MLM Memang Skim Piramid? - Bahagian II
Saya tertarik dengan komen seorang pelanggan majalah elektronik (ezine) Rahsia MLM mengenai sebuah artikel ringkas yang saya tulis sebelum ini.
Artikel tersebut bertajuk “MLM Memang Skim Piramid?” dan komen beliau berbunyi begini:
“Sistem Pentadbiran sesebuah negara atau organisasi tidak sama dengan sistem perniagaan MLM. Sistem pentadbiran negara disahkan oleh perlembagaan dan sistem pentadbiran organisasi disahkan oleh akta. SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa? Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?”
Baiklah, biar saya terangkan sedikit apa yang saya tahu:
Soalan 1:
“SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa?”
Jawapan 1:
Sistem perniagaan MLM adalah disahkan oleh “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna” dan lesennya diberikan sebagai lesen jualan langsung - walaupun MLM tak semestinya beroperasi 100% seperti syarikat jualan langsung (rujuk laporan ringkas saya yang bertajuk “Anda Sudah Silap”). Walaubagaimanapun, jangan keliru dengan MLM dan skim piramid yang menjadikan Pak Man Telo “selebriti” satu ketika dahulu. Dan juga, jika anda terlibat di dalam MLM Internet, tiada sebarang peraturan yang ketara untuk menyatakan yang ianya sah ataupun tidak. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Contohnya, plan pampasan berbentuk binari di Malaysia adalah tidak dibenarkan tetapi ianya sah di Amerika dan negara-negara lain (begitu juga di Internet).
Soalan 2:
“Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?”
Jawapan 2:
Selalunya, syarikat MLM yang sah ada memberikan jaminan wang pulangan kembali kepada pembeli yang tidak puas hati dengan produk yang digunakan untuk satu tempoh tertentu. Tetapi, untuk sebarang perniagaan, sesuatu jaminan yang anda akan berjaya ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya rasa, itu adalah jawapan yang terbaik namun begitu masih ramai yang berpendapat golongan di bawah tidak akan mendapat satu sen pun melalui MLM mereka. Memang benar… ramai yang tidak akan mendapat walau satu sen pun, tetapi perlu diingatkan juga yang ada pengedar yang baru beberapa bulan menyertai sesebuah MLM mendapat pulangan yang lumayan berbanding pengedar lain yang sudah bertahun-tahun menyertai MLM tersebut. Kalau diikutkan, pengedar baru ini adalah yang di bawah sekali di dalam kumpulan pengedar MLM tersebut dan beliau tidak sepatutnya mendapat apa-apa kerana orang di bawah selalunya tidak mendapat sebarang pulangan. Rahsianya adalah dengan menaja dan membina jaringan pengedar dan pembeli barangan yang baru (dalam erti kata lain - berusaha dan mengikuti sistem yang diajarkan oleh syarikat MLM beliau). Belajar dan terus mencuba.
Tetapi perlu juga diingatkan yang setiap pengedar barangan MLM sesebuah syarikat perlu menilai mengapa beliau menyertai MLM tersebut. Jika anda sudah membaca “Mailbox Money” atau “Wang Dari Peti Surat” yang saya alih bahasa itu, anda akan tahu yang salah satu syarat untuk berjaya di dalam sesebuah MLM itu ialah produknya… anda perlu merasa senang untuk membeli dan menggunakan produk tersebut walaupun tiada plan pampasan diberikan kepada anda. Selepas itu barulah anda syorkan kepada orang lain untuk menyertai anda. Beritahu mereka syarat ini juga sekiranya mereka ingin berjaya di dalam perniagaan ini. Jika ini yang anda lakukan, anda tidak akan berasa bersalah jika pengedar anda merungut kerana mereka sudah mendapat produk yang benar-benar mereka suka dan gunakan. Sayangnya, terlalu banyak yang menjaja MLM sebagai sebuah peluang untuk menjadi kaya sahaja, dan tanggapan ini patut dihapuskan.
Saya harap penerangan saya yang tidak seberapa ini dapat membuka mata dan memberi maklumat yang berguna kepada yang memerlukannya.
Sebarang komen amat dialu-alukan.
ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com
================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar
dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web
anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan
artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan
dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang.
Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM
kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan
sampingan daripada artikel ini.
================================================
================================================
Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================




hai en.zamri,
slmt petang…
saya sangat bersetuju dengan pendapat encik tentang org yg baru menyertai MLM lebih tinggi pendapatannya daripada org yang sudah lama dlm sesebuah sykt MLM.
pada pendapat saya, kejayaan dlm MLM atau apa pun bidang adalah bergantung dengan KERAJINAN DIRI SENDIRI…kebanyakan org yg selalu merungut SUSAH adalah org MALAS…
sebenarnya saya tak kisah apa bisnes yg dibuat, yg penting bisnes tu betul di mata TUHAN… buat saja…
dan thn 2007 nie adalah tahun yg paling senang mendapatkan duit sampingan sebab terdapat banyak INVESTMENTS ONLINE…terserah mahu pilih yg mana satu…
sebelum saya NOKTAKAN kata2 saya, mohon maaf sekiranya tersalah kata dan komen terkeluar tajuk… heheheee…
selamat berjaya semua rakyat MALAYSIA…
SHALON M.
KOTA KINABALU
Ya, saya memang setuju. Untuk berjaya di dalam bidang MLM kita perlu melihat kepada keistimewaan dan kekuatan produknya, malah biasanya bila kita tekankan penerangan produk ianya adalah lebih berhasil daripada semata-mata berbincang tentang pulangan yg bakal diperolehi. Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman yang ada.
ass.kum Saya bersetuju dgn pendapat saudara zamri.Apa yg di komen mengenai sistem binari dan org paling bawah tak dpt satu sen pun,sebenarnya mereka itu kurang arif tentang selok-belok MLM.siapa yg melakukan perniagaan tersebut.Rakan niaga,upline,pihak syarikat atau anda.Jika anda, siapa yg patut cari dawnline?Jika mengharapkap pihak lain maka anda tidak melakukan bisnes.tanpa bisnes memang patut pun tak dpt satu sen………..TQ kalau silap mintak maaf.
sebenarnya tanpa orang bawah pun kita boleh dapat hasilnya juga jika syarikat itu adil.tapi tak banyaklah kerana kita sorang je.buktinya saya pernah menjadi ahli kpd sebuah sykt MLM terkenal di msia.pada mulanya saya hanya menjadi pengguna selama hampir setahun utk membuktikan sykt ini adil atau tidak.setiap bulan saya hanya guna pakai barang sebnyk 100pv=rm120 tanpa menaja orang.masuk bulan kesebelas saya terkejut kerana menerima voucher RM18.mmg tak banyak tapi pandanlah sebab saya beli utk saya sendiri.jadi ini menunjukkan kita masih boleh untung walaupun takde orang.cuma bezanya sedikit jelah.kalau nak banyak bonus ajaklah orang klain jadi rakan kongsi bisnes kita macam giant,eng hong,astro dll yg seumpamanya.tq