Pelancaran Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”
Hujung minggu lepas merupakan hari yang sibuk buat saya.
Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk melancarkan buku pertama Daegan Smith bersama saya, Zamri Nanyan. Majlis pelancaran buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” ini diadakan di PWTC pada hari Ahad, pukul 3:00pm hingga 5pm, dan ianya dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mohamad Norza bin Haji Zakaria, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II.
Majlis pelancaran ini juga mendapat liputan beberapa akhbar tempatan seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Saya sangat gembira sebab ianya merupakan pengalaman pertama saya melancarkan buku sebegitu meriah. Namun, pada masa yang sama, saya juga sedih sebab ibu bapa saya tiada di situ untuk menyaksikannya. Untuk pengetahuan anda, bapa saya baru sahaja keluar dari hospital hari ini selepas lebih seminggu berada di situ.
Untuk berkongsi gambar bersama anda, lihatlah gambar saya dengan 2 orang lagi penulis buku di bawah penerbitan True Wealth Publishing.

(Utusan Malaysia, 7 Mei 2007, mukasurat 14)
Saya menggunakan khidmat True Wealth Publishing, syarikat milik juruterbang jutawan, En. Azizi Ali (lelaki yang berdiri di sebelah kiri saya… dan saya rasa anda lebih mengenali beliau dari saya
)

Terdapat satu sebab saya memilih syarikat En. Azizi dan ianya ialah sebab En. Azizi sendiri adalah seorang “best-selling” author dan saya perlukan seorang penulis tempatan untuk membimbing saya untuk menjadi penulis yang hebat… dan saya rasa saya sudah menemui penulis tersebut.

“The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” akan menemui anda di kedai-kedai buku tempatan nanti. Harganya ialah RM29.90 dan saya akan menjual buku yang sama ini kepada pasaran antarabangsa pada harga USD$29.90.
Perbezaan harga adalah disebabkan faktor rahsia yang saya sedang fikirkan. Jadi, ianya akan menjadi sesuatu yang istimewa jika anda membelinya pada RM29.90 atau USD$29.90.
Sekarang, jika anda sudah mendapatkan buku ini di pesta buku yang lepas, anda sudah tahu isi di dalamnya, tetapi bagi mereka yang belum mendapatkannya, berikut adalah beberapa perkara penting yang bakal anda pelajari di dalam buku ini:
1. Kebenaran yang tidak enak didengar mengenai MLM tetapi anda MESTI memahaminya untuk berjaya di dalam bisnes ini.
2. Apa yang pengedar paling berjaya tahu mengenai cara mendapatkan pendapatan yang BESAR di dalam MLM yang anda tidak ketahui.
3. Kenapa kebanyakan sistem duplikasi yang diajarkan oleh kebanyakan upline tidak boleh diduplikasi oleh downline anda.
4. Bagaimana hendak merekrut prospek yang telahpun berminat untuk menyertai anda walaupun anda belum lagi bersua atau bercakap dengan mereka.
5. SATU “tool” atau alatan yang anda MESTI ada untuk berjaya di dalam MLM internet dan ianya bukanlah apa yang anda fikirkan sebelum ini.
dan banyak lagi…
Yang bagusnya ialah Daegan dan saya membincangkan pelbagai strategi pemasaran di internet yang bukan sahaja sesuai untuk bisnes MLM tetapi juga sesuai untuk mempromosikan barangan internet yang lain, sama ada produk affiliate atau produk sendiri.
Jadi, ianya AMAT sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan MLM ataupun internet, dan saya rasa anda yang membaca ini MESTI memiliki satu salinan untuk rujukan di rumah.
Secara ikhlasnya, saya rasakan buku ini merupakan satu-satunya buku yang paling baik yang membincangkan cara-cara membina bisnes MLM menggunakan internet. Saya belum menemui sebarang buku seperti ini, dan Daegan dan saya berasa bangga yang kami dapat memberikan sesuatu yang terbaik di pasaran pada hari ini.
Saya harap anda akan mendapatkan buku ini secepat mungkin (apabila ianya berada di kedai-kedai buku atau bila saya mula menjualnya di laman web saya)
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com
================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
================================================
Sila sebarkan artikel ini dengan menggunakan fungsi beritahu rakan anda di bahagian atas laman web ini. Saya pasti rakan anda akan menghargai maklumat yang anda kongsi ini bersama mereka.
================================================



Salam kpd Sdr. Zamri,
Tahniah dgn penerbitan buku The Ultimate BluePrint of Internet MLM Success. Semuga kita semua akan mendapat manafaat melalui buku ini. Apa yg menarik tajuk buku ini adalah …. perkataan BluePrint tersebut. Ianya ada kesamaan dgn marketing system yg saya lakukan.
Saya akan dapatkan buku saudara dari MPH nanti.
Wassalam.
Tahniah En Zamri! Keluar dalam paper lagi tu… Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
tahniah en.zamri diatas pelancaran buku tu. saya pasti banyak yang boleh dipelajari darinya berdasarkan kepada kualiti buku “Rahsia MLM”.
Semoga sukses selalu!
Satu lagi bahan ilmiah utk dunia internet MLM. Syabas. Semoga berjaya dan terus berjaya.
Tahniah buat saudara Zamri di atas kejayaan anda kali ini(“Pelancaran Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”)
walaupun agak sedih kerana ketiadaan orang yang disayangi di sisi saudara. Kandungan “Rahsia Merekrut MLM Penjaan hebat” begitu praktikal dan memudahkan para usahawan MLM melakukan Sponsoring dan Selling serta boleh melakukan apa yg seharusnya dilakukan oleh Usahawan MLM dan bukan sekadar suka melakukannya sahaja. Terima kasih sekali lagi dan saya doakan agar anda serta keluarga sihat walafiat sentiasa.
Tahniah En Zamri saya terlihat gambar anda didalam metro. nampaknya saudara sudah maju setapak lagi…
Just would like to know what kind of MLM business are you venturing in? Uptrend? Rafa? or others. Just curious.
Anyway cogratulations on the success of your publication.
Thanks and regards
Erika
terlebih dahulu tahniah diucapkan di atas kejayaan saudara di atas pelancaran buku tersebut. bila nak terjemah ke dalam bahasa melayu agar orang lemah BI seperti saya dapat membelinya
Tahniah..
Tahniah..
Tahniah…
Moga saya juga dapat mengikut jejak anda dan azizi….
Teruskan berkreatif…
as’kum, tahniah kepada saudara zamri atas pelancaran buku tersebut. semoga usaha saudara diberkati dan berjaya hingga ke akhir hayat…
Bapak Zamri Nahyan,
Selamat atas penerbitan buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”
Karena saya tinggal di Indonesia, bagaimana cara mendapatkan buku tersebut? Sekali lagi Selamat !!! Semoga buku buku lain segera menyusul.
Zamri,
Tahniah! You truly deserve it my friend!
Nanti buku yang USD29.90 akan diterbitkan oleh TrueWealth juga ke or are you selling it through Amazon.com?
Tahniah sekali lagi!
Tahniah En. Zamri buku yang patut di milik ni.
Tahniah En.Zamri.Satu lagi bahan ilmiah utk dunia internet MLM di Malaysia.
[…] P/s/: Artikel di atas telah disumbangakan oleh En. Zamri Nanyan untuk pengetahuan anda beliau baru melancarkan buku pertama beliau yang bertajuk The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success. […]
Tahniah Kepada En Zamri Nanyan.
Saya Harap Buku ni akan ada terjemahan dalam Bahasa Melayu Nanti.
Tahniah kpd Sdr Zamri Nanyan.Spt usahawa MLM yg lain, sy jg b’harap buku ini akan d terjemahkan dlm B.M’sia.
Tahniah En Zamrie. Satu buku yang pasti dimiliki oleh semua usahawan. Bila nak translate ke BM?
Oppss…
Lupa nak ucapkan terima kasih kerana malam tu belanja saya makan nasi kandar dengan SmartZul, kat Kayu Nasi Kandar, Bkt Jambul. Terima kasih daun keladi, lain kali kita jumpa lagi. 
Tahniah En Zamri,
Kesungguhan yang datang dari hati yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil.
Wah! Terharu saya…
Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan semangat untuk saya menerbitkan bahan ilmiah untuk perniagaan MLM dan Internet (dan juga Internet MLM).
Tanpa anda, saya mungkin tidak akan dapat motivasi yang tinggi untuk “challenge” diri saya untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada setiap pembeli buku Rahsia MLM, pembaca blog dan juga pelanggan e-majalah Rahsia MLM.
Jika diizinkan-Nya, saya akan menerbitkan buku ini di dalam bahasa Malaysia nanti… tetapi ianya mungkin mengambil masa sedikit untuk membuat penterjemahan (penterjemahan Rahsia MLM mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan). Yang pastinya, saya akan mengusahakannya untuk anda semua.
Untuk menjawab beberapa soalan di atas, saya cuba terangkan di bawah:
1. Jika anda tinggal di luar Malaysia (contohnya Indonesia, Singapura dan Brunei), saya akan menyediakan perkhidmatan pembelian melalui internet dan buku akan dipos ke alamat anda.
2. Buat masa sekarang, pihak saya akan menghantar sendiri buku yang dipesan dari luar negara kepada pembeli-pembeli. Saya juga sedang mencari idea bagaimana saya boleh menjual buku ini melalui Amazon tanpa kos yang terlalu tinggi. Jika ada sesiapa yang mempunyai pengalaman di dalam bidang ini, saya amat mengalu-alukan maklumbalas anda.
Saya harap anda akan terus mengokong usaha saya dengan mendapatkan satu salinan buku ini nanti… jadikannya bahan rujukan yang berguna.
ikhlas,
Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com
www.MLMLessons.com
Setinggi tahniah! En Zamri…
Semoga ramai lagi yang dapat berkongsi manfaat dari buku En.Zamri.
Taniah en zamri. Semoga usaha murni akan terus memartabatkan industri MLM di negara kita dan jangan lupa terjemahkan buku tersebut ke dalam BM. Jumpa anda di puncak kejayaan.
Harap Encik Zamri Dapat Menterjemahnya secepat mungkin.
Rakan Suksess Anda,
Fakhrul,
Tahniah!!!!
tahniah!!!!
tahniah!!!!
Tingkatkan usaha anda…
Insyallah sy akan menyokong anda…
jika ada apa2 yg ingin dikongsi brsama sy,
hubungi sy pada 016-7842506 - ariey.
Hi Mr. Zamri,
Congratulation !!! You did it.
Keep up the good work.
Best regards,
pauloon
Thank you, pauloon!