Rahsia MLM: Taktik Jom Makan…
Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke rumah.
Kata Sudin, “aku nak jemput kau makan sikit kat rumah aku malam ni. Datanglah”. Zaidi pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah berada di rumah Sudin.
Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang lagi tetamu asing yang belum pernah beliau kenali di rumah Sudin.
Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu asing itu ialah upline Sudin yang bakal memperkenalkan satu peluang hebat - peluang mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di dalam dunia ini.
Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun dari sekarang. Pangkat “manager”, “diamond” dan “super duper diamond” juga dijelaskan.
Wow! Sudin teruja… namun Zaidi masih lagi bingung.
???
“Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri”, fikir Zaidi.
Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya sudah ditipu.
Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat, Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang pengedar.
Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan, beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan taktik “makan percuma” kepada rakan-rakannya yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli baru di bawah beliau.
Kata hati Zaidi, “cukuplah aku saja yang terkena”.
Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara “bait and switch” - umpan sesuatu benda, kemudian perkenalkan peluang perniagaan.
Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja saya dengan cara sebegitu.
Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan sikit.
Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apa yang bakal beliau hadapi.
Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim, mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang.
ikhlas,
Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com
================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================




sempoi.mudah faham….
Ass.WW,
Bapak Zamri Nanyan Yth,
Bab 1, Pengedar Joe dan Bab 2, Taktik Jom Makan, terasa lucu ketika dibaca. Tapi menunjukkan keadaan yang sebenarnya. Bab 1, mencoba menjelaskan sulitnya mencari member, ragu-ragu, tidak percaya diri dan berakhir pada kegagalan. Sedangkan pada Bab 2, taktik yang salah (tidak terus terang)dari sudut pandang calon member si Zaidi. Seharusnya menjadi member atas dasar sukarela, bukan terpaksa. Terimakasih Pak Zamri. Saya tunggu cerita selanjutnya.Wassalam.
alyn nak tauu berapa harganya,bagaimana ingin mendapatkannya,berapa lama penghantanrannya smpi ketangan..adakah ia terjamin utk menjadi satu titik tolak permulaan perniagaan utk orang seperti saya yang kurang kemampuan dari segi kewangan..
ebook Rahsia MLM ini berharga RM37 dan boleh dipesan melalui kad kredit, PayPal atau deposit ke akaun MayBank. Sila lawati www.RahsiaMLM.com untuk maklumat lanjut.
Penghantaran adalah melalui email (jika menggunakan MayBank) dan jika menggunakan kad kredit atau PayPal, anda akan dapat memuat turun ebook ini sebaik sahaja bayaran anda disahkan.
Jika anda kurang berkemampuan, saya syorkan anda berbincang dengan leader anda untuk bimbingan dan beritahu beliau mengenai laman web ini. Mungkin ianya adalah jalan penyelesaian terbaik. Walaupun saya rasa maklumat yang ada di dalam ebook ini sangat berguna kepada semua usahawan MLM, saya tidak mahu membebankan sesiapa pun untuk memilikinya.
memang bagus, sebab semuanya yang diceritakan memang benar berlaku. Boleh tak saya beli buku tersbt terus dari kedai buku? Di kawasan KL & Shah Alam, kedai buku mana yang ada jual buku trsbt? TK.
Rahsia Sistem Merekrut MLM adalah dalam format pdf. Ianya adalah ebook yang anda boleh muat turun selepas membuat pembelian dan ebook ini tidak terdapat di mana-mana kedai buku.
Untuk membuat pesanan, sila lawati www.RahsiMLM.com
itu kira ok lagi.tapi ramai yang kena, cakap buat kenduri atau jamuan tapi sebenarnya buat homeparty. macamana tu?orang datang nak makan bukan nak dengar penerangan apa2.
bagus dan membernaskan cadangan anda tadi saya amat bersetuju dengan pendapat yang di beri oleh anda td
Untuk menjayakan vision dgn mudah,seseorang sanggup buat apa saja!Cara jom makan sudah biasa dan terbiasa di praktikan.Makanan yg sedap dan ayat yg power boleh membuat kita terpedaya. Itukan teknik yg jelas lagi nyata.Makan sambil bercerita dan mungkin tidak mahu menghampakan hati kawan , kita rela dlm paksa menjadi ahli!Tapi hakikatnya di perdaya dan kita kecewa…
[…] salah, tapi yang salah adalah ahlinya. Mungkin artikel yang ditulis oleh Zamri Nanyan yang bertajuk “Taktik Jom Makan” boleh memahamkan anda mengenai teknik penajaan yang efektif untuk mencari ahli baru bagi bisnes MLM […]
Aslkm…teknik bagus sbb ramai kawan suka datang bila ada majlis makan percuma…tapi tak semua org.Semua berpandukan niat yang jujur dan ikhlas..thanks you so much..and good lucky all my friends.MLM adalam peluang dengan modal yang paling kecil…apa pun selamat maju jaya..
memang betul pun..kalau saya terkena macamtu pun saya akan rasa telah ditipu oleh kawan..apa2 pun saya akan tunggu kisah selanjutnya dan informasi berguna yang boleh menambahkan pengetahuan untukberjaya dlam MLM
Saya telah pun membaca rahsia sistem merekrut MLM daan ia memanh hebat untuk para usahawan MLM. Terima kasiah En. zamri kerana telah menterjemah buku Tom Schreiter. Kemudian saya amat tertarik dgn buku ‘How to get rich without winning the lottery’setebal 64 mukasurat itu kerana dikatakan ia boleh menarik minat dgn mudah prospek yang kita tidak kenali menyertai bisnes MLM kita. Tetapi kita di m’sia dan dan prospek lebih gemar membaca dlm bahasa melayu. Jadi bagaimana buku itu nak di aplikasikan di m’sia. Boleh en. zamri beri penjelasan kerana ini sedikit sebanyak dpt membantu saya meramaikan prospek saya.
Buku “How to get rich without winning the lottery” tu menceritakan pelbagai cara untuk membina pendapatan yang mampu meningkat setiap tahun… seperti melakukan kerja sampingan dan menyimpan wang tersebut di dalam bank secara konsisten sehingga faedahnya berlipat kali ganda dan sebagainya.
Dan salah satu cara ialah dengan menceburi bidang MLM. Malangnya, saya cuma ada satu sallinan sahaja buku ini di rumah dan saya tidak mempunyai kebenaran untuk menterjemahkannya.
Sekiranya ada ‘demand’, saya mungkin boleh mencipta satu ebook yang seakan-akan buku “How to get rich without winning the lottery” tersebut.
Sebagai menusia, kita memang suka membuat andaian sebelum mencuba dan berusaha. MLM semua orang kata perniagaan yang susah.. Bagi pandangan saya, setiap hari kita sebagai pengguna pastinya menggunakan barang-barang keperluan. Kita jadikan diri sebagai ahli untuk membeli barang dan menjadi pengguna dahulu. Dengan ‘masa x tenaga’ yang kita ada, gunakan sebaiknya dengan memberi diri kita peluang untuk mencuba sesuatu yang dapat meningkatkan taraf kehidupan kita. Anda insan hebat. Tahniah !
ianye cukup menarik untuk mencungkil idea2 baru dan di harap ianya dapat diguna pakai…
Salam,
Ada benarnya apabila kita pelawa seseorang untuk jamuan, tiba-tiba pula ada program lain terancang iaitu MLM yang diajukan. Ia akan membuatkan rakan kita rasa tertipu/terpedaya. Sebagai insan yang mahu meraih kejayaan, kita perlu bersifat jujur agar persahabatan terbina tidak terungkai dan rezeki diperolehi mendapat berkat.
Terima kasih.
I rase care tu tak salah.Taktik ni betul la bagi yang betul-betul ingin berjaya.Kalau betul-betul ingin berjaya, kita pasti akan lakukan apa sahaja kan?..Tapi dalam kisah ni, Zaidi yang berasa dirinya ditipu sepatutnya tidak akan berfikir begitu.Dia sepatutnya berani mengambil keputusan dengan baik samada ingin menjadi ahli atau tidak.Itu terpulang padanya.Jangan suka menyalahkan kawan saja.Kawannya Sudin hanya ingin memperkembangkan bisnessnye saja.Mesti ade strateginye tersendiri untuk berjaya..
Syabas saya ucapkan kepada anda kerana dapat mengeluarkan idea yang bernas ini..Tahniah!!
seronok bc secara x lgsung dpt bljr apa yg perlu @ xperlu bt untuk menaja org….
Memang enak untuk di ajak teman makan malam, tapi
dengan cara Sudin, saya kurang tertarik. Kalau saya jadi Zaidi tidak akan menandatangani borang pengedar.
kalau awal2 dah dengar MLM mesti awal2 lg org akan cari idea nak mengelak..lagi la org2 melayu ni dalm fikiran penuh dgn tanggapan negatif je ttg MLM..camne melayu nak maju..skrgni org india pun dah mula mengorak langkah dlm MLM,ade yg dah berjaya pun..org melayu,sibuk condemn MLM..harap abg tg motivate skit anak2 melayu kite ni..terima kasih…
Sy teringin utk dptkan ‘How to get rich without winning the lottery’setebal 64 m/s tp mslhnya skang ni xde ke dlm versi BM. Sy blh phm sikit² la tp bila nak bagi kat org tu mula timbul mslh sbb org kita ni bkn semua terer BI. En Zamri tlg setelkan mslh ni, buat dlm versi BM tp bkn copy terus, olah seakan² mcm buku tu pun orait gak. kalu ada dlm versi BM mgkn saya org pertama yang akan beli. Insya-ALLAH.
Saya tak punyai rights untuk terjemah buku “How To Get rich Without Winning The Lottery” tersebut. Jika ada yang boleh cipta produk yang seakan-akan buku tersebut, mungkin ianya dapat membantu.