Pra Pelancaran Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success”
Saya ingin berkongsi satu berita baik dengan anda.
Pada 6 Mei 2007 nanti, saya akan melancarkan sebuah buku pertama saya yang bertajuk “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” di Putra World Trade Centre (PWTC) pada pukul 3:00pm-5:00pm.
Buku ini adalah hasil tulisan bersama Daegan Smith, seorang usahawan internet MLM di Amerika Syarikat dan ia merupakan penerbitan True Wealth Publishing di bawah pengendalian En. Azizi Ali.
Dari paparan blog yang lepas, saya dapati ramai yang berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM ini.
Buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” akan memberikan jawapan yang lebih mendalam untuk topik ini.
Jadi, nantikan pelancaran buku pertama saya ini dan dapatkan satu salinan daripada kedai buku berhampiran dengan anda.
Oh! Jangan lupa beritahu rakan anda mengenai penerbitan buku ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memberikan link ke laman blog ini. ![]()



Tahniah En Zamri. Semoga berjaya dengan BUKU tersebut.
Tahniah Abg Zamri Nanyan. Tentu bagus buku ni. Siapa yang berkesempatan nanti boleh lah ke PWTC berjumpa dengan Abg Zamri Nanyan secara live.
akm, maaf tanya..bro zamri terlibat dgn mlm mana? dah berjaya mana2 company? buku ni tentu bagus..sy tunggu
Tahniah.
Saya belum berkesempatan membaca Rahsia MLM tapi insya-Allah saya akan mendapatkan ke2 buah buku. Satu usaha yang murni untuk generasi baru MLM.
Tahniah En.Zamri, semoga buku yang akan dilancarkan itu menjadi titik tolak kepada penghasilan buku yang seterusnya nanti dalam memperkembangkan perniagaan di internet
Wah! Saudara Zamri Nanyan sekali lagi telah bergandingan dengan nama besar usahawan internet. Tahniah! Satu usaha yang pastinya memberi keuntungan pada rakyat Malaysia. Tak sabar rasanya untuk mendapatkan buku ini.
Saya berharap akan mendapatkan buku ini untuk saya baca tuntas. Semoga isinya bagus agar dapat saya beritahukan kepada teman-teman saya. Selamat untuk Bapak Zamri Nahyan.
tahniah..nak tanya, ada tak yang terjemahannya dalam BM?
Tahniah! satu perkembangan yang memberangsangkan. Sudah tentu kandungannya juga menarik seperti Rahsia Merekrut MLM. Lebih menarik kalau satu masa nanti ia dapat diterjemahkan ke dalam B.Melayu.
Tahniah saudara Zamri Nayan.. satu buku yang pasti hebat! Semoga berjaya…!
Tahniah saudara Zamri…keep the good work…
Tahniah. I found out about this thru Azizi’s monthly newsletter.
Tahniah abg zamri..
Insya-Allah.. Saya akan pegi Pesta buku Ahad ni..
semoga ianya akan menjadi panduan yang berguna kepada usahawan2 dan bakal2 usahawan mlm hendaknya,syabas saya ucapkan.
buku rahsia mlm tu bagus, cuma terjemahannya, ada part yang bahasanya sukar difahami (maybe direct translation). apa pun bagus la , ada buku dalam bahasa melayu. Aku dah mula join network marketing. fui-yo unsangkarable. Translate le buku tu dalam bm.
Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada kejayaan Rahsia MLM dan juga kejayaan yang akan datang kepada The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success.
Saya amat menghargai segala sokongan anda kepada saya.
Memang ada perancangan untuk menerbitkan buku The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success ke dalam bahasa Malaysia pada masa hadapan.
Jadi, nantikan kehadirannya. Sementara itu, dapatkan buku The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success yang akan diedarkan di kedai-kedai buku berdekatan.
Saya juga akan mengambil pesanan dari laman web saya dengan harga RM29.90 setiap naskah. Buat pengetahuan semua, harga buku ini berbeza untuk pasaran dalam negeri dan juga luar negeri. Oleh itu, ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan buku The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success pada harga yang paling murah ini.
Sekali lagi… terima kasih kepada anda semua!
Tahniah..Saya pasti akan mendapatkan buku tersebut..bilakah akan terbit versi BM?