Kenapa Saya SANGAT Gembira! :)

Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat cahaya mata baru.

Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki yang agak besar juga.

http://video.google.com/videoplay?docid=2024796609940898926

Klik “PLAY” 2 kali di atas

Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis mengenai kelahiran anak saya di blog dan website saya. Pengalaman yang saya kongsikan bersama ini sangat peribadi buat saya… jadi saya harap anda mendapat pengajaran yang berguna daripada cerita yang saya sampaikan. Ianya juga mengingatkan jasa emak kita melahirkan kita ke dunia ini.

Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.

Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan ucapan.

(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).

Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan anda.

Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris, saya harap anda dapat memahami pengalaman yang saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia sekiranya anda tidak selesa dengan English.

Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://imran.zamrinanyan.com/share.html dan jika anda sendiri yang membeli pakej ini, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana ianya pasti membantu Imran, Aiman dan Syafiqah di kemudian hari.

“Share the JOY With Us” 🙂

Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai yang mungkin.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Anda boleh menggunakan email ini untuk diletakkan di blog atau laman web anda sekiranya mahu.

pps. Saya akan berikan satu sumber di mana anda boleh menjimatkan wang untuk memulakan “video marketing” anda nanti – tunggu ye!

1 Comment so far

  1. AzamWahid on November 30th, 2007

    Hi semua. 🙂

    Sifu Zamri,
    syabas dan tahniah saya ucapkan. moga-moga dengan kehadiran hero baru ni, akan lebih membahagiakan lagi Sifu seisi keluarga.

    rakan-rakan, bersama kita doakan kejayaan dan kebahagiaan Hero Imran, dunia dan akhirat. insyaALLAH, aminnn…

    😀

    PS: walaupun saya telah post dalam official blog Sifu, tetapi saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah ini kepada Sifu. syabas Sifu!

    = AzamWahid@yahoo.com =

Leave a reply