Pendapatan Berulang (Recurring Income) - Impian Semua.

Pendapatan Berulang (Recurring Income) - Impian Semua.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh dijana oleh perniagaan anda.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar

Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang  “dinikmati” oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang  di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan. Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialah Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

 

12 Comments so far

  1. ratulaftar hamdan on February 6th, 2007

    assalamualaikum,saya saorang pencinta mlm sepanjang penglibatan saya dapat lah juga hasil nya tapi tak berjaya sepenuhnya.saya ingin tahu apakah rahsia MLM ini.TQ

  2. Zamri Nanyan on February 10th, 2007

    wa’alaikumsalam…

    Secara ringkasnya, ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini menceritakan bagaimana seorang Jutawan MLM dari US (seorang lagenda MLM) yang bernama Tom ‘Big Al’ Schreiter membimbing ahli baru MLM di bawahnya untuk mendapatkan konsep MLM dengan betul dan seterusnya merekrut dengan cara yang lebih mudah digunakan oleh kebanyakan orang.

    Jika anda seorang pengusaha MLM yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini, anda akan tahu ialah Tom “Big Al” Schreiter memang seorang pemimpin MLM yang dikenali dan dihormati di seluruh dunia.

  3. Pardiman on February 16th, 2007

    Assalamu’alaikum War. Wab.
    Saya sebenarnya pemain baru di dunia MLM. Saya mengucapkan terima kasih kepada Saudara Zamri Nanyan yang telah memberikan kiriman2 artikel, yang itu jelas penting untuk referensi saya dalam menjalankan bisnis MLM ini.
    Saya gabung dalam bisnis MLM PT. Natura Nusantara yang bergerak dibidang Holtikultura dan Suplement Food yang ada di Indonesia. Sponsor langsung saya adalah seorang Diamond dalam jaringan ini, yaitu Bapak Didik Wahyudi.
    HIngga saat ini saya belum menemukan cara yang pas untuk menarik seorang petani dalam jaringan saya. Saya menghadapi masalah sikap mental dan budaya yang tertanam dalam masyarakat petani di Indonesia.
    Barangkali ada usulan dari Saudara Zamri, bagaimana kita bisa merubah sikap mental petani ini.
    Terima kasih atas masukannya.
    Wassalamu’alaikum War. Wab.

    Pardiman
    +6281559570362

  4. Zamri Nanyan on February 22nd, 2007

    Wa’alaikumsalam saudara Pardiman,

    Jika ada kesempatan, saya akan menulis satu artikel untuk membincangkan perkara ini. Diharap saudara dapat bersabar.

  5. marlea on April 15th, 2007

    Memang betul,semua org inginkn pndptan yg ke 3.Lakukn kerja skali dan mndapat pndapatan yg brulang kali.Tp tak semua orang dpt melakuknnya.

  6. Zamri Nanyan on April 17th, 2007

    Saya ingin betulkan apa yang Marlea tulis di atas.

    Tp tak semua orang dpt melakuknnya.

    patut ditukar kepada

    Tp tak semua orang MAHU melakuknnya.

    Ada banyak perbezaan di antara ‘dapat’ dan ‘MAHU’ dan saya percaya dengan sedikit kreativiti, anda mampu melakukannya. Saya harap kita patut mulakan dengan perubahan paradigma (paradigm shift) terhadap peluang yang ada dihadapan kita. Kemudian, barulah kita akan mula mengorak langkah ke arah kejayaan.

    Dan tidak semestinya anda perlu melakukannya dengan MLM semata-mata.

  7. nora on April 26th, 2007

    Salam…. Saudara Zamri, saya betul-betul confuse le nak buat duit ni.
    macam-macam buat tapi tak dapat. Apa saranan anda yang paling baik disini?
    Betulkah kalau kita guna referral dalam web akan datang 100% pada kita?

  8. yahaya yaacob on June 5th, 2007

    Saudara Zamri saya setuju apa yang saudara bincangkan kerja berterusan dlm multi level marketing.Saya telah menceburi bebagai MLM tapi semua tak berjaya.Hingga kehari ini saya sedang mencari rahsianya dan mahu melakukan nya semula jika terbuka hati ini untuk melakukannya semula setalah membaca rencana dari saudara nanti.Bukan semua orang mahu melakukan bidang seperti ini lebeh lagi modal kos yang tiggi atau prodak yang mahal untuk dipasarkan.Apa yang difikirkan dlm otoak saya bagaimana untuk menarik minat mereka dalam MLM dan hari ini kebanyakkan nya tidak suka DLM MLM tapi yang hairan nya mereka lebih suka sekim cepat kaya.Buktinya betapa ramai orang Melayu kusus nya melibatkan diri bidang tersebut sekarang ini.Tapi sayang mereka menjadi mangsa merugikan diri sendiri.

  9. Roslan on July 28th, 2007

    Hai Zamri…
    Saya sangat hormat dan menghargai usaha anda. Cuma saya kurang mahir lagi dengan IT ni. You pernah buat MLM ke ? Kata orang bijak pandai, satu tindakan adalah lebih baik daripada 1000 idea dan kata-kata mutiara. Saya sangat ingin berkerjasama dengan anda itu pun jika sudi, saya percaya kerjayaan hebat boleh kita raih bersama dan untuk manfaat masyarakat kita. Saya juga nak aplikasikan bisnes saya ke dalam web site dengan berkesan.ungkin anda boleh bantu saya. TQ

  10. harun on August 1st, 2007

    saudara zamri

    Ramai yang buat mlm kenapa bila kumpulan dah besar jualan pun dah banyak dan dah kaki
    gajah bila berhenti membeli co. tidak lagi membayar bonos sedang kan kumpulan yang tinggal itu adalah dasar usaha beliua
    jadi buat mlm tak boleh berhenti lah maknanya
    macam pergi kerjalah juga. Tolong beri perjelasan saya penat

  11. Zamri Nanyan on August 10th, 2007

    Ianya bergantung kepada plan pemasaran syarikat anda. Ada yang menetapkan kuota jualan peribadi dan kumpulan untuk mendapat komisyen. Ada yang cuma menetapkan jualan peribadi minima.

    Contohnya, anda cuma perlu belanjakan RM120 setiap bulan dari syarikat MLM anda untuk mendapat keuntungan daripada network (jaringan) yang anda bina. Kadangkala, syarikat anda mempunyai kemudahan pembayaran kad kredit untuk pembelian dari syarikat anda. Jadi, jika anda menjana pendapatan RM10,000 sebulan dari MLM anda dan anda perlu membelanjankan RM120 setiap bulan (dan ianya ditolak dari kad kredit secara otomatik), tidakkah ianya menjadi bisnes yang menjana pendapatan berterusan walaupun anda berhenti membina jaringan anda?

    Dan anda juga tidak akan merasa penat. :)

    Jadi… pelan pemasaran juga merupakan faktor penting.

  12. bakar on October 24th, 2007

    Memang itu impian setiap manusia, nak hidup senang tanpa perlu bersusah payah yang berterusan. Kenapa bila bercakap pasal MLM mesti terpikir macam kena pass baton kepada orang lain dan baton ni macam satu beban. Jika anda gagal mencari “mangsa” baru untuk membawa baton itu, anda dikira gagal. Lagi satu, yg dibawah macam kena sentiasa berusaha untuk kembangkan, padahal yg mengaut untung yg banyak adalah uplinenya. Ianya menjadikannya tidak adil. Lagi satu perkara, adakah MLM menyebabkan harga barang lebih mahal berbanding jika dipasarkan secara runcit?

Leave a reply