MLM Memang Skim Piramid?
Memang perbincangan skim piramid dan MLM bagai tidak dapat dipisahkan… perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.
Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini.
Jadi, betulkan MLM itu ialah sebuah skim piramid?
Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:
1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri… dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.
Cuba perhatikan…
Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat… dan jumlah… anda tahu selebihnya bukan?
2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.
Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?
Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.
Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah daripada gaji seorang pengurus.
3. Sebuah organisasi MLM mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.
Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.
Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?
Senario manakah lebih adil?
Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.
Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.
Masalah piramid dan MLM sepatutnya difahami dengan betul… dan bukannya mengambil kesimpulan yang MLM adalah sebuah piramid yang menyalahi undang-undang.
Jadi, betulkan MLM itu sebuah piramid?
Ya, MLM ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.
ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com
================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================




Salam Sejahtera. Saudara Zamri bagaimana kah caranya sekiranya kita hendak merekrut orang baru dalam Industri MLM agar ianya lebih berkesan? Kenapa saudara mengatakan MLM itu skim Piramid? Adakah skim seperti ini boleh bertahan sehingga bila-bila seperti yang saudara katakan itu?
Ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM dapat menolong anda untuk soalan pertama anda. Dapatkannya di www.RahsiaMLM.com
MLM dan organisasi yang teguh berbentuk piramid. Kerajaan, syarikat dan sebagainya.
Tentang sampai bila MLM boleh bertahan… jika syarikat tersebut mempunyai produk yang benar-benar digunakan oleh pengedar dan pelanggannya, MLM akan bertahan sampai bila-bila dan tak akan tepu…
Contohnya… saya mengenali Amway (pst. saya tak sertai Amway) selepas umur saya dah dekat 30 tahun… mungkin ada lagi yang belum mengetahuinya sekarang, 5 tahun dari sekarang… mereka boleh menjadi ahli Amway sekiranya mendapati produk Amway boleh memberi manfaat kepada mereka. Walhal, Amway sudah bertapak puluhan tahun dahulu… tetapi masih ada yang menyertainya.
Kalau tiada produk yang boleh digunakan sampai bila-bila, hmmm… itulah yang selalu menjadi masalah.
Jadi, produk adalah salah satu faktor yang penting untuk menjamin kejayaan sesebuah MLM.
apakah rahsia sistem MLM ianya boleh memberi dorongan ke pada kita..
Rahsia Sistem Merekrut MLM cuma akan menerangkan bagaimana caranya merekrut, menaja dan melatih ahli baru.
saya ingin menjawab pertanyaan jesslymar.
sebenarnya tidak ada rahsia dalam MLM. ia hanya ada tiga tindakan asas yang perlu dilakukan:
1. guna produk
2. kongsikan kebaikan produk dengan orang lain
3. didik @ servis mereka yang telah menggunakan produk untuk menjadi pengguna setia atau pengedar.
kelebihan perniagaan ini :
1. modal tidak besar
2. tiada risiko
3. keuntungan tidak terbatas
dan banyak lagi…
Jadi Unit Trust Consultant(UTC) BOLEH juga di anggap sebagai MLM.Betul tak En.Zamri?
Sekiranya anda mendapat komisyen dari jualan orang yang anda rekrut beberapa ‘level’ dari anda… secara konsepnya, saya katakan ‘YA’, ianya MLM (Multi Level Marketing).
as’km…
sy nak dptkn buku ni…
hubungi sy, (h/p # edited)
w’salam…
Anda boleh membuat pesanan ebook ini dengan mengikuti arahan di laman web http://rahsiamlm.com
Terdapat 3 cara untuk membeli:
1. Melalui kad kredit
2. Melalui Pay Paypal
3. Melalui MayBank (internet, bank-in atau transfer di ATM).
Anda boleh memilih salah satu cara pembayaran di atas dan arahan lanjut ada di laman web yang saya nyatakan di atas.
Saya sependapat dengan saudara sebab struktur masyarakat sendiri adalah piramid. Tiada salahnya sistem piramid. Sistem tidak salah, yang salah adalah segelintir insan yang menyalahguna sistem tersebut.
salam,
saya nak beli dan buat bayaran utk buku saudara, cara pembayaran saya melalui bank in kat maybank, lepas tu boleh tak slip tu saya fax over. boleh bagi maybank ac. no dan fax no.
wasalam eeklas
Anda boleh scan slip pembayaran tersebut dan email kepada saya dengan menggunakan webform di www.ZamriNanyan.com/success/contact
Mengenai butiran MayBank, sila kunjungi www.RahsiaMLM.com/maybank.html
saya setuju dengan saudara bahawa MLM adalah sebuah piramid. memang hidup kita perlukan sistem ini supaya lebih tersusun hidup manusia.
cuba bayangkan jika tidak dibuat sistem piramid ini dalam pentadbiran negara, keluarga…mesti kucar kacir dibuatnya… itulah sebab adanya PM, timbalan, menteri, dan pecahan2nya… itu pun disusun mengikut sistem piramid juga..
so, dah jadi lumrah manusia, perkara yang baik kalau disalah guna, ia akan jadi tak baik…so, depend pada kita untuk gunakan sistem tersebut dengan betul atau tidak..
askum.saya bersetuju dengan En Zamri.dalam pelan pemasaran MLM tu sendiri memang guna skim piramid.tapi ramai yang salah anggap bahawa skim piramid ni adalah salah di sisi undang-undang.
saya ingin menyatakan bahawa keluarga saya pun berbentuk piramid. struktur kerajaan negara kita pun berbentuk piramid.jika sistem piramid ini salah maka negara kita mungkin tidak akan aman.betul tak?
tapi ada juga segelintir daripada kita telah menyalahgunakan sistem piramid.orang atasan akan menggunakan kuasanya untuk menindas orang bawahan.inilah yang disalahertikan dalam MLM.
berdasarkan fakta2 yang ada,terpulanglah kepada kita untuk menentukan ia salah ataupun tidak.
aslmalkum..
Saya pun nak tumpang sekaki, membicaraka ttg adakah MLM itu skim piramid?.
Kita semua tahu kerajaan kita dan hampir semua kerajaan seluruh dunia mengharamkan skim piramid, tetapi membenarkan perniagaan MLM, bahkan mengeluarkan lesen utk prniagaan MLM (di Malaysia -melalu lesen AJL). Jadi, bgmana pula kita nak samakan MLM yg sah dgn Skim Piramid? sudah tentu sekali ada bnyak perbezaannya.Tak mungkin benda yang diharamkan, lepas tu diberikan lesen pula utk beroperasi..?
Komen saya - brdasarkan pengalaman.. Ada ramai org jadi sensitif/fobia dgn istilah `PIRAMID’.Sebenarnya kita kena membezakan antara PIRAMID dgn SKIM PIRAMID, antara CEPAT KAYA dgn SKIM CEPAT KAYA.
Kalau kita CEPAT KAYA, itu tidak jadi kesalahan. yg salah kalau anda terlibat SKIM CEPAT KAYA. Ada perbezaan yg besar disitu. CEPAT KAYA tidak jadi masalah, yg jadi masalah kalau CEPAT MISKIN!
Jadi cuba cari maklumat lbh lanjut ciri2 dan tanda2 skim cepat kaya.. pasti kita dpt tahu bezanya.
Begitu juga dgn PIRAMID. Apabila saudara Nayan memberi contoh struktur organisasi negara atau sesebuah syarikat - itu sebnarnya menerangka ttg STRUKTUR PIRAMID. Tiada yg salah dgn Struktur Piramid, bahkan sttruktur piramid dianggap stuktur yg PALING STABIL di dunia ini, lihat saja Piramid yg ada di Mesir, masih trsergam gagah hingga ke hari ini. Dan ada bnyak contoh2 lain ttg struktur piramid yg memberikan gmbaran positif dan hebat klu kita kaji dgn lbh mendalam. Misalnya ada 4 unsur utama di dunia yg mggmbarkan 4 sudut pirmid -tanah, air, angin dan api, dan ada bnyak lagi contoh2 lain..
Jadi bukan soal BENTUK atau STRUKTUR PIRAMID yg diprsoalkan. Bukan kerana struktur penajaan MLM yg berbentuk PIRAMID yg mnjadiannya salah utk diamalkan dan menjadi SKIM PIRAMID, tetapi ada ciri-ciri atau tanda-tanda trtentu yg akan mnjadikan `prniagaan MLM’ itu salah dan menjurus kpd SKIM CEPAT KAYA atau SKIM PIRAMID.
ANtara tanda-tanda S.PIRAMID/S.C.KAYA -Tiada Produk utk diurusniagakan, pendapatan berasaskan penajaan semata-mata, Ada produk-tapi harga tak masuk akal (melampau)- Harga produk tiada nilai utk wang (no value for money)… sykt atau pngedar tidak mmberi tumpuan kpd manfaat produk, produk dijadi alasan saja.. dan ada bnyak lagi..
Kalau hanya kerana struktur, dlm prniagaan biasa pun semuanya akan terdpt unsur atau ciri2 struktur piramid. Misalnya susu tepung yg dijual di pasaraya - mgkin dikeluarkan oleh satu kilang atau 1 syarikat, di borong oleh berpuluh pemborong, kemudin diedarkan oleh beratus pengedar, dijual oleh beribu peruncit dan akhirnya di beli oleh berjuta pngguna! - mmg ada struktur piramid. Bgitu juga dgn MLM. MLM yg sah dgn poduk yg baik dan brmanfaat kpd manusia,dgn harga brpatutan, dgn sistem ganjaran yg adil -dan sistem pendidikan yg betul utk para pengedarnya - sebnarnya merupakan satu peluang hebat utk semua golongan trmasuk yg tiada modal besar dan tiada pndidikn tinggi utk membina sebuah prniagaan, brmula secara kecil2an, ttpi berpotensi utk diusahakan dan dibina mnjadi lbh besar sehinggalah mnjadi sebuah empayar prniagaan yg hebat!
Kesimpulan saya.. PIRAMID tdk salah, yg salah kalau mngamalkan SKIM PIRAMID, CEPAT KAYA tidak salah yang salah kalau CEPAT MISKIN atau mngamalkan SKIM CEPAT KAYA..
mari sama2 kita kaji lbh lagi utk melihat prbezaan2nya
Wallahualam…
MLM adalah perniagaan yang dapat membantu mengubah pendapatan keluarga. Saya menyertai CNI dalam tempoh 1 tahun. pendapatan agak lumayan. Modak kecil, risiko pun kecil tetapi keistimewaan n kehebatan produk sungguh luar biasa.
Dahulu saya ingat sistem piramid, tetapi sistem CNI lebih adil dan praktikal.
MLM ada dunianya tersendiri.Jika anda dpt rentak dan lenggoknya, anda akan hidup mewah tetapi jika anda tidak dapat formulanya anda akan jadi pak turut sahaja…(dapat letih aje..tak kaya-kaya jugak) DAN KENA INGAT-INGAT…ada org rezekinya bukan di MLM walaupun dia bermati-matian berusaha..tepu dada tanya selera.alah dah bertahun-tahun mencuba tak kaya-kaya juga baik tak payah kan…
Salam kasih sayang,
Terima kasih Zamri,
Tahniah Daud, Tawau.
Penjelasan anda sudah cukup ‘lengkap’.
Biarkan orang yang ‘hanya nampak apa yang mereka mahu nampak sahaja’, yg penting kita sudah laksanakan tanggungjawab kita.
Semoga diberkati. Amin.
terimakasih atas penerangan ringkas tetapi padat tentang rashia mlm..
sememangnya sejak keluar dari dunia persekolahan saya sudah tertarik dengan mlm. apapun untuk mempelajari lebih mendalam tentang mlm kita umpama mengambil satu ijazah di universiti.hanya orang yang serius belajar melalui berkerjaya mlm akan berjaya.
kalau dilihat dari orang yang berjaya di mlm lebih sedikit dari yang belum berjaya walaupun bertahun lamanya. walaubagaimana pun untuk berjaya pelaburan adalah sama dengan kita menghantar anak ke universiti mengambil satu kos ijazah atau master atau phd.
sata tak setuju untuk buat mlm kos nya kecil tapi pendapatan besar. yang kecil itu adalah kemasukan, mungkin harga tawaran barang syarikat murah. tetapi bayangkan pula perbelanjaan anda tentang kemudahan berurusniaga , perjalanan dari utara selatan timur barat, bahan-bahan sokongan , kursus dan sebagainya.. saya yakin diperingkat awal 200% anda keluaran dari bank , di peringkat pertengahan 150% di kemuncak 70%.
psykologi kita nampak orang berjaya tapi realitinya anda sanggup bersusah untuk 5 tahun atau pun tidak. jika sanggup … saya salud anda..
saya juga yakin persenoliti kita sebagai mlm pastinya merujuk kepada:
kesihatan diri
1) ketrampilan
2) basik mlm
3) kefahaman syariKAT
3) plan pemasaran
4) psykologi diri dan masyarakat
5) sokongan modal berniaga
6) kemahiran berpidato
7) kekuatan mantel
9) mempunyai tahap perbincangan yang tinggi.
saya seorang mlm yang komited selama 6 tahun dan pernah meraih pendapatan 5 angka tetapi syukur hari ini saya makan pencen mlm hari ini kerana saya berusaha mempelajari 9 perkara penting ini. apa yang seronoknya ramai rakan kongsi telah berpencen di mlm tetapi bergaji kerana tangungjawab sudah terlaksana.
thanks zamri