?
Untuk permulaan menceburi MLM melalui internet…apakah kaedah paling sesuai sekali..bermula dengan blog dahulu ke atau bermula dgn memiliki domain website sendiri.
Saya kurang pasti dengan maksud domain website yg Noorza katakan. Jika ianya merujuk kepada website yg mempunyai domain name sendiri seperti www.RahsiaMLM.com atau www.LifeBeyondDreams.com , jadi saya boleh katakan yang ianya mengikut citarasa dan kemampuan sendiri. Blog juga boleh dibina di laman web yang mempunyai domain name anda sendiri seperti yang anda baca sekarang ini… iaitu di www.RahsiaMLM.com/rahsia.
Yang mana perlu dimulakan dahulu? Tiada jawapan yang tepat kerana ianya bergantung kepada cara promosi MLM anda.
Salam sejahtera,
Saya setuju. Saya sedang membina rangkaian MLM dan sedang cuba membina rangkaian dengan Internet. Kalau boleh ada tips bagaimana nak closing dengan laman web sahaja bagus juga.
Sebabnya saya setuju dengan che din, face to face approach bagi saya amat perlu. Tetapi kalau ada kaedah yang baik untuk close melalui internet sahaja amatlah bagus. Memang MLM yang “laju” adalah idaman semua.
Seperti kata En Zamri, produk juga amatlah penting. Dari segi penyampaian maklumat produk ini saya rasa pendekatan offline juga yg paling baik.
Tapi seperti yang saya harapkan. Kalaulah ada teknik untuk menyampaikan “jiwa” kepada prospek yg boleh dikongsikan bersama. Saya amat berbesar hati.
Salam sejahtera,
Terima kasih kepada saudara Zamri atas usaha saudara memperkembangkan pengetahuan saudara dalam bidang MLM untuk kebaikan bersama. Saya harap saudara terus menghantar apa sahaja perkara berkaitan dengan MLM lebih-lebih lagi gabungan Internet + MLM.
En Zamri,
saya sangat berminat dengan topik ini. memang teknologi internet patut digunakan sepenuhnya dalam perniagaan MLM. harap en zamri dapat berikan lebih lagi panduan berkenaan topik ini.
Saya memang setuju.
Saya memang setuju tersangat dengan gabungan MLM dan internet bagi menghadapi dunia global. Sungguh luar biasa.
Saya amat bersetuju jika saudara zamri dapat memanjangkan lagi topik ini. Saya baru berjinak2 dengan mlm di mana syarikat itu menekankan kpd e commerce. Diharap saudara dapat memberi lebih tips lagi untuk saya.
Salam kasih sayang,
Saya baru berjinak dlm Internet walaupun saya sudah lama dlm MLM. Saya tertarik dan sgt berminat dan sedar Internet tanpa sempadan boleh membawa bisnes kita melampaui sempadan juga.
Saya sedang giat ’servay’ utk membina website sendiri siap dgn autoresponder dan mcm2 lg yg saya perlukan utk benar2 dpt membantu network ke arah Internasional seiring dgn perkembangan syarikat dxn2u,com.
Semoga Zamri dpt memberi manfaat kpd kami semua.
Semoga diberkati. Amin
askum..en. zamri boleh emailkan sy kod affliate sy..komputer kena virus..hilang semua..tq
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Daftar semula dengan username baru.