Perniagaan Internet & Internet MLM (3 Soalan Pembaca)

Saya harap anda masih dalam keadaan sihat selepas cuti raya. Saya pula ada sedikit batuk-batuk dan selsema.

Namun begitu, saya rasa perniagaan Internet berterusan seperti biasa. Ini dapat saya lihat daripada email yang saya dapat setiap hari (termasuk SPAM).

Mungkin ianya akan menjadi trend email saya akan datang dengan menjawab beberapa soalan pembaca, tetapi saya harapkan anda menggunakan forum saya di  www.ZamriNanyan.com/bincang dahulu sebelum mengajukan soalan yang sama.

Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita lihat beberapa soalan yang dihantar oleh 3 orang pembaca di bawah.

======================================================

Soalan 1:

Pening baca e-mel sdara yang banyak benda yang sama.. Kalu buleh mintak ada 1 kaedah yang mudah Kadang-kadang ada juga yang xde paypall,mybank2u..

Jawapan 1:

Tiada 1 kaedah yang sesuai untuk semua orang. Anda sendiri patut menganalisa dan meneliti perniagaan Internet seperti PERNIAGAAN BIASA.

======================================================

Soalan 2:

saya still blur dengan pelaburan di internet ni…boleh bro jelaskan lebih detail x ap yg d mksdkn dengan MLM ni??? lagi 1 sln…bolehkah dapt faedah ngan tidak kuar sesen
pn duit sndiri samada hadir kursus ke…reg ke…bli produk apa2 ke….??  terima kasih….

Jawapan 2:

Pelaburan Internet tidak sama dengan MLM Internet.

Pelaburan internet – anda masukkan wang dan wang anda dilaburkan untuk sekian waktu sebelum anda boleh mengambil wang anda kembali.

Saya tidak pernah terlibat dengan pelaburan Internet tetapi saya bergiat aktif di dalam Internet MLM.

Internet MLM – anda mendapat komisyen daripada jualan anda sendiri dan daripada jualan ahli kumpulan anda.

Saya tak pasti dengan soalan anda seterusnya tetapi apa yang saya perlu katakan ialan – “you get what you pay for”.

======================================================

Soalan 3:

Saya mempunyai masalah mengenai pembayaran menggunakan kad kredit kerana saya tidak memiliki kad kredit.Saya berminat untuk memiliki sebahgian MLM yang ada di rangkaian internet antarabangsa. Bagaimana untuk mengatasinya.Saya telahpun menjadi ahli Pay Pal sebagaimana yang sdra cadangkan , tapi boleh ke kita bank in ke Pay Pal di Malaysia.

Jawapan 3:

Anda boleh menggunakan kad ‘debit’ untuk menyelesaikan masalah kad kredit anda. Kad debit boleh didapati di Public Bank atau bank-bank lain yang memberikan kad debit kepada pelanggan mereka.

Sekarang ada kemudahan memasukkan wang daripada PayPal ke dalam kad kredit atau kad debit anda. Jadi, gunakan kemudahan ini untuk menyelesaikan masalah untuk membawa balik wang anda ke Malaysia.

Untuk penyelesaian lain yang berkaitan dengan PayPal, laburkan sedikit wang dan beli ebook Malaysia Pal di
http://getresponse.com/t/9567624/624222/190746225/

Jika anda berminat untuk menceburi Internet MLM antarabangsa, saya syorkan Kiosk atau Success University:

Kiosk – http://getresponse.com/t/9567625/624222/190746225/

Success University – http://getresponse.com/t/9567626/624222/190746225/

Pilih mana SATU yang sesuai untuk anada.

======================================================

Akhir sekali, saya akan berucap di Wealth Summit pada hari Sabtu ini. Jika anda ada kelapangan, silalah datang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di www.RahsiaMLM.com/rahsia

Setakat ini dahulu!

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Saya ingin mencari dan mengajar 6 individu yang berminat untuk menjana wang melalui Success University. Jika berminat sila hubungi saya di www.ZamriNanyan.com/success/contact

Nyatakan kenapa anda ingin menjadi partner saya dan apa yang anda sanggup lakukan untuk berjaya di dalam bisnes Success University ini. Saya akan hubungi anda kembali selepas seminar saya (mungkin hari Isnin depan)

4 Comments so far

  1. redha on October 30th, 2007

    Salam kasih sayang,

    Tahniah dan terima kasih, di atas perkongsian ilmu, semoga Zamri terus maju dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.
    Nak tanya kenapa ada tanda(x) merah kat (resent readers) redha.

  2. SyedHafidz on November 3rd, 2007

    Saya tertarik dengan soklan kedua,

    mungkin orang yang bertanya masih lagi baru nak berjinak dengan dunia bisnes internet.

    Pelaburan internet dah pun difatwakan haram oleh jemaah mufti malaysia. so,harap jangan ada lagila orang yang terpengaruh dengan skim karut marut ni (especially orang islam)..

  3. Panduan FTP on November 16th, 2007

    sekarang ni skim cepat kaya sudah kurang dah…
    tapi masih ada lagi…
    masa sekarang ni banyak spam pula dalam email…
    entah mcm mana baru boleh mengatasi masalah spam ni selain dari buka email baru…

    han

  4. www.alphalipid.net on November 17th, 2007

    Jauhkanlah diri dari Pelaburan Internet, lebih baik buat biz yang halal.. so sekarang ni dengan perkembangan IT & Internet… kita boleh majukan perniagaan MLM atau Networking kita. Semoga berjaya semuanya… insyallah…

Leave a reply