Tag “Tahukah Anda?”

Sudah 2 kali saya dikenakan ‘tag’ ke blog saya, dan rasanya kali ini saya terpaksa membalasnya.

Tag terkini dimulakan oleh saudara Shuth di mana beliau menulis 5 perkara rahsia mengenai diri beliau dan seterusnya ‘tag’ Alang untuk memberitahu 5 rahsia beliau.

Saya dikenakan tag oleh Alang untuk memberitahu 5 perkara yang jarang/tidak diketahui oleh orang ramai.

Baiklah, saya sahut cabaran tersebut dan di bawah saya nyatakan 5 perkara mengenai diri saya secara ringkas.

1) Saya berasal dari Felda Lubuk Merbau, Kedah

Ya, siapa sangka suara anak Felda sekarang sudah didengari oleh pelbagai kaum dan keturunan. Tulisan saya juga mungkin sudah dibaca oleh mereka dari pelbagai negara dan ada ‘mat saleh’ yang meminta nasihat daripada orang yang bahasa Inggerisnya adalah bahasa kedua (saya la tu). Bukannya hendak menunjuk-nunjuk tetapi saya ingin bakar semangat anda bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang ‘great’ walaupun kita dari kampung atau desa yang terpencil.

2) Persekolahan

Saya harap ada di antara pembaca yang sama sekolah/universiti dengan saya.

a. Sekolah Rendah Kebangsaan Malau, Jitra Kedah
b. Sekolah Rendah Felda Lubuk Merbau
c. Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
d. Pusat Persedian Pendidikan (PPP/ITM) - IU 10
e. Syracuse University, New York, USA.

OK, siapa pernah bersekolah di tempat yang sama dengan saya.

2) Isteri saya cakap saya orang “Kedah Celup”

Ha! Ini yang menariknya… saya banyak menghabiskan masa dengan mereka yang berasal dari Selatan atau KL. Saya juga menghabiskan masa belajas saya lebih 2 tahun di Selangor.

Jadi, bila bercakap tu, kadang-kadang jadi rojak.

Loghat Kedah ada… Loghat KL pun ada.

Dan lagi, isteri saya asalnya dari Johor.

Bila bercakap dengan isteri, beliau cakap “abang ni dah takde loghat Kedah lagi dah… tak pure Kedah dah” :)

Apa nak buat… “Kedah Celup” pun “Kedah Celup” lah…

Janji faham…

Oh ya, kalau nak tau macam mana loghat saya bila bercakap, pegi www.VideoPercuma.com/r/zamri dan tonton video istimewa yang saya sediakan.

Lepas tu, jangan segan untuk komen di sini. :)

3) Tarikh lahir

Tarikh lahir saya ialah 11 Januari bersamaan dengan tarikh lahir Siti Nurhaliza… boleh tumpang glamer kejap tapi Siti Nurhaliza dah ada yang punya (pst… jangan kasi tahu isteri saya)

4) Kereta pertama

Volvo 244 GL - ni antik ni. Kalau kira timbang kati, boleh jual sebagai besi buruk dan guna duit tu untuk beli motor modenas. Tapi sekarang kereta tu memang dah jadi junk dan tak boleh jalan lagi dah.

5) Website pertama

Website pertama saya bina ialah www.MLMLessons.com pada tahun 2003 dan ianya masih beroperasi sehingga sekarang, cuma kebanyakannya saya dah “automate”kan.

Alrite… dah melalut saya tulis dan memang bukan style saya tulis sebegini di blog ini. Namun begitu, inilah saya. Tiada apa yang ’super’ atau terlalu special. Saya juga individu seperti anda… cuma kadang-kadang tu terguris jugak bila dapat kritikan melampau mengenai apa yang saya lakukan dan minat untuk melakukannya di sini.

OK, disebabkan peraturannya sudah ditetapkan, saya terpaksa mencari mangsa untuk membongkar rahsia mereka kepada orang ramai. Mereka yang saya pilih ialah:

1) Dr. Irfan Khairi - pertama kali jumpa kat Writing Workshop Azizi Ali, beliau baru nak terbitkan buku. Sekarang dah jadi somebody I’m proud to call an internet friend.

2) Kidino - dia pernah tag saya dulu tapi tak sempat nak balas. Kali ni kira balas dan “even”lah kot…

3) Irwan Dahnil - first time jumpa kat Kayu Nasi Kandar Penang. Hmmm… kalau start SMS business pun ‘kool’ jugak ni.

4) Tazilan - JV pertama saya dengan beliau ialah di dalam VideoPercuma.com. Mungkin ada banyak peluang untuk JV pada masa hadapan.

5) Afdlin Shauki - ala pelakon tu… dia pakai blogger. So tak tau la kalau dia sedar apa yg kita buat kat sini, tapi kalau dia tau… cool jugak. Boleh korek rahsia. Ni kira random pick la (out of internet marketing niche).

Sumber tag: Shuth - > Alang - > Zamri

ps. Tagging sebegini juga boleh menjadi salah satu cara promosi viral yang berkesan jika ianya dilakukan dengan betul.

5 Comments so far

  1. Maizul on August 30th, 2007

    Menarik… kalau boleh kasi tambah soalan tahukan anda tu kasi 10 ke… ;)

    Lamanya laman web MLMLessons tu beroperasi sehingga kini masih wujud.Tahniah.. Memang En. Zamri Nanyan memang pakar dalam bidang ni.

    Wow kalau Dr Irfan Khairi balas tag ni memang tabik spring….

  2. rahimi on August 30th, 2007

    ehh, sama la sekolah menengah SMSSMJ. saya pun sek situ dulu…x sangka plak,

  3. mazlina on September 2nd, 2007

    Assalamualaikum….

    nice to meet all of u…mudah-mudahan banyak lagi maklumat yang boleh dikongsi selepas ini
    (no komen)
    tanks

  4. harta on September 3rd, 2007

    bagus coretan anda. anda macam saya gak. asal orang Muar, anak Jawa tapi kita serupa lee! orang speaking Jawa saya faham tapi nak balas cakap kekadang terbabas campur cakap Melayu & English. Kira OK le juga kan?? Kalau ada sebangsa ngan saya (Jawa) jangan marahkan saya.. bebanyak maaf

  5. zainuddin hashim on September 10th, 2007

    Assalamualaikum semua,saya orang baru didlm biz internet ni dn byk lg yg perlu sy belajar.Minta beri tunjuk ajar dari semua. Saya kagum dan tidak sangka begitu ramai juga orng melayu kita yg sudah maju ke depan dan berwawasan, tahniah utk semua. P/S nak tanya ‘tag’ tu ape bendanya tu??..

Leave a reply