Seminar “Success University” di Singapura

Selepas rakaman TV, saya teruskan perjalanan ke Singapura dan pada kali ini, saya pergi untuk menghadiri Success University World Tour.

The Success University World Tour

Untuk kedua kalinya, saya pergi ke Singapura pada tahun ini untuk berjumpa beberapa pemimpin MLM Internet yang berjaya dan saya gembira kerana dapat menghadiri majlis ini.

Seminar bermula 15 mini sebelum 8 malam dan berakhir pada sekitar pukul 11.

Rasanya, ada sekitar 400 orang di dalam bilik konference dan majoriti daripada peserta datangnya daripada Singapura… beberapa dari Malaysia dan negara lain. Maksudnya, pasaran di Malaysia masih lagi luas dan inilah salah satu sebab mengapa saya terpaksa bertandang ke Singapura dan berjumpa pemimpin pengedar Success University di sana.

Apakah komen saya mengenai seminar tersebut?

Hebat!

Johnny Wimbrey, Matt Morris dan Tony Michael memberikan seminar yang memberansangkan..

Di sana, saya ketahui cerita bagaimana Johnny Wimbrey dibesarkan di dalam rumah kebajikan, berusaha untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik dan bertekad untuk memberikan hidup yang terbaik untuk anak-anak beliau (tidak seperti yang beliau alami semasa kecil)

Matt Morris juga berkongsi cerita bagaimana beliau bankrap dan akhirnya berjaya menghasilkan jutaan dollar 6 kali dalam masa 5 tahun. Bukan itu sahaja, Matt juga berkongsi strategi “jutawan” beliau di dalam ceramah bertajuk “7 strategies to 7 figures too” (strategi yang beliau gunakan untuk mengubah hidup beliau).

Tony Michael seterusnya membuat pengumuman yang rahsia yang bakal menjadikan Success University sebagai peluang perniagaan di Internet yang unggul (hint: The Right Place at The Right Time).

Di sini, saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya ambil di seminar tersebut.

Zamri Nanyan dan Matt Morris (president dan CEO Success University)

Zamri Nanyan dan Johnny Wimbrey (Ambassador Success University)

Zamri Nanyan dan Jaz Lai (top leader di Singapura)

dari kiri: Matt Morris, Zamri Nanyan, Johnny Wimbrey dan Tony Michael

Stuart Tan dan ? (sorry tak dapat nama perempuan tersebut)

hadirin di seminar Success University

lagi hadirin di seminar Success University

Kemudian, saya dan beberapa leader dari Singapura pergi ke sebuah restoran untuk makan malam (tak tahu kat mana sebab Jaz Lai yang bawa saya ke sana). Anda boleh lihat bagaimana kasualnya perjumpaan sebegini – dan tiada siapa pun mengetahui bahawa terdapat beberapa millionaire sedang manjamu selera di restoran nasi kandar tersebut. 🙂 Dan bayangkan aura yang dipancarkan apabila anda berkumpul bersama mereka yang berjaya di dalam hidup yang akan sentiasa memberi cabaran kepada anda untuk terus berjaya dan menjadi seseorang yang lebih baik.

Sedang minum “Godzilla”. Johnny sukakan “Godzilla” dan beliau juga tak lepaskan peluang untuk makan roti paratha.

Di sini, anda juga boleh melihat gambar isteri Matt (berbaju pink) bernama Rhonda Morris.

Satu lagi gambar di tempat yang sama.

 

Pada masa akan datang, saya akan muatnaik beberapa video yang saya ambil di Singapura ke YouTube. Tunggu ye…

Kumpulan pengedar Success Univeristy sudah bermula di Kuala Lumpur.

Penang? Belum lagi… dan saya plan untuk mendapatkan pasaran di Penang secepat mungkin.

Jika anda tinggal berhampiran saya dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Success University, klik di sini dan hantar mesej kepada saya – dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda mungkin akan menjadi leader di bahagian utara dan saya akan bimbing anda.

Anda mungkin akan terkejut yang peluang ini merupakan sesuatu yang mungkin jarang anda perolehi dan saya harap anda akan pertimbangkan apa yang saya nyatakan di sini.

2 Comments so far

  1. taza on September 27th, 2007

    Tahniah En Zamri anda membuktikan bahawa MLM bukanlah seburuk seperti yang disangka. Jika ada masa saya juga ingin mengetahui tentang Success university ni dah lama dengar cuma tak paham. So good luck

  2. aidil nohisham on September 28th, 2007

    Wah, Tentu rasa seronok kan dapat berjumpa dengan jutawan dan pakar-pakar internet. Semoga satu masa nanti Sdr. Zamri akan jadi sebaris dengan mereka yang bergelar jutawan. Tahniah.

Leave a reply